Siri Terakhir ....
Tetiba aku terpandang, icon satu message...alamak...
tetiba rasa cuak nak bukak...
nak bukak ker taknak bukak....
Facebook ni kadang kala bawak masalah kepada orang jugak..
Rasanya .... kne bukak jugak...
Dan aku memang sudah menjangkakan pengirimnya...
cuma aku terkejut, mahu tersembur jer air yang aku minum nih...
Assalamualaikum Myra, setelah berjumpa dengan Myra dan Shikin arituh, saya telah memberitahu mak dan ayah saya tentang Myra. Kami akan menghantar rombongan meminang ke rumah Myra hujung minggu ini, diharap Myra akan bersedia..dan saya tahu mungkin perkara ini terlalu cepat untuk Myra..saya berharap Myra boleh memohon kepada Allah..semoga Allah akan menunjukkan jalanNya..saya sudah melakukan istikharah saya dan ternyata saya hanya nampak nama Myra sahaja, Nur Amira Syamira..terima kasih kerana sudi membaca msg ini sehingga habis.. Myra tidak perlu membalas msg ... Wassalam..
Mamat ni apasal! Giler agaknya...aku pantas mencapai telefon yang berada disisiku..
aku mendail nombor Shikin tapi busy..
ada kelas agaknya...
Shikin..nanti abes klas kol aku..urgent!
Satu sms ringkas dihantar untuk Shikin.. Selepas membaca message mamat nih..semua benda yang hendak aku plan tergendala..entah kenapa hatiku ni tetiba risau dengan tindakan mamat nih..
"dibuatnya betul-betul datang kerumah macam mana..Apa mak akan pikir? Yang paling merisaukan adalah siap haribulan emak bersetuju dengan pinangan ini.."itulah antara monolog dalaman yang aku fikirkan..
"Come on ar, takkan masih lagi berterusan adat resam kahwin usia muda nih..aku baru 23tahun kot! Kalo betul pon nak nikah dengan aku,cuba ar lepas aku habis praktikal ker.."hatiku memberontak..
Aku tidak akan bersetuju.. TITIK..
Selepas solat Zohor, aku menerima panggilan dari Shikin.. aku menceritakan segalanya... mahu jugak ar setengah jam aku berleter dan melelehkan airmata aku..tapi sangkaan aku meleset sebab sebaik sahaja aku melepaskan apa yang terbuku dihati, Shikin menyuruh aku menunaikan sahaja solat istikharah..Katanya bukan aku rugi apapun..
Aku memang terkejut giler..Entah mengapa aku merasakan Shikin seakan-akan menyuruh aku bersetuju dengan pinangan aku ini..
Malam itu, dikala insan lain lena dibuai mimpi..aku nih pula rupa ta macam manusia dah.. aku still tak dapat melelapkan mata...sebaik sahaja aku nak tutup mata, mesti terkeluar di mindaku setiap baris apa yang ustaz amir katakan...
Ya Allah , takkan aku nak berlarutan macam nih.. Lantas aku mengagahkan diri menuju ke bilik air.. Aku berwudhu' dan aku telah memilih untuk memohon pertolongan dari Allah..
Sebelum aku menunaikan solat istikharah,terlebih dahulu aku menunaikan solat taubat..kemudian baru disusuli dengan solat istikharah,solat hajat dan ditutup dengan sunat witir..
urm,kali terakhir aku melakukan solat ditengah malam nih,adalah ketika aku memohon petunjuk dari Allah untuk pemilihan course aku..
entah mengapa aku merasa hiba..
aku merasa aku hamba yang hina
aku hanya memohon pertolonganNya disaat aku memerlukan bantuanNya...
"Ya Allah seandainya inilah takdirnya, Engkau permudahkanlah segalaNya Ya Allah...ampunilah dosa-dosaku... aku hambaMu yang hina lagi tidak bermaya......" pintaku sambil bercucuran airmata kupanjatkan kepadaNya..
entah mengapa, setelah aku selesai melakukan solat ini, hatiku lebih tenang..dengan mudah aku boleh terus terlena sampailah ke Subuh keesokannya...
Keesokannya, emak menegurku kerana kesenyapan aku...
"Akak, npe tetiba emak tengok sejak semalam asyik monyok jer..senyap jer..pelik pulak emak.."tanya makku kepadaku...
"Urm, takde apa-apa ar emak.."jawabku... Tetapi tetiba aku teringat, jika diikutkan, lusa ar mamat tuh akan datang..patut ke ta patut aku memberitahu mak..
Selepas selesai sarapan pagi, aku mengikuti ibu ke dapur...dan pasti mak membuat muka comelnya...
"Myra, kenapa nih sayang? Myra sakit ker? atau Myra nak pinjam duit dengan mak? " tanya emakku seakan tahu sahaja sesuatu yang tidak kena pada diriku..
"Urm, bukan... sebenarnya .... " ta sempat aku hendak menghabiskan ayat datin da potong line...
"Sebenarnya apa... pelik ar awak ni Myra... ada ar tuh, cepat cakap emak nak gi pasar nih,"mak seakan-akan memaksa pula..
"Lusa, ada orang nak datang pinang Myra,"jawabku ringkas..Aku melihat mata ibuku seakan-akan terkejut nasib baik emak ta pegang pinggan mangkuk kalo tidak aku tahu pasti terhempas sudah.
"Mak okeyh ker tak ni,"tanyaku kepada mak..
"Sape laki tuh Myra, setahu emak sejak awak clash dengan Zakuan mana ada dah awak bercinta...,"tanya ibuku kepelikan..
"Myra pun tak kenal, Myra kenal dengan dia sekejap jer seminggu dua jer.pastuh ada ar Myra dan Shikin carik pasal jumpa sekali lepas tuh terus dia kata nak hantar rombongan..Myra nak wat apa mak,bukan Myra plan pun mak,"jawabku bersahaja kepada emak.
"Aku hanya tidak mendengar apa-apa kecuali keluhan emak..maybe emak risau kot.. takper ar yang penting dah bagi tahu emak, solat pun aku dah wat..tengok ar apa jadi lusa...hahhaha,"aku hanya ketawa kecil..
Akhirnya tibalah hari kejadian, ustaz amir betul-betul datang meminang aku....
Aku sendiri terkejut melihat suasana pada hari itu, rupa-rupanya..baru aku tahu
1. asal family dia suma alim-alim, sebab emak dia pakai tudung labuh jadi emak ayah dia ustaz dan ustazah ker?
2.yang ustaz amir tuh bukan ustaz pun..dia seorang engineer, graduan dari Ausie rupanya memang mati-mati ingat dia grad dari al azhar ker..
3. pernikahan antara aku dan ustaz amir..bukan2 nama penuh dia rupanya, Muhammad Amir Syamir... ah'ah aku baru tahu nama dia seakan-akan nama aku..akan berlangsung 3minggu lagi! APA!!! cepatnya...
dan paling pelik aku ta sangka emak akan setuju dengan pinangan ini...
Sah, mulai saat itu,aku sudah sah menjadi tunangan orang... sudah pastinya emak dan Shikin ar antara makhluk alam yang paling gembira dengan berita ini...kecoh jugak berita pertunangan aku yang sepatutnya menjadi rahsia tetiba menjadi buah mulut semua member2 aku di facebook... rata-rata kecewa kerana tidak dijemput...
Wahai sahabat sekalian, bukan korang je terkejut,aku sendiri nih hah masih belum hilang terkejut!!!
Masa berlalu dengan pantas, dua hari lagi akan berlaku pernikahan antara aku dengan Amir di masjid negeri... dan sejak dari pertunangan itu, aku dan dia memang tidak berhubungan langsung...aku kepelikan jugak ar.. sebelum bertunang ada jer bagi message..sekarang sudah tiada... rumah aku telah siap dipasang khemah, sanak saudara yang jauh sudi datang membantu keluargaku menyiapkan persiapan pernikahanku... Sanak saudara belah abah pun datang, alhamdulillah mereka sudi membantu... Abang abah, Pak Lang yang akan menjadi waliku.. terima kasih pak lang!
Alhamdulillah sepanjang ke hari ini, segalanya telah dipermudahkan oleh Allah..dan mungkin kerna itu, aku bertambah yakin mungkin Amir adalah jodohku...
detik saat minit jam serta hari yang ditunggu telah pun tiba...
Alhamdulillah,dengan sekali lafaz sahaja ,aku telah selesai dinikahkan dengan Amir... warna biru muda digandingkan dengan warna pink menjadi pilihan warna kami berdua...nope pilihan emak sebenarnya... semua orang berkata kami adalah pasangan yang sesuai...
Sejam sebelum majlis pernikahan itu, emak sempat berpesan kepadaku agar menjadi isteri solehah yang taat kepada suami, emak sentiasa mengingatkan aku supaya jangan berkasar dan jangan menyepahkan rumah.. Airmata aku bercucuran mendengar pesanan emak.. Emak, terima kasih kerana membesarkan Myra...
Malam itu, satu lagi detik cemas ,mendebarkan dan tidak boleh dilupakan sudah semestinya...pastinya semua orang akan sibuk berkata pasal Malam Pertama kan? tetapi ketahuilah, malam pertamaku tidak seperti pasangan lain..
Aku mengharapkan sama seperti pasangan yang baru berkahwin tetapi aku tidak menyangka.. pada malam itu, Amir telah memberikan ceramah yang sangat panjang...
"Myra, mulai saat ini, alhamdulillah Myra telah sah menjadi isteri abang, dan kerana itu, mulai saat ini abang yang bertanggungjawab terhadap Myra dan kerana itu, mulai saat ini abang melarang Myra berpakaian seperti dulu, esok kita akan ke bandar, abang akan belikan Myra baju baru,yang lebih sesuai untuk dipakai apabila keluar.. begitu jugak dengan seluar jeans..selepas ini, sudah tiada istilah jeans dalam rumah kita.. dan abang tidak berapa suka dengan tudung Myra yang pendek tuh... first tyme abang jumpa Myra, abang paling tidak berkenan baju, seluar dan tudung Myra...selepas ini jugak, Myra kena belajar pakai kain batik...no short pants okeyh....." ceramah Amir kepadaku...
aku tido malam tuh penuh dengan linangan air mata, memang ta sangka laki aku tegur direct aku macam tuh...terima kasih ar abg, hadiah malam pertama yang tidak akan dilupakan..
Keesokan harinya, Amir memang menunaikan janjinya, dibawanya aku membeli banyak baju kurung, skirt labuh, dan yang pasti tudung yang labuh bidang 60 yer.. aku memang tidak menyangka rupanya Amir macam nih... ingat pura-pura alim rupanya memang alim.....
Rutin harianku pun sudah berubah, Amir yang lebih prefer makan kat rumah, menyebabkan aku kena belajar memasak... Amir sudi membayar pengajian kelas masakanku pada tiap-tiap hari Ahad..dia kelihatan begitu semangat untuk menyuruh aku belajar memasak.... aku tidak dibenarkan oleh Amir untuk bekerja di syarikat minyak tempat aku praktikal dulu , katanya seorang wanita tidak sesuai bekerja disitu...lantas dia mencarikan aku sebuah pekerjaan lain iaitu, guru kimia di sebuah sekolah berdekatan dengan rumah kami..
dan sejak itu, aku sudah mula berubah, sekarang aku sudah rajin belajar memasak, belajar menjahit dan bergaya hanya untuk si dia....Kami berdua juga, sering melakukan solat berjemaah bersama-sama... selalu juga kami solat di masjid sambil mendengar ceramah agama..
Alhamdulillah,emak dan adik beradikku begitu terkejut dengan perubahanku yang sangat ketara...
dari seorang yang pengotor,penyepah dan tidak pandai masak berubah menjadi seorang isteri dan seorang wanita..
emak antara insan yang paling gembira dengan perubahan diriku...
Itulah antaranya,hikmah yang Allah telah berikan kepadaku... Allah telah mengurniakan kepadaku seorang lelaki yang dapat membentukkan diriku.. dan yang pasti Amir, jzkklh khairan khatira zaujku kerana bersabar membimbing aku menjadi seorang isteri yang solehah ...dan baru aku tahu rupanya Amir berkenalan denganku di facebook hanya kerana namaku seiras nama awek di waktu sekolah dulu..Amir menyangka aku adalah awek yang dia tinggalkan dulu sebab itulah first tyme jumpa amir busy tanya latar belakangku..tetapi akhirnya dia tahu bahawa aku bukanlah awek dia, tetapi itulah aku sedikit musykil kenapa dia still nak kahwin dengan aku..antara sebabnya itu hanyalah Allah sahaja tahu...Amir taknk bagi tahu ;(
Aku juga belajar banyak benda daripada dirinya iaitu, hidup kita sebenarnya bukanlah sia-sia, kita masih lagi mempunyai tanggungjawab walaupun kita ni seorang guru,doktor,engineer atau apapun jawatan penting yang kita sandang didunia ini.. dan benda yang paling aku pelajari adalah, berubah menjadi seorang yang lebih baik adalah sesuatu yang mungkin, walaupun pada permulaannya kadang kala kita akan tersasul sekejap.
Terima kasih Allah dan Rasul.. ;)
p/s: cerpen ini sebenarnya adaptasi dari sebuah cerita betul yang saya dengar sendiri dari sahabat saya, pasangan diatas ini sememangnya telah berkenanan melalui alam maya..... walaubagaimanapun nama watak, dan penceritaan cerita ini ada ar skit kelainan dan nafas baru.. cerpen ini sebenarnya adalah antara cerita yang begitu menyentuh hati saya semasa saya bernafas dalam dakwah ini..semoga ia menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua bahawa pergantungan kepada Allah dan mempercayai Allah akan mengurniakan kita sesuatu yang hebat jika kita menolong jalan Allah...semoga Allah akan memberikan kebahagiaan kepada pasangan ini dan kita semua..amin...
No comments:
Post a Comment