"mamat ni sape plak?? asal tetiba nak add,"bisikku tetapi setelah penat aku stalk dia pnyer gmbr..
quite ok ar so..
"okeyh,sudah approve," bisikku..
"Hah, ta abes-abes main facebook cuba ar tolong mak kat dapur ni Myra,"keluh ibuku.
Sememangnya kerja-kerja dapur,mengemas dan banyak lagi stuffs "keperempuan" ni memang ta brapa kena dengan jiwa aku melainkan ar bab memanjat ker bertukang or menyepah memang aku master... tidak perlu disuruh, pantas je aku akan lakukannya.
"Baiklah datin, saya datang lar nih,"ujarku kepada bondaku...Emaklah yang penat membesarkan kami bertiga selepas abah meninggal dunia 10tahun lepas....
Selepas makan malam dan solat Maghrib, aku pantas melangut dihadapan lappy pink kesayanganku.. Walaupun luaran aku agak kasar, dengan memakai seluar jeans cutting skinny, baju lengan panjang yang mengikut bentuk badan , aku ni still lg memakai tudung. Bak kata member-member aku, asalkan pakai tudung dan solat pon kira cukup ar babe.. daripada orang lain...aku no komen! Mak aku marah aku duk kutuk orang lain, diri kita ni bukan sempurna mana pun..
Solat adalah antara benda yang paling dititikberatkan oleh arwah abah..Jika dulu, pasti akan dengar suara abah dan emak bersahut-sahutan menyuruh kami menunaikan solat dalam waktu.. dan kerana itu, sudah menjadi kebiasaan kami semua medahului solat walau apapun..
Facebook dan lepak tengok wayang adalah medan untuk aku menghabiskan masa lapangku..Dan terutamanya buat aku yang berada di tahun akhir ni, memang ar banyak masa! Selepas sebulan ni,aku kena praktikal kat sebuah syarikat pengeluar minyak terbesar di Malaysia mungkin...Lagi ar asyik aku melayan facebook nih...
cuma dua tiga hari ni, aku sering diganggu oleh seorang mamat nih... tetiba aku menyesal approve orang suka hati walaupun kita ta kenal dia...
Mamat ni muka macam budak alim tapi asal asyik-asyik sharing dengan aku renungan ar kadang kala, aku tahu jer dia copy kat mana-mana pastuh share kat wall aku..dan boleh dikatakan wall aku asyik penuh dengan "tazkirah" dari ustaz nih..walaupun aku ni macam kasar, aku bukan ar nak menolak benda-benda nih cuma aku rasa aku ni bukan layak pon nak jadi alim..
Sampai ar satu hari ini, aku geram dengan dia... Aku hantar ar msg ini kepada dia...
Assalamualaikum ustaz, saya rasa macam saya ni ta berapa kenal ustaz tapi asal ustaz asyik sharing banyak benda kat wall saya...Saya tahu saya ni macam mana, ustaz ta perlu ar nak mengajar saya.Saya harap ustaz takpayah ar post benda semua tuh, saya bukan baca pon..
terima kasih...
Tanpa berfikir panjang aku terus tekan je butang sent ..
Malam itu jugak, aku menerima balasan daripada ustaz A untuk Amir..
Wa'alaikumussalam, saya ta tahu plak dengan sharing perkara macam tuh, buat Myra rasa kekok...
Jap..jap aku salah pandang ker??.. Ust tuh panggil aku Myra, Myra hanya nama family jer kot..suka hati jer ustaz nih..memang mamat ni nak kena dengan aku...
aku menyambung kembali membaca msg dia..
Oleh kerana Myra kata Myra ta kenal dengan saya, saya ingin berkenalan dengan Myra boleh ker?? Mungkin satu hari nanti, saya ingin berjumpa dengan Myra boleh ker??
Mak aihh, ustaz ni nampak jer alim tapi alamak babe...alim luaran jer... Tetiba aku teringat banyak kes jenayah melibatkan facebook nih..aku cuak..jadi aku wat dek jer ngan message mamat nih...
nampak gayanya ustaz ni tidak mengenal erti putus asa, dalam masa dua hari jer, aku sudah menerima sepuluh message daripada dia.. dan ternyata dia ni memang nak carik pasal...Lantas itu, aku menelefon kawan baikku, Shikin...Kami berdua ada PAKATAN...hahahaha....ustaz ingat ustaz boleh ker menipu saya..saya tidak akan menjadi mangsa ustaz ar..tunggu ar ustaz...
dan dengan segera aku membalas message ustaz A...
Assalamualaikum pak ustaz, ustaz teringin nak jumpa saya kan?? Baiklah esok kita jumpa kat warung Mok Na di Tanjung Lumpur pukul 1.30 tengahari boleh??
tanpa beberapa ketika ustaz ni membalas,online dia malam-malam buta nih....
Urm kol 1.30tengahari?? Kalo pukul 2 petang mungkin lagi better, saya nak solat Zohor.. boleh ke Myra???
"Oh ustaz nih memang berlagak alim ar dengan aku...masih lagi ingat solat..menarik,"getus hatiku..
Balasan msgku ringkas sahaja
OK..
mungkin sebab aku mengantuk sangat kot...lagipun jam sekarang sudah menghanpiri pukul 2pagi..memang patut aku mengantuk giler....
Kol 6 pagi, alarm handphone aku sudah berbunyi... mengejutkan aku bangun Subuh... Ya Allah, berat gler mata ini namun mengenang ini adalah ibadah kita kepada Allah...aku bangkit bangun menunaikan solat...
tapi selepas solat..apa lagi...tydo ar..smpai ar datin bising kejutkan...
Mak kata dah nak pukul 12 tengahari..hehehe..lama betul aku tydo.. ta bgus betul anak dara nih...
tetiba aku teringat...Ya Allah dengan ustaz tuh arini!
Aku segera menekan butan call menelefon Shikin untuk mengingatkan kembali pakatan kami berdua.. hehehe.
Tepat jam 1.19 tengahari azan Zohor berkumandang di daerah Kuantan, dan masuk sahaja waktu aku terus menunaikan solat... Masih ternyiang-nyiang pesanan abah untuk mengawalkan waktu solat... pahala yang sangat besar,tetiba ingatan terhadap abah sangat mendalam lalu airmata aku bercucuran...aku merasakan baru seperti semalam abah pergi meninggalkan kami semua..Abah pergi terlalu awal..
Hon bunyi kereta mengejutkan lamunanku yang masih di atas tikar sajjadah.. "Ni mesti Shikin," omelku sambil melipat telekung sembahyang.. Seperti biasa,aku mengenakan pakaian aku yang memang tersimple amat. Bukan setakat mak guard kat UiTM tuh da bebel pada aku mengenai tatatusila pemakaian aku, mak aku ni pun da ta larat nak bergaduh..dalam family aku nih, kiranya aku ni ar "nakal dan comel" sedikit..
"sori babe,aku lambat."ujarku meminta maaf kepada Shikin..
"Ko ni Myra, nak cakap ko make-up, benda alah tuh memang langsung ko ta pernah ada, pakaian macam jantan tapi bersiap macam perempuan.Tu ar aku da banyak kali katakan kat ko, ko tuh perempuan tak payah ar nak berlagak macam jantan..Cbe sekali sekala ko cuba style pakaian aku nih," omel Shikin kepadaku..
"Ta perlu Ustazah Shikin, awak tahu kan saya nih macam mana...sedangkan mak saya pun ta dapat halang saya, apatah lagi awak ustazah,"bentahku..
"Jom,jom kita da lewat nih, nanti ta sempat ar plak nak acting,"gesaku kepada Shikin supaya lebih cepat..
Warung Mok Na memang sangat popular di Kuantan nih, apatah lagi waktu macam nih, waktu orang kelaparan..jadi pekerja mereka memang ta lepas tangan melayan karenah para pelanggan yang datang.. Warung Mok Na sangat popular dengan keropok lekornya, ABC, dan makanan laut yang bersalut tepung.. Sedapp, boleh mengiurkan...
Aku dan Shikin, sengaja mengambil tempat di belakang sedikit menghampiri tempat mereka membuat air..
"Ko nampak ta Myra batang hidung ustaz tuh,"tanya Shikin kepadaku..
"Aku ngah mengushar ar nih, semalam aku stalk picture dia, tapi aku ta tau ar kalo rupa dia lain kalo tengok depan-depan,"ujarku sambil mataku meliar-liar memandang di sekeliling..
Belum sempat aku nak mengushar dengan lebih lanjut tetiba jer, kteorang duaorang telah disapa....
Assalamualaikum... awak nih Myra kan?
"Aiii say man, apasal lak terkantoi nih... ,"getus hatiku sendirian.. Aku membuat muka kepada Shikin ( you know signal as nape tetiba plan kte jadi macam nih plak).. Shikin pon mengangguk tanda faham akan respond aku..
"Ye saya ustaz. Cepat ustaz datang?" nada suaraku sudah ta sekata nih...
"Bagus jugak awak bawak member awak sekali, jadi boleh saya duduk disini sekali dengan korang??" tanyanya kepadaku..
Antara impression pertama kali aku, terhadap ustaz nih
1.Handsome gler daripada gambar kat fb
2.Memang ustaz kot.. dia pakai kopiah kot..
3.Muka dia ada gaya macam calon imam muda..
4. .....
Dan aku dapat melihat orang disekeliling aku melihat kami bertiga yang duduk sekali dimeja makan nih dengan satu pandangan dan kepelikan mungkin.. Ye ar wat did u expect bila seorang macam ustaz duduk bersama dua orang minah, yang seorang tuh proper ar skit cuma sorang lagi iaitu aku, berpakaian macam minah rempit...
Ustaz Amir memang cuba berinteraksi dengan aku, cuma lidah aku nih terkelu..ta tahu apa benda nak diborakkan.. Selama aku berkawan dengan lelaki pun, takde ar aku rapat mana dengan diaorang pun...
Shikin jer ar tolong cover line untuk aku.. dan aku rasa cepat ar skit.. Aku da ta sabar nak balik...
Sebelum pulang, ustaz amir ada bertanyakan sesuatu mengenai latar belakang aku.. kepelikan aku.. Busy ustaz ni bertanyakan apakah nama penuh aku, dimana aku bersekolah dan dimana aku tinggal...
Tetiba aku pulak yang cuak..." Shikin,cepat jangan wat ramah tapah lagi dah,"bisik hatiku...
Dan seperti aku sangka, ustaz mintak no telefon dan alamat rumah aku...
Eh ustaz nih, awat plak!
Buang tabiat ker dia nih... tanya suma benda details macam nak hantar rombongan meminang...
Aku malas nak melayan, Shikin jer ar yang melayan ustaz..
Tetiba aku merasakan Shikin yang sesuai dengan ustaz.. Shikin pun apa kurangnya , wajahnya kuning langsat , berpelajaran pun ya sebab Shikin sedang menyambung pembelajaran dalam Master in Phsycology kat UKM.. muslimah pun boleh ar, pakaian dia lebih menutup daripada aku..
Sepanjang balik dan di dalam kereta, Shikin plak aku lihat macam beria-ria daripada aku...
"Shikin, apa kes nih. Tetiba engkau berubah selepas jumpa ustaz..Ko dah lupa ker pakatan kita nak kenakan ustaz tapi last-last aku yang terkena,"getus aku kepadanya tanda tidak puas hati.
"Myra, aku rasa ustaz tuh macam syok kat ko jer..Gler ar hebat kot ko,ustaz pon tertackle dengan ko," gurau Shikin kepadaku...
Aku wat ta tahu jer apa yang Shikin cakapkan, yang sudah pasti aku terjaga bila sudah sampai rumahku.. Memang ni style aku, selalu tertydo dalam kereta. Reasonnya pertama, air cond best gler dan kedua sebab Shikin pasang lagu nasyid.. memang mendodoikan ar nasyid ko Shikin...
Selepas Isya', aku terus melepak dalam bilik... apa lagi aku ingat malam nih nak melayan drama korea terbaru yang baru je aku downloads semalam, tapi seperti biasa ar kan, aku suka membuka akaun FB aku terlebih dahulu..
Tetiba aku terpandang, icon satu message...alamak...
tetiba rasa cuak nak bukak...
nak bukak ker taknak bukak....
Facebook ni kadang kala bawak masalah kepada orang jugak..
Bersambung .....
2 comments:
apo ni pjgnyo
tulussss...
kerek ngan akak pas balik msia..
apacter skg??
busy duduk rumah?
wat apa jer dik??
Post a Comment