"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts
Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

urm, Selamat datang 2013 kedalam kamus hidup kita semua..

Bismillah ar Rahman ar Raheem

Alhamdulillah, sudah sampai tahun baru 2013! sedar atau tidak 2013 sudah mencukupkan usia empat tahun setengah di perantauan...sungguh masa itu memang mencemburi semua orang. memang bertepatan dengan perumpaan bahawa masa juga adalah makhluk Allah swt. Saya pasti kebanyakan blogger pasti akan menulis segala kenangan mereka sepanjang 2012 yang lepas. maka saya juga salah seorang daripadanya yang tidak akan terlepas.. 

urm tahun 2012 adalah bagi saya lebih banyak memori kesedihan berbanding kegembiraan dalam kehidupan saya sebagai insan biasa di muka bumi Allah ini. Saya tahu sahaja bagi kebanyakan kawan-kawan seusia ,kebanyakannya telah memasuki alam yang baru. Mana tidaknya jika dulu keseorangan kini berdua, jika dulu dua sekarang on the way bertiga, Alhamdulillah syukurilah atas segala nikmat Allah ini...

urm tidak ketinggalan bagi rakan-rakan saya yang telah kehilangan insan yang tersayang jika dahulu masih punyai nenek atau atuk, kini salah satu meninggalkan kita. Jika dahulu masih mempunyai ibu dan bapa, kini mungkin hanya tinggal salah satu daripadanya. Sesungguhnya Allah telah menarik nikmat itu kembali. Urm segalanya akan kembali kepada Allah.. Moga tabah rakan-rakanku..al fatihah dari ikhlas hati. Ucapan ini juga untuk mengingatkan diri jua actually.

Owh of course moment 2012 penuh dengan kesedihan kerana saya terlepas agak banyak benda yang sepatutnya saya settlekan before saya pulang ke tanah air June nanti. Urm agak berat hati untuk melepaskan jiwa dan raga kepada sebuah tanah bertuah yang telah Allah pilih menjadi saksi kepada setiap perubahan dan pemikiran manusia. Owh tidak ayat saya tertiba boleh menjadi sangat sastera dan memeningkan para pembaca.

Urm seyies ingin saya katakan dari hati yang tulus ikhlas. Bumi Tarbiyyah mana tidak diberkati Illahi . Apatah lagi apabila seseorang yang telah diberi kefahaman tentang sesuatu perkara pasti akan lebih menghargai sesuatu selepas dia faham. Erkk pening kepala ker??

Menurut sebuah hadis super saiyya yang berbunyi lebih kurang begini ar, " Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan kepada dirinya, maka Allah akan memberikan kefahaman dalam Ad Deen". Apabila kita telah mendapat Ad Deen itu maka kaca mata setiap perkara yang kita lihat itu semakin luas dan telus tanpa sebarang tutupan yang akan mengatasinya. 

Terlintas ayat ini maka terlintas kata-kata seorang tokoh yang sangat popular, "Kita tidak akan dapat mengambil fikh hanya dari orang yang duduk diam, hanya bercakap-cakap tanpa dia berjihad fissabillillah dalam menentang taghut" ( Syed Qutb).

salah satu isu kesedihan yang besar adalah penderitaan umat Islam yang sangat-sangat banyak yang kuar tidak putus-putus di corong radio, dada akhbar mahupun siaran televisyen komputer dan handphone canggih..huhuhu.. maka bagaimanakah keadaan iman dan hati seorang muslim melihat penderitaan saudara Islam disana..

Isu PALESTINE,SYIRIA,MESIR,ROHINGYA,Utara Thailand mahupun Malaysia sendiri dan lain-lain... 
urm 2012 tahun kesedihan...

Janganlah apabila berita-berita seperti ini tidak lagi muncul seperti lakunya pisang goreng sedap MakCik Bedah kita semua melupakan mereka,walhal isu ini pasti tidak akan settle sampailah AL HAQ itu tertegak di bumi Allah ini. Kita sifat manusia nih seperti paku yang dipahat dengan pemukul, eh ada ke peribahasa nih? pening sebab campuran bahasa. Huhu.. tak kesah ar .. boleh dikatakan analogy seperti itu.. Bila kena pukul baru nak terasa sakit..sakit tuh pulak hanya sementara waktuh kne pukul tuh jer ar..huhuhu, isu masalah umat Islam sepatutnya kekal dihati kita sampailah mereka itu bebas.. FREEDOM bak kata Pakcik Maher Zain (peace!)

hurm, semoga boikot kita masih lagi ada, semoga doa kita still lagi tidak putus-putus untuk mereka.Dan kini saya seakan menadah ke langit tembok besar china mengharapkan agar iman umat Islam masih kuat disana, tidak kira dimana mereka berada hatta mereka di angkasa sekalipun..

Wah dramatis sungguh malam nih!!

Apapun masa itu tetap berjalan, seperti sekarang... hurm.. 2013 telahpun hadir maka jauh disudut hati saya mengharapkan 2013 akan memberikan banyak pencerahan cahaya seperti datangnya pertolongan Allah seperti pertolongan dalam perang Badar untuk semua umat Islam sekarang, ameen..

2013,
tahun perubahan saya dari alam persekolahan ke alam pekerjaan, jadi agak scary!! huhuhu
jadi saya mengharapkan kematangan diri saya untuk menempuhi medan yang sebenar disana,
Malaysia here i come!!

Jadi saya juga mengharapkan kematangan dalam penulisan saya,bak kata seorang adik junior saya nih, penulisan dan karya dulu-dulu yang tidak matang...huhhu rasa kepala macam kne smash dengan shuttlecock dan raket badminton..hehehehe..

urm saya juga mengharapkan perubahan besar dalam diri , ehehe.. mungkin persediaan untuk melangkah tangga seterusnya mungkin?? apapun semoga Allah itu meredhai dan mengkokohkan langkah saya dan para pembaca semua..

Okay sudah puas menaip, saya perlu kembali ke alam nyata..
esok exam translation dan yang nyata masih lagi baca buku last minute...huhuhuhu

Untuk semua penduduk bumi Beijing Foreign Studies University,

Bittaufiq!! 
Allahumma najjihna fil imtihan!!
祝你们考试顺利!
buena suerte (spanish)
सफलता 
幸運
행운을 빌어 요

terima kasih pakcik Guggle!!

semoga Allah meredhai segalanya..
aseef jiddan jika bahasa agak terkasar
dan berjaya mengoyakkan hati anda, erkk exaggerate sangat
hahaha

Peace upon Muhammad our Messenger,
ukhuwah fillah,
苏青
2013.1.1 (tarikh penting nih)

Sunday, October 14, 2012

Benda yang ta patut stress..

Bismillah,

Tidak tahu kalo post kali ini agak sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak. Jadi kanak-kanak bawah umur sangat tidak digalakkan untuk memikirkan dan menyerabutkan masalah anda dengan perkara ini.

Urm dulu bila nak berbicara tentang perkahwinan mesti pelbagai alasan akan dikeluarkan.Alasannya sebab masih muda hehehe.tapi sejak dua menjak nih diri akan terasa pelbagai tekanan ....

Satu. Apabila anda akan habis belajar. Makcik-makcik dan pakcik di kampung sudah menanyakan,
"Jadi apa plan lepas grad nih"
"Dah ada calon belum? Kalo takde makcik (terlebih rajin pulak nih) boleh tolong carikan"



Dua. Bila emak anda mula terpengaruh dengan borakan makcik, jiran tetangga yang sering berbicara mengenai anak masing-masing.
"Mak tengok anak makcik tuh dah kawin, lagi muda kot dari kamu.Kamu nih bila lagi pulak. Nak cakap muda dah 20lebih, mak pun dah kwen waktu baya kamu.Tulah memilih sangat kamu nih. " rasa hangus jugak masakan nih mak ralit sangat membebel,hehehe ;)

Tiga. Jemputan perkahwinan bertalu-talu dari kawan-kawan sekolah kamu sehingga rasanya ta cukup tangan dah nak tekan attend button kat fesbuk.

Empat. Ada diantara rakan kamu yang sudah mula mengandung.

"Akak, akak saya (kawan waktu sekolah dulu) , alhamdulillah dah mengandung!"

Lima. Emak anda mula sangat bising dan mula mengenenkan anda dengan anak kawan-kawan dia.

"Mak! Akak nih macam nih mana sesuai dengan dia, akak tudung labuh kot"

Enam. Apabila anda sudah mula konsisten memakai tudung labuh, mak anda sangat khuatir anda tidak akan kwen..
Mana ada fakta macamtuh mak sayang!

Gulp!!
Telan air liur banyak-banyak
Tekanan rupanya apabila mula menjadi dewasa.

Macam mana kita nak explainkan kepada bunda-bunda tersayang bahawa, anda begitu yakin dengan jodoh Allah ;) Siapa kata kita tidak berusaha kan? Setiap ayat-ayat chenta selalu dilontarkan kepada Yang Maha Kuasa, jadi inshaAllah apabila tiba waktunya. InshaAllah jodoh akan datang.

Jadi mood petang nih, berharap agar bunda memahami ^_^

Beijing sangat suram petang nih macam perasaan saya jugak
hehehe actually sebab jerebu mula melingkari langit Illahi. huhuhu