"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3
Showing posts with label muslimah (女の子). Show all posts
Showing posts with label muslimah (女の子). Show all posts
Monday, November 28, 2011
Ingin menjadi seperti bidadari dunia itu...
Tuesday, October 4, 2011
Untuk Bakal Isteriku..
post kali ni ditujukan khas buat renungan bersama esp kawan-kawan pmpn ,adik2 perempuan, dan para pembaca perempuan ... specially only for all of u... ^^,
lots of luv lillahiTaala to all of u ...
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.
Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu.
Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana harta dan perwatakanku.
Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini.
Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga.
Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.
Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..“
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.
Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.
Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.
Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.
Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
terima kasih
lots of luv lillahiTaala to all of u ...
********
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “kau tercipta untukku..“Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.
Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu.
Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.
Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana harta dan perwatakanku.
Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya.
Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga.
Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.
Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..“
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.
Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.
Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.
Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.
“Kahwinilah isteri kerana empat perkara: Keturunan, Harta, Rupa dan Agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.
Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.
Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.
“Wahai saudari seakidahku, carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu, yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam..”
terima kasih
Friday, July 29, 2011
kesumanya ada khilaf
Assalamualaikum buat para pembaca sekalian
Jazakkallah khairan khatira, terima kasih dan xiexie buat para pembaca yang still setia menjenguk ke blog saya biarpun da lama saya ta post..hampir sebulan mungkin?? sekadar sharing, alhamdulillah saya baru balik sahaja berjalan ke New Zealand dan Australia, hampir sebulan mungkin di negara orang lain, macam macam saya dapat. InshaAllah nanti saya sharing yer selepas post Cheng De dan Inner Mongolia yang saya janjikan arituh....
Cuma pada hari ini, saya nak berborak pasal apa yer??
Hurm ta tahu ar , samaa ada topik ni topik panas dan berbangkit tapi percayalah tidaklah berniat melukakan hati sesiapa pun tau...
Cuma saya hanya hendak menjawab persoalan yang telah dikemukan kepada saya satu ketika dahulu
mengenai cara penampilan saya...
Jika kalian semua mengikuti perkembangan blog saya dari awal hingga kini, mungkin anda akan terpikir sesuatu iaitu mengenai perubahan diri saya...
Pernah ketika dahulu, saya berbicara mengenai soal tudung..bahkan jika saya membaca kembali apa yang telah saya katakan didalam post dahulu mengenai gadis yang melabuhkan tudungnya...hehehe saya pon cam ta percaya..Ia pun telah terjadi kepada saya... saya kini dan dahulu adalah sedikit berbeza, tapi tidaklah hendak berkata yang pakai tudung labuh sedikit baik sangat, setiap insan pasti akan ada kekurangan...Mohon doakan agar diri saya berterusan seperti ini...
Alamak ta masuk cerita lagi nih, ada ar satu hari ini seseorang telah bertanya kepada saya ... kenapa tetiba pakai tudung macam nih?? Tidak berapa ikut fashion ar kalo camni...
Dan ketika itu, saya rasa saya menjawab kerna saya rasa saya lebih selamat jika begini, serius saya katakan kernaNya yang mengetuk pintu hati saya, maka disitulah tautan kasih antara saya dan Dia bermula..dan ketika Dia berusaha menunjukkan jalanNya, saya tetiba rasa hiba sangat, mengenang kembali masa dahulu 21tahun yang telah terbazir begitu sahaja...
Dan kerna itulah saya berusaha untuk berubah dari segi penampilan... dan kadang kala kita boleh melihat ramai sisters yang pakai tudung sedikit labuh akan selalu memakai kain...antara persoalan yang pernah dituju kepada saya jugak... memang suka sangat ker pakai kain??
Ada kawan saya beranggapan bahawa dengan memakai kain akan menampakkan keayuan diri kita.. nauzubillah, mintak dijauhkan bukan itu tujuannya..Klo dari pendapat saya sendiri, saya lebih selesa memakai kain dan bukan tujuan merasa diri terlebih ayu dan baik..seyies ini bukan tujuannya...
Ada pihak akan mengatakan sebab kalo seluar tuh cam ikut lelaki dan zaman kini, terdapat berbagai fashion seluar yang sedikit ketat dari kebiasaan .. mungkin ada yang berpendapat begitu..tapi sebenarnya tidak kisah kan? apa yang kita pakai, sebab yang paling penting bagaimana persiapan kita kepada Allah ... tidak kisahlah kita bagaimana rupa sekalipun..kita adalah hambaNya.. somehow and someday kita akan kembali kepadaNya..
sori ar klo terkasar bahasa, saya takde niat pon ;(
cuma sekadar pendapat saya.. asif~
Monday, May 9, 2011
Kepadamu Wanita..Agar Dikau Bahagia..
【mintak maap ta sempat nk update apa2 tp sy berkongsi artikel iluvislam ni, jadi enjoy yer^^】
Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.
Wednesday, February 9, 2011
Kenapa Harus Wanita Shalihah?
Terkadang orang heran dan bertanya, kenapa harus mereka?
Yang bajunya panjang, tertutup rapat, dan malu-malu kalau berjalan..
Aku menjawab.. Karena mereka, lebih rela bangun pagi menyiapkan sarapan buat sang suami dibanding tidur bersama mimpi yang kebanyakan dilakukan oleh perempuan lain saat ini..
Ada juga yang bertanya, mengapa harus mereka?
Yang sama laki-laki-pun tak mau menyentuh, yang kalau berbicara ditundukkan pandangannya.. Bagaimana mereka bisa berbaur…
Aku menjawab.. Tahukah kalian.. bahwa hati mereka selalu terpaut kepada yang lemah, pada pengemis di jalanan, pada perempuan-perempuan renta yang tak lagi kuat menata hidup. Hidup mereka adalah sebuah totalitas untuk berkarya di hadapan-Nya.. Bersama dengan siapapun selama mendatangkan manfaat adalah kepribadian mereka.. Untuk itu, aku menjamin mereka kepadamu, bahwa kau takkan rugi memiliki mereka, kau takkan rugi dengan segala kesederhanaan, dan kau takkan rugi dengan semua kepolosan yang mereka miliki.. Hati yang bening dan jernih dari mereka telah membuat mereka menjadi seorang manusia sosial yang lebih utuh dari wanita di manapun..
Sering juga kudengar.. Mengapa harus mereka?
Yang tidak pernah mau punya cinta sebelum akad itu berlangsung, yang menghindar ketika sms-sms pengganggu dari para lelaki mulai berdatangan, yang selalu punya sejuta alasan untuk tidak berpacaran.. bagaimana mereka bisa romantis? bagaimana mereka punya pengalaman untuk menjaga cinta, apalagi jatuh cinta?
Aku menjawab..
Tahukah kamu.. bahwa cinta itu fitrah, karena ia fitrah maka kebeningannya harus selalu kita jaga. Fitrahnya cinta akan begitu mudah mengantarkan seseorang untuk memiliki kekuatan untuk berkorban, keberanian untuk melangkah, bahkan ketulusan untuk memberikan semua perhatian.
Namun, ada satu hal yang membedakan antara mereka dan wanita-wanita lainnya.. Mereka memiliki cinta yang suci untuk-Nya.. Mereka mencintaimu karena-Nya, berkorban untukmu karena-Nya, memberikan segenap kasihnya padamu juga karena-Nya… Itulah yang membedakan mereka..
Tak pernah sedetikpun mereka berpikir, bahwa mencintaimu karena fisikmu, mencintaimu karena kekayaanmu, mencintaimu karena keturunan keluargamu.. Cinta mereka murni.. bening.. suci.. hanya karena-Nya..
Tak pernah sedetikpun mereka berpikir, bahwa mencintaimu karena fisikmu, mencintaimu karena kekayaanmu, mencintaimu karena keturunan keluargamu.. Cinta mereka murni.. bening.. suci.. hanya karena-Nya..
Kebeningan inilah yang membuat mereka berbeda… Mereka menjadi anggun, seperti permata-permata surga yang kemilaunya akan memberikan cahaya bagi dunia. Ketulusan dan kemurnian cinta mereka akan membuatmu menjadi lelaki paling bahagia..
Sering juga banyak yang bertanya.. mengapa harus mereka?
Yang lebih banyak menghabiskan waktunya dengan membaca Al-Qur’an dibanding ke salon, yang lebih sering menghabiskan harinya dari kajian ke kajian dibanding jalan-jalan ke mall, yang sebagian besar waktu tertunaikan untuk hajat orang banyak, untuk dakwah, untuk perubahan bagi lingkungannya, dibanding kumpul-kumpul bersama teman sebaya mereka sambil berdiskusi yang tak penting. Bagaimana mereka merawat diri mereka? bagaimana mereka bisa menjadi wanita modern?
Aku menjawab..
Tahukah kamu, bahwa dengan seringnya mereka membaca al Qur’an maka memudahkan hati mereka untuk jauh dari dunia.. Jiwa yang tak pernah terpaut dengan dunia akan menghabiskan harinya untuk memperdalam cintanya pada Allah.. Mereka akan menjadi orang-orang yang lapang jiwanya, meski materi tak mencukupi mereka, mereka menjadi orang yang paling rela menerima pemberian suami, apapun bentuknya, karena dunia bukanlah tujuannya. Mereka akan dengan mudah menyisihkan sebagian rezekinya untuk kepentingan orang banyak dibanding menghabiskannya untuk diri sendiri. Kesucian ini, hanya akan dimiliki oleh mereka yang terbiasa dengan al Qur’an, terbiasa dengan majelis-majelis ilmu, terbiasa dengan rumah-Nya.
Jangan khawatir soal bagaimana mereka merawat dan menjaga diri… Mereka tahu bagaimana memperlakukan suami dan bagaimana bergaul di dalam sebuah keluarga kecil mereka. Mereka sadar dan memahami bahwa kecantikan fisik penghangat kebahagiaan, kebersihan jiwa dan nurani mereka selalu bersama dengan keinginan yang kuat untuk merawat diri mereka. Lalu apakah yang kau khawatirkan jika mereka telah memiliki semua kecantikan itu?
Dan jangan takut mereka akan ketinggalan zaman. Tahukah kamu bahwa kesehariannya selalu bersama dengan ilmu pengetahuan.. Mereka tangguh menjadi seorang pembelajar, mereka tidak gampang menyerah jika harus terbentur dengan kondisi akademik. Mereka adalah orang-orang yang tahu dengan sikap profesional dan bagaimana menjadi orang-orang yang siap untuk sebuah perubahan. Perubahan bagi mereka adalah sebuah keniscayaan, untuk itu mereka telah siap dan akan selalu siap bertransformasi menjadi wanita-wanita hebat yang akan memberikan senyum bagi dunia.
Dan sering sekali, orang tak puas.. dan terus bertanya.. mengapa harus mereka?
Pada akhirnya, akupun menjawab…
Keagungan, kebeningan, kesucian, dan semua keindahan tentang mereka, takkan mampu kau pahami sebelum kamu menjadi lelaki yang shalih seperti mereka..
Yang pandangannya terjaga.. yang lisannya bijaksana.. yang siap berkeringat untuk mencari nafkah, yang kuat berdiri menjadi seorang imam bagi sang permata mulia, yang tak kenal lelah untuk bersama-sama mengenal-Nya, yang siap membimbing mereka, mengarahkan mereka, hingga meluruskan khilaf mereka…
Kalian yang benar-benar hebat secara fisik, jiwa, dan iman-lah yang akan memiliki mereka. Mereka adalah bidadari-bidadari surga yang turun ke dunia, maka Allah takkan begitu mudah untuk memberikan kepadamu yang tak berarti di mata-Nya… Allah menjaga mereka untuk sosok-sosok hebat yang akan merubah dunia. Menyuruh mereka menunggu dan lebih bersabar agar bisa bersama dengan para syuhada sang penghuni surga… Menahan mereka untuk dipasangkan dengan mereka yang tidurnya adalah dakwah, yang waktunya adalah dakwah, yang kesehariannya tercurahkan untuk dakwah.. sebab mereka adalah wanita-wanita yang menisbahkan hidupnya untuk jalan perjuangan.
Allah mempersiapkan mereka untuk menemani sang pejuang yang sesungguhnya, yang bukan hanya indah lisannya.. namun juga menggetarkan lakunya.. Allah mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang malamnya tak pernah lalai untuk dekat dengan-Nya.. yang siangnya dihabiskan dengan berjuang untuk memperpanjang nafas Islam di bumi-Nya.. Allah mempersiapkan mereka untuk sang pejuang yang cintanya pada Allah melebihi kecintaan mereka kepada dunia.. yang akan rela berkorban, dan meninggalkan dunia selagi Allah tujuannya.. Yang cintanya takkan pernah habis meski semua isi bumi tak lagi berdamai kepadanya.. Allah telah mempersiapkan mereka untuk lelaki-lelaki shalih penghulu surga…
Seberat itukah?
Ya… Takkan mudah.. sebab surga itu tidak bisa diraih dengan hanya bermalas-malasan tanpa ada perjuangan…
Yusuf al Bahi
Taipei, 02 Juni 2010
Saturday, August 28, 2010
Idaman Setiap Kaum Hawa^^ InsyaAllah
tulisan besar yer
utk kaum hawa
bersamalah
kte berusaha utk
menjadi wanita solehah^^
kalau aku ditanya
siapakah rembulan jiwa dunia
pasti kanku sebut
wanita solehah
dia harta dunia
dia saham akhirat
kalau wujud permata tak ternilai
maka dia jauh dari gapaian pemikiran
kalau aku ditanya
siapakah rembulan jiwa dunia
pasti kanku sebut
wanita solehah
dia harta dunia
dia saham akhirat
kalau wujud permata tak ternilai
maka dia jauh dari gapaian pemikiran
wanita solehah
mentari hati
sopan lembutnya
menawan diri
lembut tuturnya
hiasan diri
teguh taqwanya
harga diri
wanita solehah
tongkat buat lelaki
yang buta menuju ALLAH
cahaya buat lelaki
menyinar gelap jalan menuju ILLAHI
oh wanita solehah
lagu ini untukmu
harga yang tidak ternilai
aprisiasi pandanganku kepadamu
peneman sejati hidup ini
penyejuk damai hati ini
bergerak melangkah menari
pendamai mata yang sunyi
kawan da’ie yang sepi
penyejuk damai hati ini
bergerak melangkah menari
pendamai mata yang sunyi
kawan da’ie yang sepi
wanita solehah
lebih dari bidadari
menyimpan diri
hanya untuk ILLAHI
{credit utk : penaja sajak^^ diolah oleh : srikandi^^ }
Wednesday, August 25, 2010
Cam mana dia bley sebegitu JAMILAH^^

How Can She Be So Beautiful?
by ~Raven-Sakura
How can she be so beautiful?
With loose cloths,
all over her carefully concealed body,
like some glistening
shield to keep her safe,
she shows none of her secrets
she guards them,
keeping them close
so that none may see
Or touch
Or know
Or even guess
at what she has.
The cloths on her
head and body
are mantles of
perfect faith.
So beautiful,
so wonderful,
so utterly hidden.
While others seek to display,
she seeks to hide,
to conceal that which she has-
so how can she be so beautiful?
No make up touches her
Lips
or cheeks
Yet she is more beautiful
than any model in New York
or sweet sweet Paris.
Few look at her-
rarely taking a second glance
for tempting flesh is not bared
by her
But if one took that forbidden second glance,
one would catch sight
of sweet enduring
humility and grace, caught within
her spell-binding eyes.
One would get lost in the curves of
her upturned lips,
turned in a friendly smile.
I have never seen her body
I have never seen tempting skin from her-
yet the girls beside her march on with
more than tempting skin for show,
yet she is the one who catches my eye-
she is the one that is caught in my mind.
The world around me
whispers in my ear like the ever-present Devil,
telling me that these other girls,
with their bare chests,
and their perfect legs,
that they should be who I consider beautiful-
but this young woman,
who’s shape I do not know,
who’s curves I cannot see,
she is who I see as beautiful-
but how can she be?
by ~Raven-Sakura
How can she be so beautiful?
With loose cloths,
all over her carefully concealed body,
like some glistening
shield to keep her safe,
she shows none of her secrets
she guards them,
keeping them close
so that none may see
Or touch
Or know
Or even guess
at what she has.
The cloths on her
head and body
are mantles of
perfect faith.
So beautiful,
so wonderful,
so utterly hidden.
While others seek to display,
she seeks to hide,
to conceal that which she has-
so how can she be so beautiful?
No make up touches her
Lips
or cheeks
Yet she is more beautiful
than any model in New York
or sweet sweet Paris.
Few look at her-
rarely taking a second glance
for tempting flesh is not bared
by her
But if one took that forbidden second glance,
one would catch sight
of sweet enduring
humility and grace, caught within
her spell-binding eyes.
One would get lost in the curves of
her upturned lips,
turned in a friendly smile.
I have never seen her body
I have never seen tempting skin from her-
yet the girls beside her march on with
more than tempting skin for show,
yet she is the one who catches my eye-
she is the one that is caught in my mind.
The world around me
whispers in my ear like the ever-present Devil,
telling me that these other girls,
with their bare chests,
and their perfect legs,
that they should be who I consider beautiful-
but this young woman,
who’s shape I do not know,
who’s curves I cannot see,
she is who I see as beautiful-
but how can she be?
Wednesday, February 3, 2010
adakah remaja kini bertudung hanya kerana fesyen??
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Bismilillahhirahmannirahim..tajuk ini sy dapat drp keratan akhabar iluvislam keluaran januari.. akhir artikel ini ada menyebut jika anda mempunyai sebarang pendapat sila antar sms kepada XXXX hihihihi...malas nk bg sms tp saya rajin nk tulis kat blog..sementara ada masa dan idea di kepala ni..sy nk cbe kupas ar...
Arituh bila sampai di Malaysia ni, sy tertarik dengan gaya pemakaian tudung di Malaysia macam cendawan tumbuh selepas hujan ...berbagai-bagai jenis tudung dan cara pemakaian yang berbeza dan yang pasti menarik hati..sungguh cantik,ayu dan tampak menawan ar bg saya ar... Sebenarnya bagi pendapat saya adakah remaja kini bertudung hanya kerana fesyen?? Mungkin ya dan mungkin tidak...dan kesan daripada fesyen tudung ini mempunyai pro dan cons nye...
pertamanya, mungkin remaja kini memakai tudung kerana fesyen..boley jadi tapi adakah ini salah? bagi saya tidak kerana kita menggalakkan lebih ramai memakai tudung jadi tidak salah kan?? sekurang-kurangnya bab aurat dia menjaga...tp opsss perlu diingatkan dan ditegaskan disini,apakah ertinya kte memakai tudung ye?? Sudah difirman oleh Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31 yg bermaksud," Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agr mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali yg biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami,bapa atau bapa mentua......" sudah terang lagi bersuluh ni, sy masih lg ingat sb ayat surah ni adalah surah yg wajib dihafal ketika SPM dulu.. malah takley dinafikan ar, kepada suma bahawa kte sudah diingatkan dan dipelajari lagi...
keduanya, mungkin ada sesetengah fesyen itu boley namun seharusnya tidaklah diikuti sebulat-bulatnya btul atau tidak?? Buang yang keruh dan amik yg jernih =) mungkin susah pada mulanya, hurm memang tidak dinafikan malah sy mengatakan utk diri sy sendiri, adakah sy memakai tudung labuh,hurm sy pon seperti kebanyakan remaja di Malaysia...memakai tudung bawal yang biasa lagi namun sy mengingatkan diri sy sendiri supaya melabuhkan tudung dan mengenakan fesyen yang sesuai dan sudah pastinya sy sangat respect kpd sesiapa yg memakai tudung labuh kerana pasti mereka sangat menjaga aurat mereka, bila agaknya saya boleh jadi seperti mereka ye?? huhuhu
jadi sy nampak kebaikan dari fesyen bertudung ini sekurang-kurangnya menggalakkan lebih ramai memakai tudung dan benda itu adalah benda yg baik kan?? Kita bermula secara perlahan2 ye bermula dengan memakai pakai tudung lama2 kita try ar melabuh tudung kita secara perlahan-lahan..
Namun, dari keburukannya semakin ramai semakin alpa tentang pengertian cara pemakaian tudung yang sebenar...huhuhuhu camne ye cara kte nak attract dan sedarkan mereka dan harapnya kesedaran itu lahir ikhlas dri ati mereka sendiri...bukan paksaan sb paksaan lama2 mereka tak ikhlas pakai tudung n then da tak pakai tudung....huhuhu... kena perlukan kesabaran dan didikan yg perlahan2...
dengan ini sy akhiri post sy dengan satu mutiara kata, "Jalan yang lurus dan yang lebar tak semestinya akan menghasilkan pemandu yang cekap. Lautan yg tenang dan tidak bergelora bukan penentu melahirkan pelaut yang handal"
Wednesday, December 2, 2009
CANTIK rupa bukan ukuran
Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya
pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa
istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya
kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan
ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk
dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang
lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.
Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada
sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan
pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa
berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.
Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan
sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di
pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan
ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung
kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model
yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan
tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap
hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang
tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,
ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai
kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih
melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar
tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun
atau Cina itu yang lebih menawan.Ada orang menganggap
bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang
mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand,
terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik
itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi
lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing.
Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut
penilaian masyarakat ini.
Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik
ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut
semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka
para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi
berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada
yang lebih besar dari semasa ke semasa.
Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan.
Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda
tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang
yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah
tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya
jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap
anda terhadap sesuatu perkara.
Jika anda belum mendapat teman bukan cantik
masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang
mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang
ada pada diri anda.
Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap
daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha
Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik,
malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah
atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik
sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati
jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu
iman yang teguh, kukuh dan padu.
Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN.
Sudah tentSu kita tidak layak. Tetapi ramai orang
mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin.
Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca
cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri
di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.
Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan
manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan
anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang
sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang
sepuluh juta itu.
Itu saja yang membezakan.
Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata
Sunday, November 29, 2009
mampukah ak??
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
mengalir air mataku,
melihat pengorbanan putri solehah siti fatimah,
akur dalam setiap perintah,
taat pada abuyanya yg sentiasa berjuang,
tiada memiliki harta dunia,
layaklah ia sebagai wanita penghuni syurga.
ketika aku marah,
ingin aku intip serpihan sabar,
daripada catatan hidup siti sarah,
tabahkan jiwaku,
setabah umi Nabi Ismail,
menggendong bayinya yang masih merah,
mencari air penghilang dahaga,
di terik padang pasir merak.
di tinggalkan suami akur tanpa bantah,
pengharapannya hanya pada Allah,
itulah wanita Siti HAjar.
dapatkah aku mengikut jejak Siti RAhmah,
permaisuri Nabi Ayyub,
pasrah dengan dugaan Tuhannya,
walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
namun ia kembali,
kerana iman yang kuat,
telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
bahagia adalah miliknya.
mampukah aku menjadi wanita solehah???
mati dalam keunggulan iman,
bersinar indah, harum tersebar,
bagai wanginya pusara masitah.
谢谢 abg peja
Thursday, August 13, 2009
Assalamualaikum wbt….entah kenapa ari ni jari jemari ni terasa nak menulis sesuatu..ble terlintas di kotak pemikiran,muncul hanyalah sepatah perkataan iaitu akhlak…mungkin ramai mengambil mudah soal perkara ini..namun sy tahu bukan sahabat-sahabat saya di sini yg berfikir camtu…Perkataan “akhlak” sebenarnya dari sejak kecil lagi kte terdedah atau ketahui mksud tersiratnya…Di dalam kelas agama,kelas bahasa melayu mahupun kelas bahasa inggeris, cikgu telah lama menguraikan maksud perkataan ini…namun, sejauh mana diri masing-masing mengambil sedikit kesedaran dan ilmu yang cikgu ajarkan dijadikan amalan serta ikutan dalam kehidupan masing-masing.Sebagai seorang perempuan,hati saya betul-betul tersentuh dengan satu isu yang terpampang di dada salah satu akhbar di Malaysia…kisah bapa tiri memperkosa anak tirinya..kemudian anak yang tidak bersalah itu ditikam malah tidak cukup dengan itu disimbahnya dengan asid..Ya Allah, anak kecil itu tidak bersalah..semoga rahmat Allah sentiasa bersama si kecil ini….Mungkin bagi sesetengah pihak kisah ini mungkin selalu ada di paparan akhbar, lalu mereka rasakan isu ini tidaklah sebesar mana… Sebenarnya dari sini soal akhlak manusia akan diungkitkan..sejauh mana akhlak kita…..sampai bila isu ini akan terus menghantui kami kaum wanita..Tidak dinafikan hikmat kejadian Allah jadikan kami wanita sebagai insan yang lemah namun kami tidak sekali mengharapkan kejadian seperti ini berlaku…Dunia kini semakin tidak selamat..sampai bila akan ada pihak yang merasakan dirinya bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini ataupun masalah ini tiada jalan penyelesaian??
Adapun kita tidak melakukan seperti kes di atas, contoh yang begitu kecil sahaja saya huraikan, isu membuang sampah merata-rata…perkara kecil ini hanyalah isu kecil malah banyak di Malaysia dan mungkin kita dapat lihat setiap hari, mungkinkah?? Ini melibatkan soal akhlak…kita sebenarnya telah menyusahkan pihak lain untuk membersihkan sampah kita itu, mungkin akan ada pihak akan cakap itu sudah tugas orang DBKL ataupun MPK untuk membersihkannya…..memang tak dinafikan tugas mereka tapi salahkan kita meringankan tugas mereka??? Salahkah kita membantu mereka walaupun sedikit?? Sudah penat lelah mereka membersihkan kawasan sekitar yang telah kita lakukan secara langsung atau tidak langsung…ini adalah common sense…berbuat baik sesama insan sangat digalakkan dalam agama Islam...bukan camtu ke???
Jika hendak dikupaskan soal akhlak, pecahannya sangatlah besar..akhlak sesama manusia, akhlak kepada persekitaran dan akhlak kepada diri kita, keluarga dan insan yang terdekat perlu diambil kira… manusia dijadikan pasti tiada yang sempurna tetapi tidak salah jika kita cuba berusaha untuk membaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik…saya tulis ini bukan untuk menyindir sesiapa yang terasa tetapi sebagai peringatan kepada diri saya yang confirm bukan perfect MALAH selalu pulak lalai…Saya percaya bahawa setiap insan boleh berubah menjadi insan yang baik..untuk yang sudah baik kita berusaha untuk menjadi lebih baik..tidak salahkan??? SELAMAT MENCUBA…加油!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)







