"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Thursday, August 13, 2009

Assalamualaikum wbt….entah kenapa ari ni jari jemari ni terasa nak menulis sesuatu..ble terlintas di kotak pemikiran,muncul hanyalah sepatah perkataan iaitu akhlak…mungkin ramai mengambil mudah soal perkara ini..namun sy tahu bukan sahabat-sahabat saya di sini yg berfikir camtu…Perkataan “akhlak” sebenarnya dari sejak kecil lagi kte terdedah atau ketahui mksud tersiratnya…Di dalam kelas agama,kelas bahasa melayu mahupun kelas bahasa inggeris, cikgu telah lama menguraikan maksud perkataan ini…namun, sejauh mana diri masing-masing mengambil sedikit kesedaran dan ilmu yang cikgu ajarkan dijadikan amalan serta ikutan dalam kehidupan masing-masing.
Sebagai seorang perempuan,hati saya betul-betul tersentuh dengan satu isu yang terpampang di dada salah satu akhbar di Malaysia…kisah bapa tiri memperkosa anak tirinya..kemudian anak yang tidak bersalah itu ditikam malah tidak cukup dengan itu disimbahnya dengan asid..Ya Allah, anak kecil itu tidak bersalah..semoga rahmat Allah sentiasa bersama si kecil ini….Mungkin bagi sesetengah pihak kisah ini mungkin selalu ada di paparan akhbar, lalu mereka rasakan isu ini tidaklah sebesar mana… Sebenarnya dari sini soal akhlak manusia akan diungkitkan..sejauh mana akhlak kita…..sampai bila isu ini akan terus menghantui kami kaum wanita..Tidak dinafikan hikmat kejadian Allah jadikan kami wanita sebagai insan yang lemah namun kami tidak sekali mengharapkan kejadian seperti ini berlaku…Dunia kini semakin tidak selamat..sampai bila akan ada pihak yang merasakan dirinya bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini ataupun masalah ini tiada jalan penyelesaian??
Adapun kita tidak melakukan seperti kes di atas, contoh yang begitu kecil sahaja saya huraikan, isu membuang sampah merata-rata…perkara kecil ini hanyalah isu kecil malah banyak di Malaysia dan mungkin kita dapat lihat setiap hari, mungkinkah?? Ini melibatkan soal akhlak…kita sebenarnya telah menyusahkan pihak lain untuk membersihkan sampah kita itu, mungkin akan ada pihak akan cakap itu sudah tugas orang DBKL ataupun MPK untuk membersihkannya…..memang tak dinafikan tugas mereka tapi salahkan kita meringankan tugas mereka??? Salahkah kita membantu mereka walaupun sedikit?? Sudah penat lelah mereka membersihkan kawasan sekitar yang telah kita lakukan secara langsung atau tidak langsung…ini adalah common sense…berbuat baik sesama insan sangat digalakkan dalam agama Islam...bukan camtu ke???
Jika hendak dikupaskan soal akhlak, pecahannya sangatlah besar..akhlak sesama manusia, akhlak kepada persekitaran dan akhlak kepada diri kita, keluarga dan insan yang terdekat perlu diambil kira… manusia dijadikan pasti tiada yang sempurna tetapi tidak salah jika kita cuba berusaha untuk membaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik…saya tulis ini bukan untuk menyindir sesiapa yang terasa tetapi sebagai peringatan kepada diri saya yang confirm bukan perfect MALAH selalu pulak lalai…Saya percaya bahawa setiap insan boleh berubah menjadi insan yang baik..untuk yang sudah baik kita berusaha untuk menjadi lebih baik..tidak salahkan??? SELAMAT MENCUBA…加油!!!


4 comments:

Azrol Ahmad said...

:)

Aya said...

huhuhuhu...tenkiu arol

Unknown said...

best ^_^

Fayyadh Azmi said...

diorg nih.xde keje nk buat..try bagi kamera, msti x buat bnda2 nih..hhahah