Selawat salam atas junjungan nabi Muhammad SAW, penghulu kami..Muhammad bin Abdullah yang datang membawa cahaya islam ke seluruh alam ini.. Ya Rasulullah , semalam kami semua di Malaysia baru sahaja meraikan kelahiran dirimu....bersyukur kerana masih lagi dikurniakan nikmat islam dan iman pada hari ini..
Ya Rasulullah, apabila dua tiga hari ini media massa, media cetak asyik membicarakan tentang dirimu, maka bertambah kerinduan diriku kepadamu.. sudah lebih 800Masihi engkau Ya Rasulullah meninggalkan kami semua... Dan apabila sering kali memikirkan dirimu, pasti akan terngiang di telingaku dan gementar perasaanku apabila teringkatkan di saat pemergiaanmu, engkau tidak akan berhenti menyebut, "umatku ...... umatku .... umatku .....".Ternyata kasihmu kepada kami semua tidak akan padam...
dan aku sering juga mendengar engkau sering kali menangis kerana kami....Wahai rasulullah bolehkah aku bertanya mengapa engkau sering menangis???
Adakah engkau telah mengetahui beginilah kehidupan kami umat akhir zaman Ya Rasulullah???
Adakah ini gambaran yang telah engkau nampak sehingga engkau menangis dan sehingga di saat kematianmu engkau masih teringat akan kami??
Adakah kerana kebanyakan kami akan mengisi neraka Jahanam kerna dosa-dosa dan kelalaian kami Ya Rasulullah??
Adakah ini sebabnya Ya Rasulullah???
Mungkin ini merupakan salah satu sebabnya, kami semua telah mengabaikan pesanan dirimu walhal engkau telah mengingatkan kami sewaktu pesanan dirimu didalam khutbah terakhirmu...
"Aku tinggalkan kalian dengan 2perkara dan jika kalian mengamalkannya nescaya kalian tidak akan sesat, iaitu Al Quran dan As Sunnah..".
Kami lalai dengan kemewahan dunia,
Kami terpesona dengan kecantikan dunia,
samaada dari wanita,anak-anak dan harta...
Kami terikut akan ikutan negara bukan Islam...
Kami mengabaikan solat dan apatah lagi akan tuntutan Islam yang lain...
Kami memutuskan perhubungan sesama saudara kami
Kami selalu asyik mencari harta didunia dan sering mecari alasan untuk mengelak dari mencari harta akhirat
Kami takut bersedekah, mengeluarkan zakat kerana khuatir rezeki semakin berkurang
Kami takut mengamalkan kehidupan Islam kerana Islam itu semakin asing bagi kami
Kami tidak mempunyai ilmu untuk mengenal mengenai Allah dan ayat ayat Allah
Kami malu untuk menuntut ilmu akhirat dan ilmu alQuran ketika kami sudah berusia
dan kami malu pula untuk menghantar anak kami ke sekolah agama..
lalu Kami rela menghantar mereka untuk mendapat pendidikan Barat
Kami gagal dalam mendidik isteri dan anak-anak kami
Kami membiarkan mereka mengamalkan sesuatu kehidupan yang menyimpang jauh dari Islam...
Kami mengagungkan ahli hiburan dan memandang rendah ahli ilmuan
dan inilah akibat yang kami perolehi
Bencana alam di mana-mana sahaja
Kepincangan masalah sosial didunia
Anak anak kurang menghormati kami
Mereka terlalai dengan kemewahan dunia
Pembunuhan dan kezaliman terhadap wanita
Kehidupan bebas walaupun kami beragama Islam
Kami semakin mundur dan miskin dalam soal Islam
Kami mengabaikan tanggungjawab terbesar kami kepada agama
Kami membiarkan Islam terus dihina..
dan banyak lagi
dan patutlah mengapa
semua orang akan berkata umat Islam adalah masyarakat mundur, miskin dan susah
umat Islam adalah pengganas
sedangkan jika Islam yang telah terbina oleh dirimu dahulu
sangat hebat
Laungan azan boleh didengari sampai ke Sepanyol
malah betapa mulianya Islam dahulu sehingga
semua masyarakat ketika itu akan cuba berlumba-lumba mengikuti Islam
tetapi sekarang...
kami malu jika kami adalah Islam...
Mengapa Rasulullah begini pengakhiran kami?
Adakah ini pengakhiran kami?
dan inilah antara mungkin sebab
Engkau telah memohon kepada Allah agar
memberikan syafa'at kepada kami umat dirimu..
namun adakah kami akan dibangkitkan di padang mahsyar di belakang panji panji dirimu
atau kami dibangkitkan dibelakang panji panji pemimpin yang zalim??
Kasihanilah diri kami Ya Rasulullah...
Kasihanilah umat Islam yang berada di Palestine,Afghanistan,Somalia,Selatan Thailand,Malaysia serta di mana sahaja mereka berada...
Mereka adalah umatmu Ya Rasulullah
dan engkau adalah penghulu kami.....
inshaAllah, marilah kita bermuhasabah sejauh mana diri kita sekarang..jika benar masih lagi ada sedikit karat jahilliyah didalam diri, kita cuba untuk membersihkannya...kita cuba mengamalkan sedikit demi sedikit ajaran Islam..dan marilah kita mengambil pengajaran daripada sambutan Maulidur Rasul tahun ini dengan berazam untuk istiqamah dalam mengamalkan walaupun dengan satu sunnah Rasulullah...
semoga Allah mengurniakan ketabahan,keimanan yang kuat untuk kita melaksanakan setiap perkara untuk Islam dan mencari keredhaan Illahi...Ketahuilah hidayah Allah milik semua dan menjadi tangunggjawab untuk setiap daripada diri kita mencari hidayah itu sendiri dan bukan menunggu hidayah datang mencari kita....
Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Nabi Muhammad SAW...
No comments:
Post a Comment