"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Wednesday, February 3, 2010

adakah remaja kini bertudung hanya kerana fesyen??










Bismilillahhirahmannirahim..tajuk ini sy dapat drp keratan akhabar iluvislam keluaran januari.. akhir artikel ini ada menyebut jika anda mempunyai sebarang pendapat sila antar sms kepada XXXX hihihihi...malas nk bg sms tp saya rajin nk tulis kat blog..sementara ada masa dan idea di kepala ni..sy nk cbe kupas ar...
Arituh bila sampai di Malaysia ni, sy tertarik dengan gaya pemakaian tudung di Malaysia macam cendawan tumbuh selepas hujan ...berbagai-bagai jenis tudung dan cara pemakaian yang berbeza dan yang pasti menarik hati..sungguh cantik,ayu dan tampak menawan ar bg saya ar... Sebenarnya bagi pendapat saya adakah remaja kini bertudung hanya kerana fesyen?? Mungkin ya dan mungkin tidak...dan kesan daripada fesyen tudung ini mempunyai pro dan cons nye...
pertamanya, mungkin remaja kini memakai tudung kerana fesyen..boley jadi tapi adakah ini salah? bagi saya tidak kerana kita menggalakkan lebih ramai memakai tudung jadi tidak salah kan?? sekurang-kurangnya bab aurat dia menjaga...tp opsss perlu diingatkan dan ditegaskan disini,apakah ertinya kte memakai tudung ye?? Sudah difirman oleh Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31 yg bermaksud," Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agr mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali yg biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami,bapa atau bapa mentua......" sudah terang lagi bersuluh ni, sy masih lg ingat sb ayat surah ni adalah surah yg wajib dihafal ketika SPM dulu.. malah takley dinafikan ar, kepada suma bahawa kte sudah diingatkan dan dipelajari lagi...
keduanya, mungkin ada sesetengah fesyen itu boley namun seharusnya tidaklah diikuti sebulat-bulatnya btul atau tidak?? Buang yang keruh dan amik yg jernih =) mungkin susah pada mulanya, hurm memang tidak dinafikan malah sy mengatakan utk diri sy sendiri, adakah sy memakai tudung labuh,hurm sy pon seperti kebanyakan remaja di Malaysia...memakai tudung bawal yang biasa lagi namun sy mengingatkan diri sy sendiri supaya melabuhkan tudung dan mengenakan fesyen yang sesuai dan sudah pastinya sy sangat respect kpd sesiapa yg memakai tudung labuh kerana pasti mereka sangat menjaga aurat mereka, bila agaknya saya boleh jadi seperti mereka ye?? huhuhu
jadi sy nampak kebaikan dari fesyen bertudung ini sekurang-kurangnya menggalakkan lebih ramai memakai tudung dan benda itu adalah benda yg baik kan?? Kita bermula secara perlahan2 ye bermula dengan memakai pakai tudung lama2 kita try ar melabuh tudung kita secara perlahan-lahan..
Namun, dari keburukannya semakin ramai semakin alpa tentang pengertian cara pemakaian tudung yang sebenar...huhuhuhu camne ye cara kte nak attract dan sedarkan mereka dan harapnya kesedaran itu lahir ikhlas dri ati mereka sendiri...bukan paksaan sb paksaan lama2 mereka tak ikhlas pakai tudung n then da tak pakai tudung....huhuhu... kena perlukan kesabaran dan didikan yg perlahan2...
dengan ini sy akhiri post sy dengan satu mutiara kata, "Jalan yang lurus dan yang lebar tak semestinya akan menghasilkan pemandu yang cekap. Lautan yg tenang dan tidak bergelora bukan penentu melahirkan pelaut yang handal"

1 comment:

afiena zalzali said...

salam..saya setuju kot dengan ape yang daripada entri saudari. kadang2, bukan senang kita nk ikot pemakaian tudung yang btol disebabkan pemakaian tudung yang berbagai fesyen dan bntuk..tp tulah kn,kte kne nilai sndr fesyen mne btol n x btol..