"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Tuesday, February 7, 2012

usia dan kematian, apakah perkaitannya..

Berbicara mengenai usia, saya merasakan satu perasaan takut yang sangat menyentap ke dalam hati... Usia itu boleh diibaratkan seperti satu makhluk yang sentiasa mengejar kita, ia sentiasa datang tepat pada masanya.. Tepati masa untuk mengambil setiap detik perkara yang telah kita lakukan...


dan usia pasti saling berkait rapat dengan masa, diibaratkan seperti gambar rajah dibawah nih, jam pasir kot ae namanya, fungsinya adalah untuk mengukur waktu.. Seperti kita juga, apabila sudah tiba titisan pasir yang terakhir maka masa sudah habis... Sorry,It's over guys!
dan Apabila berbicara mengenai usia pasti ada sahaja antara kita yang akan sentiasa memikirkan soal kematian..Yup,soal kematian yang tidak akan padam dalam kamus diri seorang muslim..Kita akan kembali semula kepada Yang Maha Pencipta.. sesuatu fakta yang tidak boleh disangkal..


Masalahnya itulah, kita tidak akan tahu bila kematian kita kan?
Mungkin boleh sahaja pada malam ini, esok mungkin?? 
Kita tidak akan tahu..


Benar usia akan mematangkan seseorang tetapi kita perlu sedari dengan usia sepatutnya akan lebih membawa kita memikirkan soal kematian...Apabila duduk sendirian dan otak akan berligar memikirkan perkara ini dan persoalan yang sering timbul ialah : "adakah cukup amalan yang tidak seberapa ini?".Satu perasaan yang sepatutnya ditakuti adalah kita sudah sentiasa berpuas hati dengan setiap amalan diri kita tetapi RUPA-RUPANYA apabila dibangkitkan, satu amalan didunia itu sebenarnya tidak langsung membantu tetapi lebih menarik kita ke arah neraka.. Wannauzubillah minta dijauhkan...


dan seperti biasa perasaan takut itu sentiasa akan ada tapi kita tidak pula teringin untuk mengambil langkah-langkah berjaga itu... Saya akan mengupas lagi topik Hakikat Kematian ini inshaAllah didalam masa terdekat, semoga Allah akan membantu untuk memudahkannya..


sementara itu, mari kita berusaha membantu meningkatkan iman kita serta memilih untuk menjaganya.. 
Semoga kekuatan untuk itu akan sentiasa ada...

No comments: