"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Tuesday, November 8, 2011

Untukmu Bakal Zaujku





Kehadapan bakal zaujku,


Bismillahirahmanirahim ....


Ketika aku sedang menulis surat ini, hatiku bercampur baur ... tidak tahu bagaimana untuk mengambarkan segala perasaan yang menerjah...ku bersyukur ke hadrat Illahi disaat engkau hadir dengan satu ucapan, kesediaan untuk mengambil diriku menjadi zaujahmu.. 


Namun semakin aku memikirkan semakin aku mencari kepastian adakah aku sesuai untuk dirimu?


Bakal zaujku,


Adakah engkau benar-benar sudi mengambil diriku menjadi isterimu disaat aku melihat diriku yang serba kekurangan?


memasak, menjahit, mengemas dan banyak lagi ...


Bukan itu sahaja, wahai bakal zaujku.. dalam tempoh masa dahulu, ketika zaman dahulu kala... aku masih teringat satu pesanan yang sering dikatakan oleh umiku,


"Kita seharusnya cuba menjauhi zina terutamanya zina hati iaitu perasaan,Jika perkara ini masih belum settle, maka sebaiknya kita perlu memperbaikinya..." jika dahulu aku hanya tahu sahaja..kata-kata umi langsung tidak pernah menusuk masuk dalam hatiku.. namun sejak dua menjak ini, kata-kata itu sering sahaja bermain di benak kepalaku...


Pernah atau tidak engkau mengetahui satu istilah "dosa yang ringan". Jika dulu bagiku, aku sering sahaja mengambil ringan bab perkara ini.. dosa-dosa ringan dalam pengertianku hanyalah dosa selain dosa yang besar.. betapa aku merasakan kejahiliyyahn diriku terserlah ketika itu..


Wahai bakal zaujku,


Sebenarnya jika seorang lelaki tidak sengaja memandang aurat seorang wanita yang bukan hak miliknya untuk    pandangan pertama jugak dikira berdosa sedangkan ramai yang menggangap pandangan pertama itu rezeki!


Apabila masa-masa yang kita luangkan hanyalah memikirkan pasangan kesayangan kita.Perkara itu juga boleh dikira sebagai "dosa-dosa ringan". Walhal masa yang telah Allah kurniakan sepatutnya kita lebih memanjatkan kesyukuran atas kurniaaan Allah memberi nikmat masa dan dengan itu kita sepatutnya mengunakan nikmat itu ke arah yang sepatutnya. Tapi aku, engkau dan ramai remaja sebaya kita telah hanyut...


"Kedudukan syaitan dalam diri orang laki-laki itu ada tiga tempat iaitu, pada pandangannya, pada hatinya dan pada ingatannya. Manakala kedudukan syaitan dalam diri wanita juga ada tiga iaitu pada lirikan matanya, pada hatinya dan pada kelemahannya." 


Wahai bakal zaujku,


Kadang kala gurauan senda gelak sapa tidak kira antara lelaki dan wanita juga boleh mengundang kepada maksiat hati dan akhirnya boleh membawa ke arah penzinaan..Nauzubillah minta dijauhkan tapi itulah realiti yang berlaku tanpa kita sedari.. Kita sering mengatakan bahawa kita adalah seorang muslim namun secara realitinya setiap perlaku kita tidak langsung menunjukkan kita adalah seorang muslim..


Aku menangis wahai bakal zaujku, apabila memikirkan setiap saat dosa yang telah dilakukan...


Bagaimana ingin aku kecapi satu kebahagiaan sedangkan keperibadiaan individu muslimku masih belum dapat aku baiki..kini baru aku sedari kerna itulah sebelum membentuk sesebuah keluarga muslim itu, setiap individu muslim perlu memantapkan diri masing-masing ....


Jadi konklusinya bagaimana wahai bakal suamiku??
Adakah engkau sudi memimpinku? 
Adakah engkau sudah cuba memantapkan dirimu?


Bersamalah kita berusaha 
wahai bakal zaujku,
untuk dirimu sering kali aku panjatkan doa
untuk dirimu yang masih belum ku temui
dan aku pasti aku akan temui




pada suatu hari
yang telah Allah SWT
tetapkan


<< copy right luahan hati seorang akhwat >>



No comments: