ini sebenarnya adalah satu keje sekolah 汉语saya yang ta wajib, tapi laoshi galakkan kita orang memikirkan perkara ini, klo kawan-kawan masih ingat mengenai post Graduation tuh dan soalannya adalah ini -- di antara peringkat usia 10,20,30 dan 40 tahun peringkat mana satu yang paling anda ingati dan masih ingatkah kalian ucapan atau pesanan mereka yang anda ingati ketika usia ini?
Orang cina akan mengambil pepatah bahawa masa itu adalah ibarat emas金子, aliran air流水 , ibarat jalan dan satu lagi usia ibarat lagu 岁月如歌.. dan masyarakat kita akan berkata bahawa masa itu ibarat masa, iannya takkan datang kembali.. sebagai contoh pada hari ini 18 september 2011 jam 7.11pagi di beijing maka, hanya ketika ini sahaja masa ini akan berlaku seminit selepas waktu ini, adalah waktu baru dan perkara sebelumnya telahpun berlalu dan takkan kembali ....
dan berbalik kepada soalan laoshi saya, saya rasa saya akan pilih peringkat usia 10-20tahun.. urm, mengapa saya memilih peringkat ini adalah kerana saya rasa waktu inilah waktu saya membesar, lebih mengenali dunia dan peringkat ini jugalah banyak pengalaman sudah dapat saya timba..jika ditimba kembali 10tahun yang lepas, rasanya zaman menjadi budak kecik adalah perkara yang sangat manis.
Kerna kanak-kanak adalah suci dari semua aspek terutamanya pemikiran mereka, mereka bebas melakukan apa sahaja, kalo dimarahi pun pasti sebab nakal sedikit.. waktu ini, kita lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan ketika itulah kita bersama dengan ahli keluarga masing-masing, bermain dengan penuh keriangan, bergaduh bersama adik-adik... dalam melalui tempoh pembesaran ini, bagi saya usia 10-20tahun adalah satu pengalaman berharga yang telah Allah aturkan kepada saya.
salah satu sebab saya tidak ingin untuk melupakan saat ini adalah kerana waktu ini saya dapat berdampingan dengan arwah nenek saya.. sebab waktu kecik saya selalu sangat berdampingan dengan arwah nenek belah ayah. nenek kalo datang jenguk saya pasti akan belanja saya makan ,dapat duit dan ajar saya mengaji. Kadang kala nenek rajin bercerita pelbagai kisah kepada saya dan saya sangat suka untuk mendengar. Tapi dengan takdir Allah, nenek telah pergi pada usia saya 11tahun...dan ketika itu saya tidak sempat untuk melihatnya kali yang terakhir..keluarga saya sampai adalah ketika sedang mengkafankan jenazah nenek... sampai usia kini, saya rasa sangat kehilangannya sebab saya rasa saya tidak sempat berkongsi banyak cerita kepada arwah nenek especially perasaan pertama kali masuk ke sekolah asrama dan pengalaman saya dapat datang ke China. saya masih teringat diawal saya masuk ke mrsm, saya masih lagi membawa sajjadah yang nenek selalu pakai dan jika pulang ke kampung, bau nenek seakan-akan menandakan dia masih ada.. namun saya tahu pasti perkara itu tidak akan terjadi...
Arwah nenek adalah seorang suka berjalan dan suka bercakap banyak, dan saya rasa salah satu sifat nenek ini yang saya warisi. Sebab saya suka berjalan melihat kebesaran Allah dan saya memang suka bercakap dan cakap dengan sangat banyak dan kuat.
Arwah nenek belah ibu juga pergi meninggalkan ketika saya dalam peringkat usia ini.. rasanya sangat sedih kerna kehilangan kedua-dua nenek dalam usia saya masih kecik dan saya sangat kasihan adik-adik saya sebab mereka lagi tidak sempat merasa..
keluarga abah selalu bergurau mengatakan muka saya ada mirip arwah nenek, jadi sesiapa yang rindukan nenek mungkin boleh melihat saya..takde ar sama mana pun dan mungkin sebab saya suka berhias macam arwah nenek saya dlu kot...hehehe
Walau apapun, takdir Allah pasti akan ada hikmahnya...
antara pesanan nenek yang pasti tidak akan saya lupakan adalah ,
nenek selalu mengingatkan saya agar rajin-rajin belajar menuntut ilmu dan menjadi insan yang dapat membangun diri dan agama...
dan
saya pasti tidak akan lupakan
arwah nenek yang duduk di atas tangga rumah di kampung melambaikan tangannya sambil menguacapkan ma'assalamah kepada kami semua..
itulah wajahnya terakhir sebelum arwah nenek sakit dan meninggal dunia...
semoga Allah akan menempatkan kesemua yang telah meninggalkan kita ditempat orang yang beriman, disisiNya amin ....
dan semoga saya dan arwah nenek saya dapat bersua lagi... di syurga nanti bersama-sama Allah dan RasulNya... amin.....
tetiba rasa sebak ......
.............. ;)
jadi buat sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah, atuk dan nenek serta adik beradik dan kaum keluarga yang lain, hargailah mereka sementara mereka masih ada....
No comments:
Post a Comment