"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Tuesday, August 9, 2011

Sshhh pertunangan kte...


Bismillahirahmannirahim...
Bersyukur ke hadrat Illahi dapat kita bertemu kembali
sudah tidak sangka.. sudah 9hari Ramadhan 
telah kita lalui
Alhamdulillah sudah dapat saya kembali ke tanah air
untuk cuti kali nih
bermacam-macam berita juga ar
yang dapat saya ketahui 
dan ternyata 
berita yang menarik adalah 
adanya diantara kawan2 sekolah saya
yang sudah melangkah ke alam perkahwinan..
Alhamdulillah, tahniah sangat buat mereka
Barakallah yer
dan buat teman-teman yang masih belum lagi kan
saya ingin berkongsi sedikit ilmu,
yang saya dapat pun dari pembacaan blog orang lain
sebab masih belum tempoh masa saya
untuk berbual mengenai perkara ini
jadi hanya mampu membaca penulisan 
yang lebih mengetahui
semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan yer..
ameen

indahnya percintaan selepas perkahwinan ;)

Untuk peringatan diri, sedaralah bahawa, biar pun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau -apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.

Pertunangan tidaklah perlu dihebahkan.
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“ Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan ”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu.)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.

Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama, kerana seorang tunang dengan tunangnya masih tetap warga asing yang ajnabi, kadang-kadang banyak persoalan pelik yang ditimbulkan.

Soal berapa kali agama membenarkan sms, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam kefahaman pelajar tersebut tentang mengukur komitmennya dalam beragama. Namun begitu, ia perlu diterapkan dalam diri pasangan yang bertunang itu sendiri, utk menjaga perilaku dan batasan hati agar tidak melebihi.

Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan? Mintalah fatwa dari hati… di samping hati itu juga pula sentiasa berada dalam nada sedar yang baik terhadap Allah SWT. Selain diri sendiri yang turut menjaga dengan pantauan dari orang-orang yang dpercayai dan sahabat2.
 
Begitu juga kita sebagai sahabat. Jika kita maklum tentang pertunangan sahabat kita, kita juga perlu merahsiakannya daripada orang lain. Tidak perlu dihebahkan kepada orang lain, samada secara direct ataupun melalui medium lain (sms,email,blog dan sebagainya). Penting untuk menjaga kerahsiaan ini, lebih-lebih lagi sesuatu yangpersonal atau private dalam kehidupan sahabat kita yang telah atau bakal bertunang.
 
Begitu juga bagi gambar-gambar pertunangan yang diambil, maka sekiranya ingin benar-menjaga kerahsiaan pertunangan, maka perlulah diawasi dari segala aspek, samada dari sudut diri sendiri, keluarga, serta sehabat-sahabat. Sesuatu perkara yang dilakukan atas syari'at ISLAM sememangnya terkandung banyak dugaan dan ujian untuk menguji kekuatan IMAN dalam menanganinya.
 
Antara hikmah menyembunyikan pertunangan;-

- Perkara belum pasti terjadi atau berlangsung pernikahan tersebut (kita merancang, Allah yang Menentukan).

- Antara kedua pihak masih lagi ajnabi, untuk mengelakkan daripada fitnah dan perbualan umum.

- Mengelakkan daripada niat tidak baik untuk menjatuhkan/meleraikan ikatan pertunangan.
 
Maka secara kesimpulannya, semoga kita semua dijauhkan daripada sifat2 mazmumah. Bagi sahabt2 yang telah meraikan pertunangan, mahupun bakal meraikan, didoakan ukhuwwah Islamiyah akan terus mekar subur serta pertunangan kekal ke pernikahan. 
 
Astaghfirullahazim, semoga ALLAH mengampuni segala dosa-dosa yang kita lakukan samada sedar atau pun tidak.
 
 
Sumber : Halaqah.net, penulisan blog Bicara Qalbu, Ummu Saif 

No comments: