"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Friday, August 5, 2011

Perasaan Vs Tanggungjawab

Apabila diungkapkan berkisar mengenai perasaan pasti kita tidak akan lari dari merungkaikan mengenai soal hati dan perasaan.. 
apatah lagi jika masalahnya melibatkan remaja..remaja pasti tidak akan lari malah setiap remaja PASTI akan mengalaminya..
bukan dibataskan hanya kepada remaja..setiap insan didunia ini pasti akan mengenai gejala atau masalah perasaan ini..
boleh dikatakan normal dan pelik jika kita tidak mengalaminya...


Antara hati dan rasa bertanggungjawab yang mana satu akan anda pilih??


sebelum anda mahu memilih saya ingin mengemuka beberapa persoalan dan analogi


analogi 1


jika anda seorang pakar bedah yang tersohor dan ketika itu,anda sedang bercuti bersama keluarga anda..
namun tiba tiba anda mendapat panggilan dan anda dikehendaki memilih untuk ke hospital untuk melakukan pembedahan
dan waktu itu juga anda rasa anda akan memilih untuk menyelamatkan pesakit atau anda rela menghabiskan waktu anda 
bersama keluarga anda???


Keypoint penting disini adalah tanggungjawab tetapi anda akan menggunakan perasaan samaada
keluarga atau tanggungjawab itu lebih penting ..saya pasti ramai akan memilih untuk berTANGGUNGJAWAB kan??


analogi 2


anda adalah pekerja yang sangat rajin dan disayangi majikan anda...anda selalu mendapat perhatian daripada boss anda..
satu hari anda diberikan ganjaran istimewa iaitu bercuti di satu apartment yang sangat indah ditepi pantai...
anda pergi tapi sehari selepas itu tetiba je anda mendapat panggilan telefon untuk kembali ke pejabat menguruskan meeting tergempar
yang tetiba je..anda sanggup pergi???


pasti ramai akan pilih untuk bekerja kerna tanggungjawab dan apatah lagi ganjaran ini dari boss anda.. layak ker kita 
memilih untuk tidak??


analogi 3


abu dan siti telah bercinta sejak dari tingkatan 2 lagi...memang cinta habes ar dan bercadang untuk menyambung pelajaran bersama-sama
dan kemudian berkahwin...namun ternyata hanya rezeki abu sahaja untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sedangkan siti
hanya dapat belajar didalam negara... keluarga abu sangat berharap untuk abu belajar di luar negara... masalahnya sekarang
jika anda adalah abu sanggup ke anda melepaskan siti semata mata untuk menunaikan hasrat keluarga anda dan jika anda adalah siti
adakah anda sanggup melepaskan abu??


disini kita sedang bermain tentang soal perasaan dan tanggungjawab?? mungkin analogi ini akan nampak lebih jelas?


konflik di antara perasaan cinta dan soal bertanggungjawab terhadap ibubapa.. sebagai seorang anak, kemungkinan besar kita akan
memilih untuk menunaikan hasrat ibubapa walaupun rasanya..denyut nadi kita akan terhenti jika kita break up dengan siti..hahaha


hakikat sebenarnya ibubapa memang sangat penting kerana baginda sendiri paling menekankan mengenai keredhaan ibubapa... namun disebalik
keredhaan ibubapa ini masih terselindung satu tanggungjawab yang paling terbesar kepada yang Menciptakan kita...Allah SWT...
tanggungjawab yang bagaimana tuh?? jika kita taat kepada ibubapa itu pun diantara perkara yang dapat membawa kepada perlaksanaan
tanggungjawab kepada Allah..


jika hendak membandingkan soal perasaan cinta kita kepada manusia dengan Allah pula bagaimana???
layakkah untuk dibandingkan?? 
tepuk dada tanya iman masing masing kerna diri masing masinglah yang lebih layak untuk menjawab persoalan ini..


kadang kala kita terasa...
Ya Allah berat sangat sebab memang kita tersangat suka pada seseorang itu, namun sebab syaitan pasti akan menutup satu ruang kebaikan itu
dan mengantikan dengan kemaksiatan..kita lupa bahawa si dia dan kita adalah dari Allah...Allah yang menciptakan..
sejauh mana, setinggi dan sedalam mana pun kasih kita terhadap seseorang namun jika Allah tidak mengizinkan cinta itu berlaku
secara konteks halal iaitu ke alam perkahwinan...adakah ia akah berlaku??


bukan saya dan berkata cinta atau perasaan itu salah..memang tidak salah tapi perlu dialirkan dengan cara yang betul..sudah suka jumpalah
wali mereka..tapi kadang kala kita perlu juga menilai layak sangat ke kita hendak memikul tanggungjawab tuh??? jika bacaan al fatihah
pun masih tergagap atau puasa dan solat pun masih perlu diingatkan... camne tuh?? Mari kita cuba untuk memperbaiki diri kita.


saya menulis bukan hendak berkata siapa salah dan siapa betul ataupun membandingkan keperibadiaan seseorang.. Jauh disudut hati saya,
saya tidak beranggapan begitu..cuma sekadar berkongsi pendapat diri sendiri.. cintailah Allah dan Allah pasti akan lebih mencintai kita.. 
inshaAllah Allah akan membantu kita dari semua kesusutan masalah... semoga kebahagiaan untuk kita semua

No comments: