Namun, saya baru mengetahui rupanya dengan kehadiran
solat 5waktu sebenarnya menjadi penyegar untuk kita seharian
solat jumaat menjadi penyegar kepada rutin mingguan
dan berpuasa di bulan Ramadhan menjadi penyegar kepada kita didalam tahunan
Selama ini, saya tidak pernah tahu dan terpikir sehinggalah ke saat ini...Hikmah disebalik setiap aturan Illahi.. mana tidaknya jika penat melakukan perkara yang sama, namun kita pasti akan berhenti seketika melakukan pekerjaan keduniaan kita demi solat..dan ketika itu, kita rukuk,sujud dan berdoa agar Allah memudahkan perjalanan kita pada hari itu.ketika inilah kita telah meluahkan pergantungan kepada Allah yang sememangnya sepatutnya kita lakukan setiap masa.
dan kini tibanya Ramadhan, ia adalah bulan yang paling diberkati kerana adanya malam Lailatul Qad...
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan. Bulan keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya. Dalam bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang tidak mendapat kebaikan di dalamnya, maka ia telah luput dari banyak kebaikan.” (HR Ahmad)
ketika bulan inilah kita sepatutnya dituntut untuk
1.Bangun sahur
mengapa Allah mensyariatkan bangun sahur?? lebih ramai kini yang memilih untuk bangun sahur tetapi tidak bermunajat kepada Allah.. dan ketahuilah bahawa
“Rabb kita (Allah) swt turun pada setiap malam ke langit dunia, pada sepertiga malam terakhir, lalu berfirman, ”Siapa yang berdoa kepadaKu maka aku akan kabulkan baginya, siapa yang meminta kepadaKu, maka aku beri kepadanya, Siapa yang meminta ampunan maka Aku akan mengampuninya” (HR Bukhari dan Muslim)
2. Solat Subuh berjemaah
Pada waktu kini, lebih ramai umat islam lebih suka bersolat di rumah walaupun mereka telah bangun untuk sahur dan Rasulullah bersabda:
“Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan menuju masjid di kegelapan dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat kelak.” (HR Tirmizi dan Abu Dawud)
tapi akan lebih sayang jika seseorang insan itu meninggalkan solat subuh kerana tertidur selepas bersahur.
3. Berdoa
Kita dituntut untuk lebih berdoa kerana kita sendiri sudah mengetahui bahawa doa orang yang berpuasa akan diterima.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”. surah al Baqarah: 186
4. Membaca Al Quran
kita berusaha untuk mengkhatamkan alQuran namun tidaklah boleh dijadikan satu trend untuk khatam alQuran pada bulan Ramadhan sahaja..saya masih teringat satu kisah tentang khatam AlQuran ini kerana, ada seorang penceramah ini memberitahu bahawa dia cuba elakkan dari mengucap perkataan khatam AlQuran kerana kebanyakan masyarakat sekarang menganggap khatam AlQuran hanya dibulan Ramadhan manakala bulan-bulan lainnya dikhatamkan yakni tutup AlQuran itu..
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). (QS Al-Baqarah : 185)
5. Membanyakkan sedekah
pahala yang akan diperoleh daripada bersedekah amatlah besar ganjarannya.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui. (QS Al-Baqarah : 261)
kerana dari sedekah ini, kita dapat lebih mengeratkan hubungan persaudaraan antara sesama muslim dan kita belajar untuk lebih menyayangi sesama muslim.
marilah kita bersama sama mendoakan agar Ramadhan kali ini adalah permulaan..inshaAllah
Ya Allah, kurniakanlah kekuatan jiwa kepada kami supaya kami mampu jadikan Ramadhan sebagai medan permulaan kepada kami untuk kami laksanakan amal-amal soleh yang boleh menyegarkan kembali iman dan keyakinan kami kepadaMu sehingga ianya boleh merubah orientasi dan cara hidup kami ke arah yang lebih baik dan menyegarkan.
No comments:
Post a Comment