"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Sunday, May 15, 2011

Wahai angin cuba katakan...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Langit makin mengelap
Angin sepoi menyapa tingkapku
Mata makin memberat tetapi
jari jemariku ligat menulis
sebuah kalam 
bukan satu petunjukan 
tetapi satu bisikan ikhlas
ikhlas dari lubuk hatiku..

Ketika pada satu malam
Kedengaran sepoian angin 
singgah dibilikku
Aku terdengar mereka bertanya
Mengapa engkau memilih untuk susah
sedangkan dihadapanmu terdampar 
bukan beribu namun jutaan
kemewahan dan kesenangan

Aku menjawab bagaimana bisa
aku tergamak untuk senang
sedangkan saudara 
masih lagi derita
tangisan jeritan menyuruh mereka
untuk dilepaskan kebebasan
Islam ..Islam dan Islam


bagaimana aku tegar untuk
merasai nikmat kesenangan
sedangkan masih ada
saudaraku kelaparan
kebuluran kesakitan

Bagaimana aku sanggup untuk
merasa senang sedangkan
masih ramai saudaraku
dihiburkan dikaburkan
dan ada sesetangah ditidurkan
oleh pelbagai nikmat kesenangan 
keduniaan..

Bagaimana sanggup aku berasa 
hidup ini senang mudah
sedangkan jika dahulu baginda
merasa susah payah
derita kesakitan tangisan
pengorbanan keletihan
demi satu sahaja matlamat
menegakkan Islam dimuka 
bumi Illahi

Bagaimana mahu merasa senang
tenang mudah gembira
dengan kehidupan
jika masih banyak lagi
aku belum lakukan

Wahai angin,
adakah engkau rasa
aku berhak untuk senang
setelah segalanya terjadi
Islam makin dipinggirkan
saudara seislamku ditindas
mereka kelaparan
mereka kemiskinan
Islam ketinggalan
Islam tidak lagi sebahagian 
dari kehidupan manusia

Oh angin 
bagaimana katamu??
adakah aku patut 
merasa senang?
mudah gembira
ketawa 
setelah semua ini
berlaku?

Wahai angin
katakanlah..
bisikanlah padaku
jawapanmu.....

Wahai angin
salahkan juga
jika aku melakukan 
perubahan dalam hidupku?
Mungkin bagi mereka
aku ketinggalan
namun aku rela
ketinggalan cinta dunia

jika aku dapat 
mengapai cinta Illahi

rela ku tinggalkan
cinta manusia
walaupun pada satu dahulu
pernah memerahkan hati
rela ku tinggalkan
cintaku terhadap
sebuah tontonan hiburan yang melekakan
relaku tinggalkan
novelan cinta yang menjadi 
kegilaan
relaku meninggalkan semuanya

semuanya hanya
demi SATU
cintaku terhadap Illahi

Wahai angin katakanlah
cuba katakan
bagaimana....

keredhaanMu Ya Illahi
Mujahidah 
dibumi yang terasing

No comments: