Jumaat, 13/05/2011 - Seorang polis Israel menyerbu dataran Masjid Aqsa sebelum tengah malam Ahad dan mengugut pengawal-pengawalnya jika mereka tidak membuka pintu ke Perpustakaan Khatneye.
Salah seorang pengawalnya memberitahu Pusat Maklumat Quds dalam satu perbualan telefon bahawa polis tersebut mendakwa mereka ingin menggeledah perpustakaan tetapi para pengawal melarang.
Beliau berkata, polis itu mengancam untuk menangkapnya jika tidak mematuhi arahan dan seterusnya menghubungi balai polis untuk menakut-nakutkannya. Polis – polis tersebut kemudiannya meminta untuk melihat pengenalan diri para pengawal. Para pengawal tetap menolak dengan mengatakan mereka sedang bertugas sebagai pekerja di Islamic Awkaf di bawah bidang kuasa Jordan dan tiada siapa berhak meminta pengenalan diri atau menggeledah perpustakaan itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati
penterjemah : idawati
No comments:
Post a Comment