"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Sunday, October 14, 2012

Benda yang ta patut stress..

Bismillah,

Tidak tahu kalo post kali ini agak sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak. Jadi kanak-kanak bawah umur sangat tidak digalakkan untuk memikirkan dan menyerabutkan masalah anda dengan perkara ini.

Urm dulu bila nak berbicara tentang perkahwinan mesti pelbagai alasan akan dikeluarkan.Alasannya sebab masih muda hehehe.tapi sejak dua menjak nih diri akan terasa pelbagai tekanan ....

Satu. Apabila anda akan habis belajar. Makcik-makcik dan pakcik di kampung sudah menanyakan,
"Jadi apa plan lepas grad nih"
"Dah ada calon belum? Kalo takde makcik (terlebih rajin pulak nih) boleh tolong carikan"



Dua. Bila emak anda mula terpengaruh dengan borakan makcik, jiran tetangga yang sering berbicara mengenai anak masing-masing.
"Mak tengok anak makcik tuh dah kawin, lagi muda kot dari kamu.Kamu nih bila lagi pulak. Nak cakap muda dah 20lebih, mak pun dah kwen waktu baya kamu.Tulah memilih sangat kamu nih. " rasa hangus jugak masakan nih mak ralit sangat membebel,hehehe ;)

Tiga. Jemputan perkahwinan bertalu-talu dari kawan-kawan sekolah kamu sehingga rasanya ta cukup tangan dah nak tekan attend button kat fesbuk.

Empat. Ada diantara rakan kamu yang sudah mula mengandung.

"Akak, akak saya (kawan waktu sekolah dulu) , alhamdulillah dah mengandung!"

Lima. Emak anda mula sangat bising dan mula mengenenkan anda dengan anak kawan-kawan dia.

"Mak! Akak nih macam nih mana sesuai dengan dia, akak tudung labuh kot"

Enam. Apabila anda sudah mula konsisten memakai tudung labuh, mak anda sangat khuatir anda tidak akan kwen..
Mana ada fakta macamtuh mak sayang!

Gulp!!
Telan air liur banyak-banyak
Tekanan rupanya apabila mula menjadi dewasa.

Macam mana kita nak explainkan kepada bunda-bunda tersayang bahawa, anda begitu yakin dengan jodoh Allah ;) Siapa kata kita tidak berusaha kan? Setiap ayat-ayat chenta selalu dilontarkan kepada Yang Maha Kuasa, jadi inshaAllah apabila tiba waktunya. InshaAllah jodoh akan datang.

Jadi mood petang nih, berharap agar bunda memahami ^_^

Beijing sangat suram petang nih macam perasaan saya jugak
hehehe actually sebab jerebu mula melingkari langit Illahi. huhuhu

No comments: