"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Friday, October 12, 2012

Kelak tiada ALASAN patut diberi

Bismillah

Sejak kebelakangan nih, saya paling takut dengan ujian Illahi mengenai masa.
Semakin meningkat umur semakin diuji dengan ujian masa. Semakin merasakan diri ini seperti robot hidup, adoyai ini masih belum bekerja, belum berkahwin, belum beranak dan semuanya belum. Kalo selepas ini segalanya sudah, macam mana ar pulak. Sebenarnya ada benda nih ada kebaikan dan keburukan. Atas diri kitalah yang menentukannya segalanya (Ya ukhti, muwossafat tarbiyyah sudah panjang lebaq akak usrah citer sampai tepu rasanya tapi masalahnya adakah kita mengamalkannya sendiri? Opss, tepuk tangan tanya balik kita dah amalkan betul setiap bahan yang diperolehi dalam bulatan gembira.)

Rasa lidah tergigit dengan sendiri.

Muwossafat tarbiyyah masih ta settle, macam mana status pembentukan individu muslim kita nih?
Atas perkara ini, saya teringat satu ayat yang berbunyi," Allah tidak memerlukan kita, semua benda boleh bergerak dengan sendiri tanpa kehadiran kita, tapi adakah kita langsung tidak mahu menyumbang untuk Syurga nanti?? Gulpss telan air liur banyak-banyak, rasa tempias pada diri sendiri.

Macam mana nih, takkan nak tunggu bulan jatuh ke riba, kucing tumbuh tanduk baru kita nak berubah. Kalo macam nilah ya ukhti sampai ke sudah lar tidak berubah. Saya tahu mengapa masalah ini boleh timbul. Senang sahaja jawapannya sebab jawapannya adalah alasan ALASAN.

Yes kita kerap mengatakan pelbagai alasan, pergh kalo sudah tahu itu salah kita, laju sahaja akal kita nih memberikan alasan, mashaAllah. Rasa terhentak kepala sendiri.

Jadi apa solusinya takkan berangan kosong sembang sahaja.
Ayuh angkat tangan dan pena
Mulakanlah dengan perkara yang simple bahawa azam kita pada hari ini adalah at least kalo dulu dalam 2jam kita boleh lakukan 2 perkara, mulai hari ini kita try make it 3 perkara. Perlahan-lahan try,inshaAllah
Takbir!!



No comments: