"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Monday, February 13, 2012

La Tahzan kerana 爱

Aku cinta padamu
wahai laut yang bergelora
Kerana aku bias belajar
menjadi seorang jejaka
yang tabah menerima cabaran


Aku cinta padamu
wahai langit yang luas
kerana aku bisa terbang bebas
menjelajah dunia saujana
antara batas dan tradisi.


Aku cinta padamu
wahai gunung yang tinggi
kerana aku bisa menjadi
seorang pendaki gagah
yang tidak cepat menyerah kalah.


Awang Abdullah
(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,Tingkatan 2,DBP)

Mungkin pernah membaca sajak diatas? yup,sajak yang telah diambil dari antologi Seuntai Kata Dirasa, novel yang wajib kita baca ketika Tingkatan 2... wah, dalam petikan sajak di atas, banyak menggunakan kalimah "cinta".

Cinta tu apa sebenarnya??
Even anak kecik zaman kini kalo diutarakan persoalan apakah itu cinta? tidak semena-mena kita akan kelihatan raut wajah mereka sudah berubah, kemerahan kerana malu.. urm, nampak gayanya anak kecik pun sudah mengusai maksud cinta itu sebenarnya... Adakah cinta itu seperti yang kita pikirkan?? Ataupun sudut cinta yang dipikirkan oleh anak kecik tadi??

Mungkin dari sudut adik kecik tadi, mereka akan berfikir cinta itu sangat indah, mana tidaknya sejak kecik kita disuapkan dengan pelbagai cerita cinta dari fiksyen Inggeris seperti Cindrella, Beauty and the Beast, Snow White dan banyak lagi.. Pengakhiran setiap jalan cerita pasti akan menyatakan ,"and the lived happily ever after"...noktah.. begitu manis penjelasan makna cinta itu.. namun adakah itu cinta yang sebenar??

Ini pula antara petikan quotes mengenai cinta dari sudut Inggeris dan Cina..


The arms of love encompass you with your present, your past, your future, the arms of love gather you together.  ~Antoine de Saint-Exupéry, Southern Mail, 1929, translated from French by Curtis Cate

Antoine de Saint-Exupery adalah seorang rakyat negara Perancis yang merupakan penulis novel The Little Prince yang telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa..

Wah, sungguh menarik pengertian cinta dari quotes nih, masakan tidaknya ramai yang akan terbuai mendengar kata-kata sebegini.. lemas dalam keindahan kata-kata cinta dari sang kekasih dan kerana itu ramai yang menginginkan cinta itu.. betul atau tidak??

dan apa pulak pemikiran orang cina mengenai cinta...

Saya bawakan sebuah cerita cinta yang sangat terkenal dalam epik masyarakat China,《梁山伯与祝英台》..kisah mengenai pengambaran seorang gadis yang menyamar sebagai seorang lelaki demi menuntut ilmu dan dia ketemu cintanya yang sejati disana, namun atas permintaan keluarga dia terpaksa dikahwinkan dengan pilihan keluarga..sang kekasihnya yang sangat sedih dengan berita itu telah membunuh diri kerana cintanya tidak kesampaian..sang gadis yang mendengar kisah buah hatinya yang sudah meninggal dunia memohon agar ibubapanya membawa tandu perkahwinannya melalui jalan perkuburan sang kekasihnya sebagai syarat dia bersetuju dengan perkahwinan ini.. dan apabila tiba dikawasan perkuburan sang kekasih, ketika itu, langit menjadi gelap, guruh dan kilat saling bersabungan, hujan turun dengan lebatnya.. dan tetiba kubur sang kekasih terbuka.. sang gadis yang berpakaian pengantin berwarna merah itu terjun ke dalam kubur... dan selepas itu, cuaca menjadi seperti biasa kembali. orang ramai yang mengiringi tandu sang gadis sangat terkejut..sejurus kemudian muncullah sepasang rama-rama daripada kubur tersebut..masyarakat membayangkan sepasang rama-rama itu adalah jelmaan mereka berdua...

Wah, sangat menarik tapi ini adalah mitos cerita cinta masyarakat cina! Dari sini ternyata cinta boleh menyebabkan akal menjadi tidak waras sehingga bisa membunuh diri..mana tidaknya, isu seperti ini bisa aja kita dengar selalu bukan? 
Apatah lagi jika seseorang itu bersedih dan dilanda kemurungan yang sangat teruk, tidak makan dan tidak lena tidur,sentiasa bersengkang mata dan air mata kering tidak bisa untuk membasahi pipi lagi apabila dirinya patah hati.. yer patah hati kerana cinta... 

dan mengapa kita perlu patah hati dan berduka cita??
Patah hati kerana bercinta itu normal dalam kehidupan insani..cuba tanya pada sesiapa pun siapa sahaja yang tidak pernah patah hati kerana cinta?? jika anda tanyakan kepada 10orang saya berani jamin 8-9 orang daripada mereka pernah patah hati kerana cinta.. satu dua orang tidak pernah kerana mereka bisa menemukan cinta sejati.. opsss cinta sejati itu adakah bisa membawa kita kepada gerbang perkahwinan??

Adakah anda begitu yakin mereka adalah calon isteri dan suami anda???
Bagi mereka yang sudah bercinta sekarang, adakah pasangan anda sekarang ini adalah isteri atau suami anda pada masa hadapan?? Adakah anda begitu yakin?? Mengapa sering sahaja saya mendengar bercinta bertahun-tahun tapi akhirnya pasangan itu bukanlah pasangan yang sama yang akan turut sama melalui gerbang perkahwinan???

dan mengapa perkara sebegini boleh berlaku??
Banyak kajian telah dilakukan dan antara alasan kepada permasalahan ini adalah kerana mereka sudah bercinta lama...bercinta lama kemudian tidak kawin bukankah itu suatu perkara yang sia-sia..mintak maaf saya hanya suatu fakta..tetapi inilah adalah antara fakta kajian.. adakah dengan lama bercinta sangat berbahaya??? terus terang saya katakan, YA sangat bahaya! jika anda salah seorang daripada calon ciri-ciri sebegini diminta untuk berhati-hati..

Mengapa saya katakan sebegini??
Apa yang anda expect jika anda telah lama mengenali seseorang itu? Tentu anda sangat-sangat mengenali dirinya tetapi adakah pengenalan anda ketika bercinta itu akan menjadi pengenalan sama ketika kalian berdua sudah berkahwin kelak? Ramai pasangan yang bercinta dan kemudian berkahwin selalu mengutarakan masalah mereka, yup masalah pasangan masing-masing..

"Ustazah, suami/isteri saya sebelum berkahwin lain dan selepas berkahwin lain"
"Mengapa asyik saya sahaja yang berkorban ustazah? Saya letih ar ustazah"
"Ustaz, suami saya nak nikah satu lagi walaupun dulu dia hanya katakan saya seorang sahaja dihatinya"

Pelbagai masalah akan timbul jika anda bercinta di awal usia..mengapa perlu bercinta?? Mengapa kita tidak mengikut syariat yang ditetapkan oleh landasan agama Islam itu sendiri?? Jika henda dikatakan bercinta adalah landasan untuk mengenali pasangan masing-masing, Islam juga sebenarnya sudah ada caranya yang tersendiri..sesi bertaaruf..

Sesi bertaaruf yang ditemani mahramnya dituntut oleh agama..ini kerana dengan ditemani mahramnya pelbagai masalah boleh dielakkan.. bukanlah kita sudah tahu, jika berdua-duan, yang ketiga adalah syaitan...masakan syaitan tidak akan mencucuk pemikiran manusia yang sedang berdua-duan ini untuk melakukan perkara yang bukan-bukan yang akhirnya membawa kepada permasalahan zina, kes pembuangan bayi dan sebagainya...

Jika sudah menyukai seseorang itu, jangan tunggu lama-lama jumpa sahaja ibubapa mereka dan nyatakan hasrat anda untuk bernikah.. yup bernikah kemudian kita bercinta... alangkah indahnya perasaan ini.. selepas berkahwinlah antara masa yang diperuntukkan kita untuk mengenali hati budi pasangan masing-masing..

"Oh,rupanya ayang nih ta makan daging kambing"
"Allergic seafood rupanya suamiku nih"

Sungguh indah syariat yang telah Islam gariskan.. tetapi jika masing-masing merasakan masih belum sampai waktunya..marilah kita menjaga perbatasan perhubungan..jagalah kesucian perhubungan agar lebih diberkati oleh Allah.. Allah tidak menyukai hambaNya mendekati zina.. Bercakap tentang soal hati dan perasaan boleh membawa seseorang itu mendekati zina hati.. Keluar berdua-duan berpimpinan tangan boleh membawa kepada zina.... 

Memang benar, sangat senang untuk meluahkan kepada seseorang yang kita sukakan dia tetapi susah pula nak jaga perasaan terhadap seseorang yang kita suka.. kadang kala kita takut dia lari. tapi pernahkah kita terpikir siapakah yang menjadikan kita? Allah bukan? Marilah kita semaikan perasaan kasih dan sayang untuk Allah terlebih dahulu sebelum kita menzahirkan kepada pasangan masing-masing.. Berdoa, berusaha dan sentiasa berfikiran bahawa Allah akan memberikan jodoh yang sangat terbaik untuk diri kita..

saya kongsikan kata hikmah seseorang yang tidak asing lagi.




Keindahan cinta yang hakiki adalah ketika kita merasakan betapa indahnya mencintai Allah.(Abdullah Gymnastiar

Jika benar sang dia adalah jodoh yang terbaik untuk kita, tidak perlu kita kejarkan pasti dirinya akan datang dengan sendirinya...inshaAllah sentiasa berfikiran positif..jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang?? Mantapkan perhubungan kita dengan Allah dan kemudian laksanakan tanggungjawab kita, jika masih lagi seorang pelajar, belajarlah dengan bersungguh demi Allah, jika sudah bekerja laksanakanlah pekerjaan anda dengan mengharapkan keredhaan Illahi, penuhilah setiap masa dengan membaca pelbagai bahan ilmiah yang dapat membawa kita mengenali Yang Rab.. sentiasalah mendampingi orang yang beragama dan orang yang  mempunyai ilmu, tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad.. kurangkan diri daripada membuat perkara yang tidak berfaedah samaada dari segi percakapan, pembacaan, penglihatan dan sebagainya dan dengan ini inshaAllah anda pasti akan berupaya mendapat jodoh yang terbaik serta jangan dilupakan ucapan syukur setiap hari yang perlu dipanjatkan kerna susah kan nak menjadi hamba yang bersyukur nih..


Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan wanita yang baik juga adalah untuk lelaki yang baik..-- (Al-Quran)


Percayalah masa itu tidak akan lama ;) dan ia pasti akan datang..

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab"


Jadi katakanlah La Tahzan kerana cinta..Semoga Allah akan memelihara diri anda dan saya juga dalam usaha mencari sang khalifah yang sangat mencintai Allah dan Rasul.. semoga Allah memakbulkan doa anda sekalian.. doa dari saya untuk kalian "adalah berupaya menjumpai jodoh dan kehidupan yang terbaik didunia hingga dituntuni bersama-sama ke syurga... " amin...

No comments: