suhu semakin menurun di Beijing dan bermula pada hari ini, angin sejuk sentiasa bertiup..mendinginkan dan keadaan ini sangat mengerunkan..pipi muka tangan kaki rasa terbeku..hari ini saya balik dari kelas dengan suhu -7 darjah dan ditemani dengan terangan cahaya bintang..inshaAllah malam ni takkan hujan ;)mungkin students di Russia akan merasakan -7 adalah suhu biasa..huhuhu ditempat mereka pasti akan lagi sejuk kan??
Cuma kesedihan ini seolah-olah menyelebungi hati saya ini kerna saya bakal meninggalkan guru-guru saya yang sangat berkaliber..semester ini alhamdulillah, saya dikurniakan dengan guru-guru yang sangat penyabar mengajar kami..dan antara guru yang paling memberi impak maksima pada diri saya untuk sem ini adalah cikgu kelas 现代文学,modern literature klo ditranslate kan ar...
saya masih ingat lagi,
akhirnya,dipertemukan dengan beliau,凌老师,ternyata apa yang senior cakap tuh memang benar..agak strict tapi baik hati..perwatakan cikgu yang sangat luar biasa. seumur hidup saya ta pernah berjumpa orang seperti beliau.. cikgu sangat berpengetahuan luas.. dan cikgu sangat memahami pasal Islam..cikgu banyak membuka mata dan pandangan saya, setiap novel,puisi,drama dan essay yang kteorang belajar ( waktu zaman 五四运动)banyak membuka mata..esp selepas saya join tarbiyyah, setiap pengajaran yang diambil dari setiap novel yang kami belajar,pasti saya kaitkan dengan tarbiyyah dan Islam..
apabila belajar subjek ni,terasa dekat sangat dengan sejarah kenabian baginda, Nabi Muhammad saw.. sangat terasa suma prinsip keislaman ada sahaja diketengahkan dalam setiap pengajaran novel yang dipelajari..
untuk exam kali pertama,alhamdulillah kebanyakan kteorg lulus,dan markah yang cikgu bagi sangat-sangat diluar jangkaan..sampai ada seorang kawan saya ni mendapat markah 110%..tapi cikgu kata,dalam list kertas markah bley letak 100 jer.. kteorg exam semalam jer arini boleh dapat markah...sewaktu bagi kertas exam tuh,cikgu pun sharing ar ngan kteorg..cikgu semalam tydo lambat sebab marking kertas kteorang tapi agak mengejutkan sebab cikgu kata dia habiskan tanda semua paper sebab cikgu kata nak tanda kesemua paper kteorang secara adil..tanda dalam satu masa yang sama..dan cikgu pun kata..ada satu kali ni, cikgu tetiba bagi markah kepada seorang klasmate kteorg ni sebab alasan dia bg agak logik..so cikgu sanggup baca semula paper students yang sebelum ni (yang sudah ditanda tuh sebab takut ada students yang sebelum ni pun jawapan lebih kurang..)nak tambah markah..
urm saya macam tertelan air liur gak mendengar kisah cikgu..saya mendapat banyak kaedah bagaimana untuk menjadi seorang guru dari cikgu ini..selama ni,kebanyakan cikgu yang pernah mengajar saya,saya respect jer..tapi untuk kali ini,saya betul-betul tabik..saya pun sharing ar dengan mak, macam mana sikap cikgu ni.. Dan saya betul-betul tersentuh..Mak berpesan agar saya mencontohi sikap cikgu ini..Kalo dipikir secara mendalam,cikgu ni bukan Islam tapi perwatakannya, mashaAllah penuh dengan keislaman..mengadili sesuatu secara adil..even kte sebagai orang Islam, selalu jer dengar pesanan mengenai sikap mahmudah yang sangat dituntut namun adakah kita mempraktikannya dalam kehidupan seharian kita??? MashaAllah..
Meskipun kami semua disini tidak diajar seperti maktab perguruan di Malaysia mengenai kaedah untuk mengajar,meningkatkan kemahiran pembelajaran dan pengajaran para pelajar namun, saya mmg ta sangka saya berupaya belajar sesuatu secara tidak langsung dari perwatakan cikgu ni...
Saya teringat kata-kata cikgu dalam salah satu novel yang kteorg pelajari,bahawa sesiapa orang yang hidup menganuti agama didunia ini dikategorikan sebagai orang dahulu kala..mula-mula dengar macam pelik ar asal cikgu label orang ni camni.. tapi setelah dijelaskan secara details..cikgu kata..didunia ni, ada tiga golongan:
-Previous generations 前代
-Modern generations 现代
-Later generations后代
previous generation adalah golongan yang masih menggangap bahawa Tuhan itu masih wujud dan mereka sangat mempercayainya..
Modern generation pulak adalah golongan yang tidak percaya kewujudan Tuhan namun mereka masih cuba untuk mencari,dan mempercayainya namun akhirnya mereka gagal menemukan kewujudan Tuhan tuh..
Later generations ni pulak memang langsung ta percaya kewujudan Tuhan dan inilah terjadi pada masyarakat China sekarang..salah satu sebab mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan adalah selepas mereka terpengaruh dengan ajaran orang Germany waktuh yang mengatakan bahawa Tuhan telah tiada...peristiwa yang menyebabkan perkara ni berlaku adalah disebab berlakunya Perang Dunia,ramai orang terkorban dan sebab tuh ar ramai orang mempertikaikan kewujudan Tuhan . Kalo ada Tuhan nape Tuhan biarkan ramai terkorban?
Kalo kita memikirkan dari sudut Islam,kita boleh amik analogy mengapa Allah membenarkan syaitan untuk menghasut anak Adam sehingga akhir hayat?
Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina. (13) Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). (14) Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). (15) Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (16) Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (17)
(7:13-17)
Sebab Allah ingin menguji keimanan dan ketaqwaan kita melawan nafsu dan syaitan.. Allah sebenarnya memberi kita kesukaran tetapi sesungguhnya Allah Yang Sangat Menyayangi kita membekalkan kita senjata iaitu,Al-Quran,assunnah dan Rasulullah itu sendiri...oleh itu,explore ar Al-Quran dan pasti kita akan menemui jalan dan jawapan..ikutilah Rasulullah dan kita tidak akan sesat..Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk hidayat ke jalan yang betul (lurus). (3:101)
Wallahu'alam..namun jika difikirkan secara mendalam..situasi dan realiti umat zaman kini,adakah sebenarnya Islam adalah the previous generation? Memang tidak disangkal ar kalo zaman Rasulullah,khulafa' ar rasyidin dan zaman kegemilangan empayar islam Abbasiyyah,Umaiyyah suma tuh..Islam adalah the previous generation but right now? Hurm... Jika benar, masyarakat Islam sekarang tidak akan melakukan kemungkaran,kemaksiatan,dosa..suma tuh tidak akan berlaku...
Kejadian ini terjadi kerana apa? Kerana kita alpha dan leka..
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (3:14)
Mari kita memandang disekeliling kita,adakah kita telah mempraktikkan Islam yang sebenar??Inilah masanya untuk kita berubah,bangkit dari alpha dan leka.. bergeraklah wahai jiwa-jiwa muda ;)
No comments:
Post a Comment