"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Sunday, November 27, 2011

我和中药的故事

Alhamdulillah wa syukurillah..


Allah masih memberi nafas untuk saya menulis sesuatu disini.


Suhu di beijing sekarang semakin menurun,kadang kala mencecah paras -ve .dan disebabkan itu, semester ini saya selalu sakit..masih teringat ada satu harituh kerna badan masuk angin,saya muntah beberapa kali dan akhirnya berat badan turun.. Dan kerna itulah saya tahu saya telah menyebabkan bonda kesayangan selalu risau..asif mak ;(


Tapi alhamdulillah,atas cadangan seorang sahabat saya cuba berubat di sini dengan menggunakan kaedah ubat tradisional cina.. jadi diatas kesempatan post kali ini,saya ingin membawa para pembaca mengenali serba sedikit mengenai ubat tradisional cina.


Pada permulaanya sebenarnya saya dan dua sahabat lain ingin mencuba kaedah akuapuntur disalah sebuah kawasan Islam di Beijing namun setelah penat bertanyakan penduduk disekeliling masing-masing tidak tahu dan hanya memperkenalkan klinik ini, 同仁堂




Kedai ubat ini sebenarnya sangat popular di China kerna ia membekalkan ubat tradisional cina. Jika diikutkan sejarah kewujudannya,sudah bermula pada zaman dinasti QingChao lagi apabila ubat ini disediakan kepada orang kenamaan.


Jika anda semua masuk ke dalam kedai ubat ini, sangat unik kerna anda pasti tidak akan sangka disebalik kecantikan hasil binaan luar kedai , didalamnya masih mengamalkan penyediaan ubat secara tradisional.Kita akan dapat melihat mereka (ahli farmasi ar kot) mengukur timbangan ubat dengan dacing ;) Kita akan mencium bau akar kayu.. Sebenarnya kedai ini still nampak moden, walaupun cara ubat disediakan secara tradisional, ubat-ubatan lain masih dipack dengan cara moden. Dan kadang kala orang cina akan membeli ginseng sebagai hadiah kepada rakan taulan.




Baiklah antara cara untuk anda berjumpa dengan doktor (atau kalo dalam bahasa cina kteorang sebut daifu tapi kalo nak panggil tabib macam terlampau kuno plak sebab doktor disini memang ada sijil) caranya adalah mengambil nombor, 挂号 dengan bayaran 30yuan anda boleh berjumpa dengan doktor.


Kemudian,doktor akan bertanyakan kepada kita..hehehhe kenapa kita datang..ayat standard para doktor..teringat kalo kecik2 dlu saya sebenarnya ta ske doktor tanya soalan tuh sebab saya sakit datang jmpe doktor jadi doc ar yg kne bg tahu saya sakit tapi selepas dijelas secara terang oleh mak,saya tahu ar doktor tanya sebab nak tahu symptoms penyakit kte...huhhuhu Pastuh doktor akan menyuruh kita menjelirkan lidah anda..ehehe.. macam menakutkan..tapi begitulah cara tradisional cina..melalui lidah sebenarnya sudah boleh tahu sakit kita..lupa ada cara lain jugak seperti tapak kaki,mata dan lain-lain..


Antara penyakit yang boleh tahu dari lidah ni sebenarnya adalah bahagian proses perkumuhan kita..huhuhuhu..Sori kalo mungkin ayat dibelakang ni ta berapa sopan tapi satu pengetahuan ye kawan-kawan...Mungkin kawan-kawan rasa kalo walaupun setiap hari kita membuang besar tapi, kawan-kawan mesti ta terfikir yang kita punyer sistem perkumuhan tetap akan ada masalah..hurm masalah macam mana saya taknk citer ar sebab takut kawan-kawan risau..


Takpe, then doktor akan check nadi di tangan kita..disebelah kanan dan kiri.. kat sini mmg keseluruhan anggota badan kita yang sakit boleh dirasai..huhuhuhu rehat ta cukup pon doktor boleh tahu... saya sangat ar kagum..macam biasa ar selepas sudah diperiksa kita kena berlapang dada,berpantang dan selalu rajin makan ubat dan minum air..untuk badan yang selalu sejuk macam saya ni,terpaksa ar sentiasa berwaspada..sebab once badan masuk angin sejuk..alamatnya berangin ar satu badan..


Saya da cuba ubat ni alhamdulillah sebulan dan saya rasa juga ar sedikit sebanyak perubahannya..cuma ubat ni sangat pahit dan kita tidak boleh mencampurkan ubat moden dan ubat tradisional dalam satu masa...BAHAYA!! lupa lak, cara nak rebus ubat ni pun ada cara...huhuhu digalakkan untuk merebusnya didalam periuk tanah liat, reneh sehingga akar kayu dan air tinggal untuk diminum segelas air sahaja..


sebenarnya ubat tradisional ni agak mahal jugak..huhuhu takpe ar biar mahal asal sembuh...


同仁堂 saya pasti akan teringat kenangan ini
bila saya sekembalinya saya ke tanah air nanti..
kenangan saya sakit dan merasai "keindahan" ubat cina...
dan saya berharap agar segala kesakitan pada diri ini
akan segera pulih
kerna hanya Allah sahajalah yang bisa
menyembuhkan segalanya....

1 comment:

VegeSalad said...

shikin2..
shikin ada penyakit apa..