"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Friday, September 30, 2011

Diari kecil kuih bangkit Cik Lala

Cik Lala..adalah nickname saya , shortform bagi Cik Lalang... dan salah satu reason Cik Lala menyukai nama ni adalah sb cik Lala menggangap diri cik Lala simbolik seperti lalang.. Lalang banyak sangat kat rumput dan kalo saya menjadi lalang, pasti ramai tidak akan dapat mengecam di mana saya berada...dat's the point, saya merasakan diri saya terpencil seperti lalang..dan reason lain saya taknk cerita...biarlah menjadi satu tanda rahsia cinta di antara saya dan si Dia....

Ini adalah diari kecil saya, saya menyukai penulisan berbentuk diari...kerna ia berupaya memberi salah satu cara saya meluahkan kegelisahan kegembiraan hidup saya, ingatan bagi saya pada masa hadapan...

*************************


Hari ini mungkin sudah masuk musim luruh, daun seperti cerita Mohabattein tuh masih belum menguning tetapi suhu semakin sejuk, tiupan angin semakin dirasai dan saya, Cik Lala menjalani rutin hari-hari saya seperti insan yang lain..namun berbedanya kerna saya adalah seorang Muslim, bangkit melawan nafsu tidur pada waktu Subuh yang awal di perantauan sangat menguji... itulah antara ujian yang dilalui oleh segelintir orang seperti saya, perbezaan masa dan musim menyebabkan saya perlu menyesuaikan diri untuk bangun awal Subuh...kadang kala jam 2 pagi sudah masuk subuh dan mataharinya sudah naik pada pukul 5....

Jam 8 menandakan sudah bermulanya kelas dan saya sememangnya suka berjalan kaki menuju ke kuliah, sangat nyaman rasanya, kebiasaanya pukul 7.30 akan bertolak dari rumah... setiap pagi dan setiap hari jalan raya pasti akan padat dengan kenderaan pacuan roda tidak kira basikal,bas mahupun kereta, sangat padat... budaya tempat belajar saya adalah berbasikal dan menaiki kenderaan awam..sangat mudah....sepanjang perjalanan ke kelas, masyarakat di sekeliling pasti akan memandang tajam terhadap saya...seperti pandangan seekor harimau kepada sang kancil...

mengapa yer?? jika dahulu saya menganggap bahawa mungkin saya memakai pakaian yang terlampau comot sampai mereka menganggap saya selekeh tetapi sudah masuk beberapa tahun disini, saya ketahuilah kerna hijab saya yang menarik mereka...camne nak gambarkan ae?? Walaupun kita melihat sesetengah negara tuh sudah maju atau ekonomi mereka semakin naik namun, jauh disudut hati saya, saya sangat kasihan kepada mereka...

jika dahulu polisi pemikiran masyarakat mereka ber-idelogi berbeza dengan kini,polisi yang menutup minda dan pemikiran mereka... golongan miskin ,orang tua dan golongan yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaranlah yang paling merasa implikasinya... mereka melihat sesuatu makhluk yang sangat pelik berada dihadapan mereka... malah makhluk tu plak berbalut-balut,membungkus dan menutupi diri mereka.. mungkin itu perasaan mereka... Makhluk apalah dihadapan mereka ini... dimana mereka berasal... daya inkuiri mereka sangat membuak-buak waktu ni...jadi mungkin pandangan mata mereka yang tajam sahaja boleh menjadi refleks akibat daripada rembesan hormon adrelinalina ke apa ntah..(lalala saya da igt fakta bio sek dlu) menjadi alsebab kepada tindak tanduk dan alasan mengapa  mereka melakukan sebegitu...

itu sudah pun menjadi kebiasaan bagi Cik Lala sekarang nih...dan rutin harian iaitu perasaan bertanggungjawab seorang pelajar yang sangat menebal bagi Cik Lala  menyebabkan cik Lala sentiasa bertawakkal kepada Allah agar memudahkan ilmu yang diajari.. kata-kata peransang bonda cik Lala sentiasa menjadi inspirasi untuk bangkit..bukan mudah kalo nak belajar sebenarnya.. sebab kita akan mudah merasa letih setiap masa... mestilah belajar itu memenatkan jugak kerna kita menggunakan akal dan tenaga bersama-sama ;) dan sebenarnya tidak ada benda yang mudah dalam dunia nih...kita at least kena blaja untuk try ^^,

Hari ini kelas saya full... saya ke sekolah matahari baru nak meninggi dan bila saya nak balik matahari sudah pun terbenam... hari-hari yang saya lalui demi mengenggam ijazah untuk saya praktikkan demi agama saya.. itulah azzam saya, saya merasakan perasaan belajar itu jika hendak disama tarafkan dengan perjuangan para sahabat Nabi ketika berperang di medan peperangan pasti tidak akan dapat dinilai tetapi, belajar tu jihad yang kecil jugak... 

Sepanjang jalan pulang ke rumah, saya melihat disekeliling saya, orangnya gembira gelak ketawa bersama rakan-rakan...merasai keindahan dan kenikmatan hidup ini yang sementara... kadang kala Cik Lala kembali bermuhasabah diri seketika, hidup ini memang Allah jadikan indah namun kerna Islam itu mempunyai syariat yang tertentu dalam cara kita melaksanankan setiap perkara.. Islam telah mengariskan panduan yang sangat cantik untuk dijadikan pedoman hidup ad-din kita.. Ianya sudah termasuk menuntut kegembiraan hidup kita untuk diri, keluarga,masyarakat,kawan-kawan dan saudara muslim kita bersama... apapun cik Lala sangat terhibur jugak dengan gelak ketawa mereka, kita cubalah untuk ketawa sementara masih diberi nikmat ni namun tidaklah bermaksud untuk ketawa secara berlebihan..cukuplah bersederhana dalam semua aspek...

dan memang betul rupanya hidup ini sementara, hari ni cik Lala telah mendapat berita pakcik kepada sahabat baik Cik Lala telah kembali ke rahmatullah, al fatihah...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan kita semua digolongkan di golongan orang yang beriman...ameen...

Wah,sudah lenguh tangan cik Lala, berpeluh tangan menaip... kerja sekolah cik Lala yang menimbun di meja study nih telah beratur menunggu untuk disiapkan... kiranya sampai disini sahaja diari kecil kuih bangkit cik Lala... 【sarang hyeo dan lots of luv dari dairi kuih bangkit

p:s - cerita cik lala ni adalah nukilan mitos dan angan-angan nakal penulis, tidak sama sekali ada kaitan antara insan yang hidup atau telah meninggal dunia...


No comments: