Kelas pertama, kelas汉语 bab pertama menceritakan mengenai hari graduasi.. soalan yang ditanya cikgu kepada kami adalah bagaimana agaknya graduation kat malaysia...wah, waktu tuh da melayang-layang terbayang saya dalam dua tahun lagi.. da nak grad... macam mana?? cam seronok jer.. tapi secara realiti, sepanjang tengok situasi graduation kat negara China kat uni sy nih, cam ta best jer~ kalo kat Malaysia dan negara Barat especially, akan ada cara tersendiri, formal punye sambutan kat tapi kat China cam takde jer.. macam hanya upacara sarung jubah dan tangkap gambar sekitar uni.. sesetengah pelajar tuh berselipar jepun..bju da cantik tapi dibawah ta berapa formal... but then itu hanya dipandangan mata saya, macam mana uni saya handle graduation yang sebenar nmpk gayanya saya kne feel sendiri dua tahun lg..inshaAllah
Tapi bila berfikir sejenak, dalam kehidupan manusia ni, ada dua graduation yang kita akan faced.. percaya atau tidak, tapi bagi saya sendiri adalah hanya dua kali.. Wah,dua kali!! apa itu ae??
Graduation pertama, adalah yang kebanyakan orang akan dapat perolehi pengalaman iaitu..hari Graduate kita waktu sekolah dulu, sekolah menengah cikgu akan celebrate Graduation kita, sekali waktu form 3 dan sekali lagi waktu form5...ini based pengalaman saya waktu kat mrsm ar.. dan kalo kita bernasib baik dapat 3.5 ,anugerah pengetua maka kita akan awal skit dapat naik stage amik sijil tapi klo ta dapat beratur ar kita mengikut nama...teringat ar waktu dulu, waktu form 5 ta dapat 3.5 ..huhuhu beratur ikut nama tuh dan agak belakang jugak ar posisi saya, rasa macam da mengantuk tunggu nama dipanggil sebab W kan? huhuhuuhu
dan situasi sekarang, ada sudah di antara kawan-kawan saya da grad, da sarung jubah amik gambar dengan keluarga..kat simbol2 uni..cam seronok kan?? maka, itu adalah graduation pertama kawan-kawan... dengan sijil kita dapat tuh kita meneruskan langkah perjalanan kita mencari pekerjaan, membina diri dan seterusnya... satu kegembiraan..
Tapi agaknya terlepas pandang pada graduation kedua nih, hari kita akan bertemu dengan Maha Pencipta kita sendiri.. bagaimana dengan situasi itu?? bagaimana keadaan kita akan menerima "sijil graduasi" kita? Adakah kita akan cemerlang?? Menerima dengan tangan kanan atau tangan kiri.. Hari Graduasi inilah yang paling penting dalam kehidupan kita sebagai hamba kerna, ianya akan kekal... Syurga atau Neraka..
Tetiba saya teringat, seorang sahabat saya baru sahaja kehilangan ahli keluarganya yang terdekat cuti baru ini, menurutnya Allah sangat menyayangi arwah kerna mengambilnya dalam usia yang sangat muda, awal 20-an... dan alhamdulillah Allah memudahkan segala urusan jenazah arwah.. sebenarnya jika berlaku sesuatu kematian sebenarnya adalah bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang disekeliling,,, jika dulu, waktu saya kecik-kecik dulu saya selalu berfikir bahawa bila kita tua baru kita akan pergi menemui Illahi tapi bila semakin dewasa ini, saya semakin mengerti bahawa kematian tidak mengenal usia...bila-bila sahaja Allah bisa menjemput kita... Untuk mereka yang sudah kembali kepada Allah, maka mereka sudah selesai urusannya, sedangkan kita yang masih dalam ujian Allah ini bagaimana....
Sedih memikirkan perkara ini...
Takut mengenangkan dosa-dosa diri ini
Pelbagai reaksi kita bila memikirkan perkara ini
Sedangkan maut itu sudah menjadi ketetapan
Hanya kita sebagai hamba yang tidak mengerti ini
perlu meneruskan urusan dan tanggungjawab kita
berusaha untuk menjadi yang terbaik
inshaAllah disisi Allah
No comments:
Post a Comment