Malah, proses kejadian Nabi Adam sangat diragui oleh para malaikat dan mereka berkata kepada Allah
"Wahai Tuhan kami! Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-henti, sedangkan makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh kerana berebut untuk menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."
Maka Allah berfirman:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaanBani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya, maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya." [Al-Baqarah 2:30]
Kesombongan iblis akhirnya telah membawanya keluar dari syurga Allah apabila dia telah enggan mematuhi perintah Allah untuk bersujud kepada Nabi Adam..Maka sejak dari itulah, iblis telah bersumpah untuk menyesatkan anak Adam seperti yang tertera dalam alQuran dan sabda Rasulullah SAW
Rasulullah SAW bersabda :
إِنَّ إِبْلِيسَ ، قَالَ : أَيْ رَبِّ ، لاَ أَزَالُ أُغْوِي بَنِي آدَمَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ،
Sesungguhnya iblis pernah berkata: Wahai Tuhan, aku akan sentiasa menyesatkan anak Adam selama mana ruh-ruh mereka berada di dalam badan mereka
قَالَ : فَقَالَ الرَّبُّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : وَعِزَّتِي وَجَلاَلِي لاَ أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي
Nabi bersabda, maka Tuhan Tabaraka wa Ta‘ala berfirman: Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu, aku akan sentiasa mengampuni untuk mereka selama mana mereka meminta ampun kepadaKu.
Secara sedar dan tidak sedar , iblis dan syaitan seakan-akan beria-ria dan berusaha untuk menyesatkan kita,maka oleh itu sentiasalah berdoa kepada Allah agar ditetapkan iman dan dihindari dari termakan godaan syaitan.
Pengajaran yang diperolehi daripada kisah Nabi Adam ini adalah
1.Manusia itu mempunyai khilaf leka dan alpa walaupun telah dikurniakan Allah segala kecerdasan berfikir dan mental. Sama seperti Nabi Adam yang termakan godaan syaitan apatah lagi diri kita sebagai manusia biasa ini..
2.Jika kita sudah terlanjur dalam membuat sesuatu dosa, kita seharusnya tidak boleh berputus asa dalam berdoa memohon keampunan kepada Allah..Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Menyayangi hamba-hambaNya walaupun kita sudah melakukan dosa dosa besar seperti Allah berfirman dalah surah Al Baqarah ayat 186
"Dan apabila hamba hambaKu bertanya kepadamu Muhammad tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan berfirman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran"
3. Sikap sombong akan membawa kepada kebinasaan..sama seperti yang ditonjolkan oleh iblis yang bongkak dan ingkar untuk bersujud kepada Nabi Adam. Sama juga dalam situasi kita belajar, janganlah kita rasa diri kita sudah pandai.. saya sangat suka satu analogi seorang akak nih..
dia berkata jika dalam usaha kita untuk mencari ilmu, berlagaklah diri kita ini seperti sebuah bekas yang kosong, walaupun sebenarnya kita nih ada pengetahuan sedikit..cubalah berlagak seperti bekas kosong..pasti bekas kosong itu akan terisi dengan air..jika kita menganggap diri kita sudah pandai seperti bekas yang penuh dengan air,adakah gelas itu akan terisi dengan air?? pasti melimpah air itu kerna airnya sudah penuh...
Jadi marilah kita menjadi seperti sebuah bekas air yang kosong...
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cerita Nabi Adam ini, kawan-kawan boleh merujuk
Surah AlBaqarah ayat 30-38
dan surah Al A'raaf ayat 11-25
sekian, sharing is caring
No comments:
Post a Comment