Mengapa jika kita melihat realiti umat kini, terutamanya golongan belia, menuntut ilmu bagi pendapat mereka hanyalah semata-mata untuk mendapatkan markah yang tinggi untuk kesenangan pada masa hadapan.. namun tanpa kita sedari , sebenarnya kita menuntut ilmu adalah untuk mencari keredhaan Allah ..kita sepatutnya mengunakan ilmu ini kepada umat..Tapi bagaimana kita boleh menyumbang ilmu ini kepada umat??menyumbang ilmu ini boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Menyumbang ilmu secara langsung adalah berkongsi ilmu kita , contoh pelajar perubatan akan menyumbangkan ilmu mereka untuk menyembuhkan para pesakit nanti manakala menyumbang ilmu secara tidak langsung boleh dilakukan dengan memberi sedekah, hasil daripada pendapatan yang mereka perolehi dari ilmu mereka , maka disinilah adanya keperluan untuk bersedekah seperti yang telah dituntut oleh Islam..
Namun ramai kini memilih pekerjaan yang hebat-hebat, memperolehi wang yang banyak bagi memenuhi keperluan hidup didunia semata-mata lalu mereka ini mati begitu sahaja.. jadi bagaimana??? apakah nilai wang harta ilmu disini jika kita tidak menyumbangkan demi Allah...
Manusia ini perlu hebat dari segi kerohanian,jasmani,intelektual dan emosi...
Oleh itu mari kita lihat bagaimana peranan ibubapa melahirkan individu yang seimbang?
Peranan guru?? Masyarakat itu sendiri...
contoh yang kita dapat lihat ada,
Pelajar yang cemerlang tetapi menipu ada
Pelajar yang mendapat pendidikan Islam A tetapi tidak solat
Masyarakat kini hanya menekankan ilmu dari satu aspek sahaja namun tiada pengamalan yang dilakukan..
Ilmu sahaja hebat tapi tidak membawa dirinya untuk beriman kepada Allah adalah sia-sia..
Masyarakat kini bagaimana?? Sikap remaja kini... jika dulu hanya berani mencalar kereta cikgu tapi sekarang sudah berani untuk bertumbuk dan bergaduh dengan guru...sedangkan tuntutan yang sebenar adalah seorang pelajar perlu menghormati gurunya...walaupun ini adalah kes yang terpencil tapi adakah kita patut membiarkan sahaja kuantiti sedikit ini??
Sudah ketetapan Allah kandungan elemen roh dalam manusia ini sebenarnya lebih tinggi, sebagai contoh orang memaki hamun kita, kesannya amat sakit dan mengambil masa yang lama untuk sembuh..jadi kesan roh ini sangat tinggi dan penting.oleh sebab itu adalah menjadi keperluan bagi seseorang itu mantap dari segi kerohanian dan bukan tertumpu hanya kepada keintelektual semata-mata...
Mari kita lihat, Tarbiyyah baginda adalah ruhiyyah seperti firman Allah dalam surah Al-Jum'ah ayat ke dua
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٢)
Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
sudah jelas bahawa menyucikan jiwa disini adalah ruhiyyah...dan ternyata ia sangat penting ... setelah Allah memberitakan hal ini didalam alQuran kepada kita semua agar menjadi pembelajaran dan pengajaran. Jadi sedarlah bahawa kepentingan untuk seseorang itu, terutamanya golongan belia untuk menyedari bahawa keperluan untuk mengisi diri dengan keperluan ruhiyyah.... marilah kita sentiasa membetulkan niat kita setiap masa.. marilah kita berfikir sejenak Keperluan ruhiyyah itu apa dan bagaimana untuk mengisinya.....dan jangan kita berhenti untuk berfikir...
No comments:
Post a Comment