"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Friday, May 20, 2011

四大美女

Bismillahirahmanirahim

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi sedikit culture atau sedikit fakta menarik mengenai kebudayaan China..
fakta ini sy tahu didalam kelas bahasa cina saya
Tahukah sahabat sekalian mengenai kisah 4 wanita tercantik di dalam sejarah China,
Four Beauties (ancient women) 四大美女
mereka adalah 


1.貂蝉拜月 diāo chán 
2.王昭君 wang zhāo jūn
3. 贵妃 guì fēi
4.西施 xī shī

Keempat-empat wanita ini mempunyai kisah yang sangat menarik tentang bagaimana kecantikan mereka begitu tersohor sehingga boley dinobatkan sebagai wanita purbakala yang tercantik didalam sejarah China


Wanita pertama, iaitu Diao Chan..dikatakan telah hidup pada akhir zaman Dinasti Han atau Zaman 3 Negara , wanita ini dikatakan sangat cantik sehingga pun bulan boleh terlindung  
貂嬋閉月 【Diaochan closes the moon】

Wanita kedua iaitu Wang Zhaojun telah hidup pada zaman Dinasti Han Barat, Wang Zhaojun dikatakan sangat cantik sehingga jika angsa yang berada dilangit yang sedang terbang boleh terbang jatuh jika terlihat kecantikkannya jadi dalam cina dikatakan 
昭君落雁 【Wang Zhaojun drops birds】

Wanita ketiga pula iaitu Gui Fei hidup pada zaman Dinasti Tang ... orang cina mengatakan tentang betapa cantiknya Gui Fei sehingga bunga boleh kemuncup kerna malu teramat atas kecantikan Gui Fei...dan Gui Fei ini adalah isteri kepada maharaja Qin yang berada di Xi An..didalam sejarah dikatakan bahawa Gui Fei adalah wanita yang sangat gemuk...memang ada didalam sejarah yang menyatakan bahawa ada satu zaman dimana maharaja sangat menyukai wanita yang gemuk..kerna bagi zaman tersebut gemuk itu dikatakan sangat kaya bagi sesebuah keluarga.. 
貴妃羞花 【Yang Guifei shames flowers】

Wanita keempat adalah Xi Shi, beliau hidup pada zaman Dinasti Musim Bunga dan Luruh dan wanita ini dikatakan sangat cantik sehingga jika seekor ikan terlihat wajah wanita ini, akan lupa bagaimana untuk berenang dan mati kelemasan... Xi Shi sanggup berkorban diri berkahwin dengan maharaja demi menyelamatkan negaranya 
西施沉魚 【Xi Shi sinks fish】


namun jika diikutkan kesemua ini adalah mengikut kefahaman dan pandangan masyarakat cina itu sendiri, namun kita sebagai seorang muslim mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai kecantikan seseorang wanita...malah wanita itu dipandang tinggi nilainya disisi Islam... namun ketinggian nilainya tidak menyebabkan kita perlu sangat mengilai seseorang wanita itu, memuja mereka tetapi yang sepatutnya adalah golongan wanita itu dipelihara dan dilindungi... saling menasihati mereka dari pelbgai sudut sama ada berpakaian, bersosial, pembelajaran mahupun kehidupan . InshaAllah jika seseorang wanita itu masih mengikut setiap syariat dan garis panduan yang telah ditetapkan didalam Islam maka mereka ini akan cantik dari setiap sudut dalam kehidupan kerna Islam telah melengkapkan kehidupan mereka, jadi saya mengingatkan diri saya dan sahabat perempuan saya agar sentiasa menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan kita masing-masing...

No comments: