Cinta...cinta adalah satu kalimat yang rasanya boley mengentarkan hati, mencairkan perasaan , menyebabkan diri kita terleka terlena dalam buaiannya, bisikan janji manisnya... hurm,boley dikatakan semua manusia bercinta... cinta boleh dikategorikan dengan beberapa kategori ....
Cinta kepada Allah, Rasul, keluarga , ibubapa, suami isteri, sahabat handai, binatang dan tumbuhan...
Mahabatullah adalah bermaksud, nafsu keinginan.. jika nafsu kita tiada iman, semua benda itu akan menjadi sia-sia. Tapi tanda disangka rupanya nafsu dan keinginan kita sendiri pun sangat memerlukan iman... kenapa yer??jadi mari teruskan pembacaan yer^^...
Kerna segala yang ada dalam diri kita adalah islam dan seseorang yang islam memerlukan iman dalam kehidupannya ... betapa pentingkah iman ini kawan-kawan?? kerna kita adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah, mungkin keseluruhan umat manusia termasuk saya sendiri sudah melupakan perjanjian janji setia antara Allah dan roh saya, sebelum roh saya ditiupkan didalam perut bonda saya, sebelum saya telah diaturkan rezeki , jodoh dan maut .. ketika itu, saya telah bersumpah setia untuk setia pada Allah.... dan kerna itulah kita memerlukan iman, iman akan dapat memastikan kita dapat mencintai Allah dengan sepenuhnya... bukan niat kita untuk membandingkan sesama manusia, namun kita boleh melihat contoh perbedaan di antara muslim beriman dan saudara kafir kita... bagaimanakah keadaan mereka yang tidak mempunyai iman??? apakah laluan hidup mereka seharian...
Baru-baru ini dunia telah digemparkan dengan isu tsunami di Jepun, alam buana telah memberontak,Jepun bley dikira adalah saudara terdekat kami disini, tsunami ini sedikit sebanyak memberi tempias buat kami juga... mari kita lihat kawan-kawan,Jepun adalah negara maju dan negara bukan Islam..kebanyakan rakyatnya tidak memeluk apa-apa anutan agama.. sikap yang sangat positif orang Jepun adalah mereka sangat rajin bekerja, setiap malam setiap hari 24jam 7hari dalam seminggu... kerja dan kerja namun, apabila dugaan Allah ini datang.. dalam sekelip mata apa yang mereka kerjakan, boleh hilang begitu sahaja, obsesi mereka terhadap pekerjaan, rumah, wang bahkan keluarga telah hilang sekelip mata...
سُوۡرَةُ النِّسَاء
أَيۡنَمَا تَكُونُواْ يُدۡرِككُّمُ ٱلۡمَوۡتُ وَلَوۡ كُنتُمۡ فِى بُرُوجٍ۬ مُّشَيَّدَةٍ۬ۗ وَإِن تُصِبۡهُمۡ حَسَنَةٌ۬ يَقُولُواْ هَـٰذِهِۦ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ سَيِّئَةٌ۬ يَقُولُواْ هَـٰذِهِۦ مِنۡ عِندِكَۚ قُلۡ كُلٌّ۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۖ فَمَالِ هَـٰٓؤُلَآءِ ٱلۡقَوۡمِ لَا يَكَادُونَ يَفۡقَهُونَ حَدِيثً۬ا (٧٨)
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran) (4:78)
Jadi bagaimana cinta itu wujud sebenarnya?? ia adalah kerna suatu dorongan sama ada positive ataupun negative, perasaan yang mengharap, secara dua hala sebenarnya iaitu secara Syarie atau tidak syarie ..
Syarie: ialah perasaan cinta yang didahului atau didasarkan dengan keimanan...
Tidak syarie : perasaan cinta yang didasari menurut nafsu dan kesukaan
Namun kita perlu ketahui bahawa nafsu itu adalah fitrah dalam Islam, Islam tidak menolak nafsu cuma Islam mengharapkan setiap nafsu itu dikendalikan oleh iman kerna melalui itu akan menghasilkan ideal yakni benda- benda yang bermanfaat didunia juga di akhirat...
سُوۡرَةُ آل عِمرَان
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَٲلِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ (١٤)
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (3:14)
Masalah sekarang ini, macam mana nak mengendalikan iman itu?? Berdasarkan syariat, berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah, digariskan oleh Allah yang akan dikendalikan pada arah yang betul.. Sebagai contoh jika kita mencintai ibubapa kita, taatilah mereka selagi mana mereka tidak menyuruh kita untuk melanggari perintah Allah, perlu juga diingatkan kita hendaklah mendahulukan syariat dan kasihanilah dan sayangilah mereka kerna Allah SWT, kerna jika kita tidak meniatkan kasih sayang kita kerna Allah maka kasih kita kepada ibubapa kita adalah sama sahaja seperti kasih seorg kafir kepada ibubapanya... mereka dan kita masing-masing mempunyai ibubapa cuma perbezaan diantara kita adalah kerna kita mempunyai Allah jadi tidak salahnya meniatkan kasih syang kita kerna Allah agar insyaAllah diberi keredhaan dr Allah SWT
Jika kita tidak menyayangi seseorang itu tanpa iman maka inilah diantara implikasinya seperti yang telah difirmankan oleh Allah....
سُوۡرَةُ الزّخرُف
ٱلۡأَخِلَّآءُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِينَ (٦٧)
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali
orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh 43:67.
Oleh kerna itu Allah telah mengingatkan kita berulang dan ulang kali didalam alQuran Allah sangat menyayangi
kita, dan janji Allah akan pasti bahawa sesiapa yang menjadikan Islam sebagai jalan kehidupannya akan memperolehi ganjaran dr Allah di akhirat..insyaAllah
سُوۡرَةُ المَائدة
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِى ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ يُحِبُّہُمۡ وَيُحِبُّونَهُ ۥۤ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ يُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآٮِٕمٍ۬ۚ ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ (٥٤) إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٲكِعُونَ (٥٥) وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (54) Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (55) Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (56) surah al maeda ayat 54-56
Allah sentiasa memberi peluang untuk kita bangun naik setelah kita jatuh, oleh kerna itu kita perlu sentiasa bermuhasabah ,jujur dengan Allah dan diri kita sendiri.. Jalan itu sangat panjang dan susah kerna setiap yang terjadi itu ada dugaannya yang tersendiri....
Sebelum menutup tirai perkongsian saya ingin tutup perkongsian ini dengan sebuah cerita yang berlaku di United State of America, ini adalah based seorang guru di US...
Seorang wanita ini sangatlah cantik, cantik sangat dimana ibaratnya sesiapa sahaja yang memandangnya pasti akan jatuh hati.. namun mungkin kerna si wanita ini merasakan dirinya cantik , dia sudah lalai pada segalanya , kawan-kawan sentiasa mengajak untuk kebaikan tetapi dia refused..dan telah ditakdirkan Allah, satu hari ini, dia terlibat didalam kemalangan jalan raya dan Allah telah menarik nikmat kecantikan dirinya tetapi menyelamatkan nyawanya... pengakhirannya tidak diketahui
namun disini sedikit ibrah pengajaran yang dapat diambil adalah walau secantik mana pun diri kita ini, kita perlu sedar bahawa benda itu bukan milik kita dan bukan milik sesiapa pun kecuali Allah itu sendiri. Manusia selalu berpikir tentang benda yang kita pinjam tetapi mengapa manusia tidak selalu memikirkan tentang siapa yang memberi kita pinjaman itu... juga kita perlu mengetahui orang yang kita sayang itu pun bukanlah milik kita, bila-bila masa sahaja mereka akan dikembalikan kepada penciptaNya...
No comments:
Post a Comment