"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Sunday, November 29, 2009

mampukah ak??

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.


mengalir air mataku,
melihat pengorbanan putri solehah siti fatimah,
akur dalam setiap perintah,
taat pada abuyanya yg sentiasa berjuang,
tiada memiliki harta dunia,
layaklah ia sebagai wanita penghuni syurga.

ketika aku marah,
ingin aku intip serpihan sabar,
daripada catatan hidup siti sarah,
tabahkan jiwaku,
setabah umi Nabi Ismail,
menggendong bayinya yang masih merah,
mencari air penghilang dahaga,
di terik padang pasir merak.

di tinggalkan suami akur tanpa bantah,
pengharapannya hanya pada Allah,
itulah wanita Siti HAjar.

dapatkah aku mengikut jejak Siti RAhmah,
permaisuri Nabi Ayyub,
pasrah dengan dugaan Tuhannya,
walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
namun ia kembali,
kerana iman yang kuat,
telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
bahagia adalah miliknya.

mampukah aku menjadi wanita solehah???
mati dalam keunggulan iman,
bersinar indah, harum tersebar,
bagai wanginya pusara masitah.
谢谢 abg peja

2 comments:

Beejan said...

kenape tetibe abg peja?

Aya said...

nape tetiba?
sb dia bg