urm tatau ar apa yang hendak dikata,
Yi 一.Jika anda merasakan anda akan mengambil exam dalam masa terdekat tetapi rupanya anda ada trip dalam waktu terdekat dengan exam itu, anda perlu berfikir bijak samaada membatalkan trip anda atau berusaha gigih dan keras study beberapa minggu sebelum itu dan dalam bus@ train @ flight wat revision sedikit. Jangan ta study langsung. Itu namanya mencari maut.
Er二.Sila jaga pemakanan dan rehat anda especially sebelum exam. Percaya atau tidak ,saya pernah tidak menjaga perkara ini, dan keesokannya dalam exam. Langsung tidak ada tenaga dan rasanya mahu cepat abes exam serta pasrah segalanya walhal itu salah kita!
San三.Sila check email anda termasuk inbox,outbox,paling penting dalam SPAM (jika apa-apa berkaitan dengan jadual exam anda. )*Al maklumlah saya nih takde smartphone jadi saya baru perasan email exam saya nih termasuk dalam spam.erkk seyies rasa macam diri nih taknak exam jer.
Si四.Sila pastikan pass exam anda sudah ditangan anda seminggu before exam. Saya teringat ari Ahad baru ni, kan saya baru balik dari percutian Hunan ari Sabtu, jadi hari Sabtu baru perasan yang saya takde pass exam!!. Sangat seram waktu tuh, dan kelam kabut !! Dan amik keputusan untuk menelefon laoshi explain segalanya yang kita baru balik trip. *urm sempat kne marah sebab ta angkat call dari laoshi, macam mana nak angkat kalo no tuh kte ta kenal kan? Kat china nih sangat selalu dapat panggilan ntah apa-apa, nak jual barang nih ar, survey produk nih lar dan paling menyeramkan kawan saya pernah dapat panggilan hantu! Mengarut jer..
Wu五.Bangun awal dan tydo awal sebelum itu. Sebab otak anda akan lebih segar. Kalo bangun awal boleh ar buat qiyyamualail dan doa lebih lebih skit.
Liu六.Sila makan breakfast sebab nanti akan bagi tenaga tapi jangan lebih-lebih sangat pulak, tertydo lak dalam exam.Sb kalo dalam tradisi orang cina diaorg sangat menitikberatkan breakfast. Kalo tengok diarog makan breakfast seyies macam nak makan tengahari. Breakfast like a king!
Qi.七Minta ar berkat dan doa dari ibubapa. Malam tuh suruh ar mak ayah solat hajat, urm jangan lupa diri sendiri pun kne doa lagi bersungguh-sungguh. Untuk ibubapa yang free, suruhlah ibubapa berpuasa pada hari anda exam dan membaca yassin sewaktu anda sedang menduduki exam. *tips ini dari seorang pelajar cemerlang tau, wah, nak try ar nanti untuk masa depan ;)
Ba.八Last but not least, mari kita bertawakkal sebab kepada Allah segalanya bermula dan berakhir. Andai takdir Allah memberi kejayaan itu adalah kerana usaha dan rezeki kita namun perlu diingatkan kejayaan juga boleh membawa kepada sifat riya' seseorang manusia, jadi berdoa ar banyak-banyak moga Allah menjauhi sifat itu. Dan andainya ditakdirkan kita menghadapi kegagalan, Allah lagi Maha Mengetahu segalanya, pasti akan ada hikmahnya sebab mungkin dengan kejayaan kita akan riya' dan membawa kepada banyak dosa jadi Allah mengagalkan kita kali ini agar kita lebih berusaha dan lebih bertawakkal kepada Allah untuk lain kali. Paling penting jangan berputus asa, Allah sangat menyukai hambaNya yang berusaha. InshaAllah
No comments:
Post a Comment