"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Saturday, February 18, 2012

Mari kita belajar untuk bersyukur

Bersyukur, sebenarnya susah untuk seseorang itu bersyukur dengan apa yang dimiliki betulkan? Kadang kala kita bersikap berkendak bermacam-macam sehingga melupakan apa yang kita ada sekarang.. Itulah satu perasaan yang sepatutnya dimiliki dalam diri setiap muslim.Bahkan didalam alQuran telah banyak Allah nyatakan perlunya bersyukur kepada Allah.. 


Sebenarnya dalam konteks bersyukur, saya sendiri telah melalui pelbagai pengalaman yang mengajar supaya bersyukur dengan apa yang kita miliki... Jika di sekolah menengah ketika dulu, saya masih ingat ketika kteorang semua ada aktiviti mock interview tentang cita-cita yang kita bakal impikan, saya beria-ria mengeluarkan statement yang saya berhajat untuk menjadi pakar ortodontik..mahkan menunujukkan betapa beria sangat saya nak jadi doktor gigi nih, saya siap gi interview doktor gigi kat area umah.. Sampai ar satu hari ini, saya ditegur oleh mak homeroom saya,






"kin nak jadi doktor gigi ke? Nape kak Ja rasa kin macam ta sesuai je.."


dan ingin menunjukkan betapa kerasnya hati saya nih, huhuhu saya proceed ar jugak impian murni ini.. Sampailah tiba result SPM, ternyata menunjukkan kecewaan yang teramat sangat...
Saya ta score result menarik esp dalam aliran sains untuk ambil perubatan.. hohoho kecewa habis..
Saya taknk keluar rumah, saya lost contact dengan kawan-kawan sekolah.. Reasonnya sebab apa?  MALU!!


Tiba masa untuk isi borang kemasukan UPU, mak menasihati saya supaya menjauhi aliran sains.. dari pilihan pertama hingga kesepuluh memang tiada langsung subjek sains..huhuhu dan tidak menyangka pilihan kesepuluh menjadi titik tolak perubahan.. perubahan segalanya..


Ditawarkan peluang belajar di UiTM dalam kurusu perakaunan..
PERAKAUNAN!!!
Saya budak aliran sains belajar akaun, boleh ker??


Kerana tidak mahu mengecewakan ibubapa dan diri sendiri serta mempelajari pengajaran dari result SPM, saya mahu mencuba.. memang betul kata orang tidak salah untuk mencuba.. mencuba dari kegagalan adalah pengalaman manis dan berharga untuk saya...


Memang didalam kelas akaun tuh, saya selalu ar kne panggil wat balance sheet kat depan dengan lecturer tuh,  setiap kali ada kelas akaun setiap kali tuh kecut perut.. tapi alhamdulillah walaupun ta score tinggi mana tapi boleh ar cukup-cukup makan orang kata..


Dalam semester ketiga di UiTM, saya berhajat untuk belajar mandarin kerana apa ae?
Sebab akaun kan ramai orang cina, nak juga belajar bahasa depa.. 
Maka dari situ, jalan menuju ke China telah terbuka..
Detik pelayaran dan pengalaman ke China ini pasti tidak akan saya lupakan...


Tambahan pula, tahun depan saya inshaAllah dengan izinNya saya bakal memiliki ijazah yang telah saya usahakan selama 5 tahun menjadi anak perantauan..


Bersyukur dan mohonlah pertolongan dari Allah...
Kita tidak akan menjangka pertolongan yang bagaimana akan Allah berikan kepada kita..



No comments: