"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Saturday, October 15, 2011

Diari kecil kuih bangkit Cik Lala 02





Cik Lala baru-baru ni sempat ar baru-baru nie menyinggah ke satu kawasan Islam yang paling ramai kat Beijing iaitu di kawasan Niujie, kalo datang Beijing cnfrm dan sah tourist esp dr msia akan singgah sini.. tapi mcm biasa jarak Niujie dari uni Cik Lala agak jauh sedikit, menaiki bas dua tingkat akan sampai dalam sejam klo ta busy jalan ar..


tapi bukan pasal niujie yang cik Lala nak sharing kat sini tapi nak sharing mengenai kejadian sewaktu ke sana.. wah, kejadian bagaimana tuh? takde ar glamour sangat pun kejadian tuh, cuma sedikit menyentuh hati cik Lala ar.. dalam perjalanan sedikit lagi nak sampai niujie (15-20 minutes) tetiba bas cik Lala naik tuh cam terlekat ar kat satu kawasan ni..nama dia urm ta ingat.. jam ar kejap tapi dalam kejadian tuh...


Cik Lala yang berada di tingkat atas dan tepi tingkat melihat satu kejadian yang menyayat hati...
Mungkin bagi sesetengah orang mungkin kejadian nie biasa-biasa jer.. tapi bagi cik Lala yang melihat depan mata.. mungkin akan terharu...


iaitu mengenai....


kelibat seorang lelaki di tepi jalan raya... yup lelaki tersebut tidak ar gemuk sangat dan tidak kurus sangat, badannya sedang molek sahaja..bertopi merah sedang membongkok badannya gigih menghamparkan kain... yup dia adalah salah seorang diantara rakyat negara China yang menyara hidup dengan berniaga secara "sah".. 


dan dia bukan lelaki biasa, dia adalah seorang warga emas... dari jauh boleh kelihatan basikal tuanya disisi dan beg plastik yang menyimpan barang niaganya.. lelaki yang selayaknya dipanggil atuk itu, tekun meletakkan   barang niaganya diatas hamparan kain itu.. dia kerap berulang alik mengambil barang niaganya untuk diletakkan diatas hamparan tersebut.. tapi agak menyedihkan cik Lala boleh melihat kaki atuk itu mengeletar, menunjukkan bahawa dengan keadaan begitu atuk itu sudah tidak patut bekerja.. selesai meletakkan kesemua barang niaganya, dia kembali untuk duduk diatas bangku lipatannya yang kecil , menunggu dengan nada pasti dan tidak pasti adakah akan ada rezeki untuk perutnya pada hari ini... diatas basikalnya ada juga tertulis satu nota : "Perkhidmatan mengutip barang terbuang", yup di china, kalian akan boleh lihat akan ada ramai insan-insan yang akan membelek disetiap tong sampah yang disediakan, mereka semua ini mencari botol atau tin yang boleh dikitar semula untuk dijual.. 


Tapi dinegara cik Lala sendiri, "barang berharga" inilah yang paling bersepah dimerata-rata... bukan tujuan dan niat dihati kecik cik Lala untuk mengutuk negara sendiri, tapi cuma hendak membandingkan kalo seseorang tuh sangat susah kan, sampai ke tua mereka akan tetap gigih mencari sesuap nasi tapi di sesetengah tempat itu generasi muda sudah cepat mudah melatah dan mengalah, kerap bergantung kepada orang lain dan cuba untuk mengambil mudah setiap perkara...mungkin kita perlu mengubah diri kita... bagaimana tuh? bersamalah kita memikirkannya...


【tafsir dari surah ar Rahman 11-16】

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
[11]Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;[12]Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;[13]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?[14]Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,[15]Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;[16]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

No comments: