Rasanya macam baru semalam bertemu dengan mereka, tapi apakan daya kerna cuti hari raya untuk adik adik dan saya sendiri yang pendek serta komitmen pada pelajaran menyebabkan hanya seminggu sahaja kami semua boleh berkumpul bersama-sama..kiranya pulang ke rumah pada kali ini, amat bermakna kerna adik-adik semakin matang dan kami dapat berkongsi banyak sangat cerita.. berkongsi pengalaman dan paling bermakna sekali adalah cinta yang mereka salurkan kiranya ikhlas terasa dilubuk hati saya..
Seronok dapat merasai 10malam terakhir Ramadhan bersama adinda-adinda yang tersayang, bersama-sama stay up 1malam terakhir untuk membuat kuih raya, keluar membeli keperluan hari raya dan merayakan hari raya bersama tahun ini kiranya sangat bermakna jugak ar walaupun tiada tema baju khusus,kuih raya dan duit raya yang banyak..saya dapat menikmati keindahan aidilfitri tahun ini dalam keadaan yang sederhana, alhamdulillah . Jadi saya amat terasa kehilangan Ramadhan, apatah lagi adik-adik berada di samping saya selalu..
Kini merayakan syawal secara happy dikampung selama 2hari pun cukup bermakna sebelum saya terpaksa meninggalkan mereka untuk kembali meneruskan tanggungjawab saya disini.. pejam celik sudah 3hari saya masuk kelas dan saya sudah merasakan sedikit tertekan dengan subjek baru semester ini terutamanya subjek kesusateraan china..apatah lagi bila cikgu perkenalkan skit subjek nih, wah macam macam saya ta tahu sejarah china nih...huhuhu kerna kerisauan tidak dapat perform bagus dalam mata pelajaran yang lain jugak dalam semester ni,huhuuhu dengan itu, saya hanya mampu berdoa agar Allah mempermudahkan perjalanan saya sebagai pelajar disini
ameen Ya Allah..
No comments:
Post a Comment