端午节 duan wu jie
adalah salah satu perayaan yang disambut agak besar-besaran di China.. mengikut kalendar lunar cina, hurm tahun ini perayaan ni jatuh pada 6.06.2011.. pada perayaan ini, kaum cina akan memakan satu jenis makanan yang dinamakan zongzi 粽子 rice dumpling yang diperbuat dari tepung dan intinya bley didapati dalam pelbagai perasa seperti kacang merah, kurma,perasa buah-buahan dan daging ..
Satu fakta menarik tentang perayaan ini adalah sebenarnya disambut untuk memperingati seorang tokoh sejarahwan dan penulis sajak China yang sangat terkenal.. 屈原QuYuan...Tokoh ini telah menulis banyak karya dan dia adalah antara penulis sajak cinta yang terkenal pada zaman Perperangan China.. tapi kisah tragis tokoh ini adalah dia telah membunuh diri didalam sebuah sungai di China jadi rakyat ingin mengelakkan daripada naga banjir memakan jasad tokoh ini, mereka akan melemparkan makanan zongzi ini kedalam sungai.. dengan harapan naga itu akan makan makanan ini..
Jika dahulu, rakyat tempatan akan membuat makanan ini diperbuat dari daun buluh kerna mereka percaya buluh ini dapat melindungi jasad QuYuan,namun selepas zaman dinasti Han, ada seorang telah bermimpi bahawa dia memberitahu bahawa selama mereka menggunakan buluh ini, naga banjir itu telah mencuri buluh ini, maka itu, rakyat selepas itu telah menggunakan tali yang bewarna warni dan kemudian menukarkan daun buluh kepada sejenis daun.yg sy ta clear namanya dalam bi atau bm..tali tersebut akan diikat selepas dilipat menggunakan daun itu...jadi kte dapat lihat sebab tuh function tali pada ikatan makanan itu...
Kadang kala rakyat China akan memilih untuk memakan songzi ini bersama telur dan air teh manis... Untuk yang beragama Islam, ada zongzi yang halal..sy rs macam pernah rs makanan ni tapi hurm..sedap lg kot pulut ikan kte...rindu plak makanan malaysia....
http://www.hudong.com/wiki/屈原?hf=youdaocitiao&pf=youdaocitiao
No comments:
Post a Comment