Apabila tinta pena diblog tidak basah sejak kebelakangan ni
asif buat semua, kekangan faktor masa...
【Hari ini rasanya takde ar hendak berkongsi satu benda yang besar mana pun】 cuma ...dua hari yang lepas kalo ta silap, saya on the way nak bersiap ke kelas..sempat ar mendengar radio ikim 【pengisian motivasi pagi】 yang bagi saya sangat menarik..Asif kerna saya gagal untuk mengingat siapakah nama ustaz atau pakar motivasi tersebut
Cuma saya nak berkongsi tentang apa yang beliau alami... satu peristiwa yang sangat menarik...
Menurut beliau, beliau ( pakar motivasi ini) telah dijemput oleh satu organisasi pertubuhan untuk menyampaikan ceramah, namun bila ditanya bila ceramah tersebut, maka pihak organisasi menjawab esok adalah tarikhnya... Maka si ustaz ini menolak dengan mengatakan dia mungkin penat, malah katanya lagi dia sebenarnya tinggal di Kedah, maka si pihak organisasi ini terkejut kerna menyangka si ustaz itu tinggal di Kuala Lumpur kerna kekerapan mendengar suara si ustaz di radio ikim setiap pagi... Maka si ustaz memberitahu bahawa itulah hanyalah rakaman dan beliau akan berulang alik Kedah-Kuala Lumpur...
Maka si pihak organisasi ini telah bersetuju untuk menyediakan tiket flight dengan harapan ustaz tetap boleh datang memberi ceramah..Maka pada hari kejadian, si ustaz tiba di lapangan terbang Kedah untuk check in dan si ustaz teramatlah terkejut kerna tiket yang ditempah untuknya bukan pada kelas ekonomi akan tetapi pada kelas business... si ustaz didalam hatinya berkata bahawa organisasi ini pasti bukan calang-calang..
Setibanya di KLIA, si ustaz ini mencari-cari ar pihak organisasi untuk menjemput beliau, apabila sudah ditunggu seketika ustaz mengambil keputusan untuk menelefon pihak organisasi...Maka telefonlah ustaz, tetiba ustaz kedengaran bunyi telefon orang yang didailnya, seperti berada berhampiran dengannya... Maka alangkah paling terkejut ar si ustaz maka orang yang meng-incharge ceramah ini adalah seorang yang sangat luar biasa... luar biasa yang bagaimana itu yer??? Handsome tinggi??? Namun person in charge (PIC) utk organisasi ini adalah seorang yang cacat penglihatan...Maka si ustaz bertambah rasa bersalahnya kerna lupa untuk menanyakan pada awalnya organisasi mereka ini adalah organisasi berkaitan dengan apa....
Maka ustaz dan PIC ini mahu meneruskan hala tujuan mereka...apabila ustaz bertanya destinasi seterusnya dan bagaimana untuk ke sana...Maka PIC ini menyuruh ustaz mengikut dia sahaja menaiki train... Berlaku satu kejadian yang sangat luar biasa dimana seorang yang cacat penglihatan menarik si cerah penglihatan yang berkopiah putih..【.ustaz memberitahu, pasti ada sahaja mata yang kepelikan melihat aksi mereka berdua ini...】
Mendengar habis pengisian ustaz ini, ustaz ini telah menekankan tentang sesuatu topik iaitu buta mata atau buta hati...Tanpa kita sedari, orang yang telah dianugerahkan Allah lengkap pancainderanya seperti kita semua ini sebenarnya buta hati sedangkan orang yang kurang upaya tadi hanyalah buta mata... Disisi Allah jika difikirkan yang mana dikira satu sifat atau sesuatu yang mahu kita elakkan???
Pasti akan ramai sahaja yang celik mata seperti kita akan menjawab BUTA HATI ... namun apakah tanpa kita sedari, mungkin yang semakin ramai buta hati adalah terdiri daripada yang celik matanya.. sedangkan yang si kurang upaya ini berusaha untuk mencari ilmu, berusaha juga untuk mencapai kejayaan sedangkan kita yang serba serbi lengkap ini tidak pula berusaha bersungguh-sungguh....
Ini menyebabkan saya memikirkan kembali, bermuhasabah diri saya sendiri..
Dan satu lagi peristiwa, berlaku pada waktu malamnya... hari yang sama saya bersama rakan saya pergi melawat kawan bonda yang datang ke Beijing atas urusan pekerjaan di satu district diBeijing yang diberi nama WangFuJing..ini merupakan kawasan tourist...yang menjual makanan yang pelik-pelik... tapak sulaiman, kala jengking,ular dan sebagainya...
Hurm, kami berdua menaiki train untuk kesana dan berlakulah sedikit masalah apabila kami berdua sesat. gagal mencari hotel untuk seketika...namun sesuatu yang berlaku...Kami berdua tersempak dengan empat orang China di jalanan bermain alat muzik
Namun yang mengusik hati kecil saya adalah dua orang pertama yang saya lihat adalah mereka... mereka adalah orang Islam China.. seorang pakcik yang buta mengesik satu alatan muzik China dan disebelahnya terdapat seorang budak lelaki yang merayu rayu dengan menundukkan kepalanya agar diberi wang - meminta sedekah... sebelum kami sampai kepada mereka, saya melihat budak lelaki itu memandang kami berdua, mungkin dihatinya melihat kami berdua yang memakai tudung mempunyai satu kesamaan, iaitu Islam... cuma yang menyebabkan saya rasa sangat sedih adalah saya melihat kawan seIslam saya hidup sangat susah.. terpaksa meminta sedekah.. sedangkan saya pula bagaimana...masih Allah memberi nikmat untuk makan. belajar malah berjalan-jalan lagi ke tempat lain
Dua orang yang seterusnya adalah seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki yang berusia mungkin akhir 30 an yang buta juga berdiri ditepi jalanan meminta sedekah...bertambah sayu apabila saya melihat budak itu bermain disekitar ayahnya mungkin...saya belajar lagi bahawa Allah lagi telah memberi nikmat kepada saya iaitu kedua ibubapa yang sihat sempurna, memberi nikmat untuk saya belajar..sedangkan saya melihat si gadis comel ini masih lagi duduk berkeliaran.. dimana masa yang sepatutnya dihabiskan untuknya sekarang adalah untuk mengenal huruf dan perkataan disekolah ataupun bermain bersama-sama kawannya..
Hati kecikku berbisik, ini adalah sebabnya kita memerlukan sistem Allah , sistem khalifah agar kesama-rataan akan berlaku..
Sekian..
No comments:
Post a Comment