"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Sunday, January 30, 2011

Part 2

Akhirnya setelah menunggu resultku telah pun keluar, confirm kena tahan wad untuk pemeriksaan lanjut dan apatah lagi hatiku ini rasanya antara manusia waktu tuh yang paling cemas, penyakit apa yang Allah sedang uji diriku ini? Sementara tuh,nurse masukkan air dalam badan, sakit mmg sakit,baru merasai skg..Setelah selesai urusan pendaftaran wad, kne naik wheel chair..terjadi ar sedikit masalah sb sy taknak naik: alasan yg dpakai sb masih mampu untuk berjalan ...namun nurse kata sb nih prosedur dik, akak takley wat apa2..nak taknk naik ar wheel chair..seyies perasaan tuh bertambah ar pelik, mmg rs diri ni menghadapi penyakit yg sangat teruk smpai kne berkerusi roda baru ar paham perasaan insan kurang upaya..huhuhu..ke tingkat 4 kte bergerak..Tanjung 4C wad khas untuk perempuan &pembedahan kecil.. seyies cuak nih berdebar-debar..

Ia Spt Mengalukan kedatanganku
Pintu 4C yang luas spt tahu utk mengalukan kedatanganku nie, masuk2 mmg tengok ar, ramai pesakit terlantar sakit, sayup plak hati nie, adakah selepas nie spt nie keadaanku?? Then apa lg, nurse bagi bju pesakit untuk tukar,wah ni mmg cnfrm ta bermimpi tydo kat hospital...rsnya baru smlm berborak-borak ngan kawan2 dan adik kat umah dan skg berada di hospital...bju nie mmg ar free saiz terpaksa ar pandai2 badan outer supaya ok utk diri..next step, nurse suruh rest sb nt doc akan datang...
Datang ar seorang doc HM ,Dr Nur Diyana, comey orangnya putih merupakan doc housemanship(HM) dihospital kerajaan dan takkan sangka doc ni pelajar medical university di Rusia...mantap2 hehehhe, apa lg check up pertama doc HM akan wat b4 doc pakar datang... 
malam tuh pakar pon datang dan setelah wat check doc pakar mengesahkan bahawa sy ta menghidap apendiks, jadi mereka meneka mungkin penyakit lain, sy disuruh utk refer kpd pakar ginekologi atau pakar yg lain..ginekologi?? berdebar plak yer...tp sblm sy tydo alhamdulillah seorg doc HM lain sahkan bahawa pakar ginekologi kata sy takde symptom penyakit tuh^^..keesokkannya sy hanya perlu wat Xray dbhgn pinggang dan ujian air kencing...

Pengajaran sy dapat sbnrnya para doktor dan jururawat kat hospital sbnrnya bertungkus lumus menyelamatkan nyawa insan2 di hospital nih, mana tidaknya, hampir pukul 12malam pon still ada doc berulang alik dalam wad, para nurse apatah lagi, mereka diwajibkan untuk memeriksa tekanan darah dan air para pesakit setiap 4jam,wah,alhamdulillah tugas mereka suma nih sangat mulia! Moga mendapat blasan Allah di akhirat kelak^^, tp peristiwa ta bley lupakan kerna wad saya klas ketiga, sy ronda dan jeling-jeling jugak ar kawasan sekeliling wad...ada yg sakit sb accident,ada yg kne operation tiroid,ada yang kne sakit tua macam-macam, seram sejuk ar jugak,malam tuh mmg sy ta bley tydo, sb makcik belakang sy mengeluh kesakitan sb accident yg dia hadapi, pg2 pukul 6lbey nurse utk makcik da datang utk wat fisioterapi .. makcik sblh depan katil sy plak kne operation tiroid utk kali kedua, kene tebuk tuh kat bhgn leher, tegur makcik nih dia kata sume penyakit mmg sakit tp nk wat camne kan da sakit. klo kte rs kte da sakit sangat kte kne tengok orang sekeliling kte yg sakit lg teruk dr kte,ptt ke kte mengomel byk sedangkan ujian yang lain tuh lagi hebat, itulah antara kata-kata makcik yang masih terngiang-ngiang dalam telinga sy, kita seharusnya bersyukur klo dlu kita sihat dan kita sepatutnya sentiasa kne beringat menjaga diri esp kesihatan bahkah penyakit zaman skg sudah ta kenal usia,..so malam sblm tydo saya berdoa moga ujian Allah ini dapat sy tempuhi dengan setabahnya..kerna setiap ujian itu kafarrah penghapus dosa kita...

keesokannya pukul 8pagi ak dibwa ke bilik Xray, tp kerna tahu mst pagi2 ramai org kat bahagian nih, ak bawa buku Langit Illahi Tuhan Tidak Pernah Lupakan Kita, Hilal Asyraf penulis blog www.langitilahi.com( tenkiu kak Ton 介绍这本书)byk ar penulis kongsi tp satu benda yg sy rs masuk sangat ati sy waktu tuh adalah tentang Dugaan Hidup Menguji Iman,menurut penulis ujian ini merupakan percaturan Allah untuk melihat siapakah hambaNya yang terbaik.Jika diri kita hampir dengan Allah dan sering mendekati -Nya,maka kita akan melihat bahawa ujian ini ialah hadiah daripada Allah.Ayat-ayat Allah dr  surah al-Mulk

"Yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah yang terbaik amalannya 
( alMulk:2)

indah, rangkaian dan bingkisan ayat Allah untuk hambaNya..bagi orang yang beriman akan bersyukur dengan ujian malah memohon pertolongan Allah supaya diperteguhkan kesabaran dalam menghadapi ujian yang mendatang..jika kita sebagai hamba yang biasa rasa berat lelah dan sakit hati dengan ujian Allah, bagaimana pula dengan Nabi dan Para Rasul yang telah diuji dengan pelbagai dugaan yang lebih mencabar, Nabi Nuh dengan peristiwa anaknya yang degil tidak mahu beriman kepada Allah telah ditenggelamkan Allah dihadapan mata Nabi Nuh, Nabi Ibrahim dalam peristiwa penyembelihan anaknya Ismail , Nabi Muhammad saw sendiri dalam pengujian Allah sejak baginda kecil lagi telah kehilangan kedua ibubapanya,datuknya,anak-anaknya dan isteri tersayang sewaktu tempoh perjalanan baginda dalam usaha dakwah...mari bersama kita berfikir kawan-kawan, apakah usaha kita untuk menanganinya? Bagaimana cara kita untuk mencari jalan keluar?  Adakah kita akan kembali pada Allah dan bergantung padaNya ataupun sebaliknya?? Tepuk dada tanya iman....

Alhamdulillah, selepas ujian Xray selesai , resultnya adalah sy sihat..dan sy dibenarkan discaj keluar hospital.. Walaupun pengalaman semalaman di hospital sebenarnya banyak mengajar  saya tentang banyak perkara... peringatan Allah, nikmat Allah dan erti kesyukuran seorang hamba....bersamalah kita cbe menghayati setiap detik masa yang berlalu kawan-kawan,marilah bersama kita memastikan setiap detik kehidupan kita diisi dengan perkara yang bermanfaat...dikesempatan ini juga,jazzakillah khair untuk ahli keluarga esp my mom yg setia sangat menemani sy swaktu wat pemeriksaan dan teman-teman yang tidak putus mendoakan kesihatan sy dan mberi peringatan tentang perlu bersangka baik kepada Allah...

"....kita perlu ingat bersangka baik kepada Allah sangat perlu, Allah sentiasa bersama-sama kita, dan tanggungjawab kita didunia ini masih banyak, janganlah berputus asa untuk terus berusaha^^...."





No comments: