"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Tuesday, February 8, 2011

Jadi seperti En Semut

Semalam agak jauh perjalanan keluarku bersama ayah dan si kecik...ternyata ketika berhenti solat Asar, saya lambat keluar dari musolla...dan si kecik yang petah serta laju je cakap, "Akak lambat sangat sampai adik asyik duduk tengok semut je" hehehe ternyata kata-katanya tu memang menyentuh hatiku..Lalu ak berdiri disisinya sambil berkata,"Adik tahu tak dalam Al-Quran,Allah ada menceritakan peristiwa semut (نمل)...Si kecik memandang pelik tapi tetap ku teruskan ceritaku...


"Nabi Sulaiman yang telah berkuasa penuh atas kerajaan Bani Isra’il yang makin meluas dan melebar, Allah telah menundukkan baginya makhluk-makhluk lain, iaitu Jin angin dan burung-burung yang kesemuanya berada di bawah perintahnya melakukan apa yang dikehendakinya dan melaksanakan segala komandonya. Di samping itu Allah memberinya pula suatu kurnia berupa mengalirnya cairan tembaga dari bawah tanah untuk dimanfaatkannya bagi karya pembangunan gedung-gedung, perbuatan piring-piring sebesar kolam air, periuk-periuk yang tetap berada diatas tungku yang dikerjakan oleh pasukan Jin-Nya.

Sebagai salah satu mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Sulaiman ialah kesanggupan beliau menangkap maksud yang terkandung dalam suara binatang-binatang dan sebaliknya binatang-binatang dapat pula mengerti apa yang ia perintahkan dan ucapkan.
Demikianlah maka tatkala Nabi Sulaiman berpergian dalam rombongan kafilah yang besar terdiri dari manusia, jin dan binatang-binatang lain, menuju ke sebuah tempat bernama Asgalan ia melalui sebuah lembah yang disebut lembah semut. Disitu ia mendengar seekor semut berkata kepada kawan-kawannya: “Hai semut-semut, masuklah kamu semuanya ke dalam sarangmu, agar supaya kamu selamat dan tidak menjadi binasa diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya tanpa ia sedar dan sengaja.

Nabi Sulaiman tersenyum tertawa mendengar suara semut yang ketakutan itu. Ia memberitahu hal itu kepada para pengikutnya seraya bersyukur kepada Allah atas kurnia-Nya yang menjadikan ia dapat mendengar serta menangkap maksud yang terkandung dalam suara semut itu. Ia merasa takjud bahawa binatang pun mengerti bahawa nabi-nabi Allah tidak akan mengganggu sesuatu makhluk dengan sengaja dan dalam keadaan sedar." (surah an Naml 27: 15- 19)
satu lagi kisah mengenai semut^^
Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya, Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu. Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman AS datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS bertanya kepada si semut, hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi karena engkau bukan Allah Pemberi Rizki (Ar-Rozak), jawab si semut.

ternyata Allah sudah menceritakan pelbagai kisah taulan berupa haiwan didalam alQuran cuma kita sedar atau tidak, namun terdapat pengajaran yang diperolehi walaupun dari seekor semut..Semut seperti kita nampak adalah sejenis haiwan yang sangat rajin,,stiap orang akan cakap rajin macam semut, mana tidaknya setiap masa kita akan jumpa semut mencari cari setiap masa ar, especially kat dapur kan? Semut mmg bijak, attack kan tmpt yg strategic hehehe tp bkn pengajaran itu yg perlu kita ketengahkan, yg perlu ni adalah sikap seekor semut yang sangat rajin mencari rezeki tidak kira hujan atau panas,gelap atau cerah, meskipun si semut ini tidak dikurniakan akal tapi mereka tetap rajin ...mari bersama kita bermuhasabah ..lagi satu fakta menarik, kawan-kawan perasaan ta setiap kali semut bertemu semut mereka seakan akan bersentuh dengan semut satu lagi..dulu ada orang pernah bg tahu saya yang itulah cara semut memberi salam.Wah, menarik semut rajin memberi salam!...tapi kita yg sesama manusia ni jugak camne? apa kata selepas ini kita cbe memberi salam..jika dahulu dari menyebut hello, wei apa kabo dll kita mulakan perbicaraan kita dengan menyebut Assalamualaikum, sihat ke....smga dengan permulaan ini sedikit sebanyak pahala dapat kita perolehi..besar pahala memberi salam dan WAJIB ar kita menjawab salam ye..hehehe jadi kita nk mana satu pahala banyak dengan pahala jugak tp wajib jawab,..hehhehe
Namun hendak dijadikan cerita adik saya tunjuk ar semut yang dia tengok dan ternyata semut itu adalah KERENGGA, nmpk sangat adik sy ni ta ley beza kerengga ngan semut..huhuuhuhu akak no komen ar dik...

FAKTA MEMBERI SALAM
Tahukah kawan-kwan kenapa kita diwajibkan menjawab salam?
Memberi salam adalah SUNAT

Menjawab salam adalah WAJIB ini adalah kerna badan manusia spt kita ketahui 70% adalah air dan 30% lain-lain, kawan-kawan perasan tak yang badan manusia ni sama dengan Bumi?? 70% air dan 30% daratan..huhuhu apabila memberi salam kita memberikan cas cas pada badan kawan kita, cas cas ini perlu dineurtalkan kembali jumlah air didalam badan manusia^^ dengan menjawab kembali salamnya..hehheehe


No comments: