"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Thursday, January 3, 2013

Allah akan menjaga kita..

Bismillah ar Rahman ar Raheem

musim peperiksaan adalah musim men-stresskan jiwa raga. Musim ini juga semua orang berlumba untuk menaiki tren yang paling awal. Yup musim berusaha dan musim hubungan sesama manusia boleh menjadi renggang! Nauzubillah. Moga ini tidak akan terjadi kepada kita semua.

Tapi kadang kala jiwa kita akan menjadi SENSITIP dikala peperiksaan ini,walhal kadang kala perkara yang terjadi itu hanyalah sebesar kuman di jari, hehehe, sangat HIPERbola... tapi teringat kata-kata murabbi saya, urm akak, rindu akak =-=
"Apabila ada dalam diri seorang daie itu prasangka buruk maka kita kne selalu check balik iman,solat kita, qiyyam kita, amal soleh kita huhuhu especially prasangka buruk terhadap akhawat kita sendiri. MashaAllah, kne smash lagi. Rasa macam kepala terhentak ke dinding!!!. Maka itu antunna perlu menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu. Prasangka itu dari en SYAITOON.huhuhu "
Susah kot jadi manusia nih. Ini kena jaga itu kena jaga tapi orang lain boleh maka kita pun kena bolehkan diri kita. At least try kan (peace,ucapan direct untuk diri sendiri)

Saya rasa sanggat terpukul dengan taujih yang baru disampaikan murabbi minggu lepas, "Apabila kita menjaga ALLAH, ALLAH akan menjaga kita. Allah akan memelihara kita dalam TIGA perkara iaitu, pertama keselamatan kita, kedua kesihatan kita dan ketiga yang paling terbaik. kalo bak kata en Gabbana,dia nak jadi super saiya tahap kelapan. tapi yang nih  SEMUA manusia perlu amik perhatian kepada perkara ketiga ini kerana Allah akan memelihara keluarga dan keturunan kita".

"Jika tidak Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu , tetapi jika Allah membiarkan kamu ( tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu,hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal" 3:160

Ada satu cerita, di akhirat nanti, ada seorang bapa berjumpa dengan Allah. (imagine okay bapa ini adalah bapa anda sendiri) maka berlakulah diaolog antara seorang hamba dengan penciptaNya.Si bapa sangat terkejut mengapa dia dapat dimasukkan ke dalam Sorga Illahi sedangkan amalannya ketika didunia hanyalah biasa-biasa jer. Errmm solat biasa-biasa, pokoknya sumanya adalah biasa tapi urm jawapannya adalah anaknya sentiasa bertasbih kepada Allah. (kita NAK kan? takperlu ada kot mungkin disini)

Esakan dan air mata mengalir laju-laju

Urm nampak simple tapi tersirat actually. Dalam erti kata bertasbih itu adalah menjalankan 2:30 dan 51:56. Urm masih bingung dengan istilah numbering ini, bagi yang masih belum mencari bulatan gembiranya,. Cepat-cepat ikhlas berdoa kepada Allah agar kita pun diberi kefahaman ini. Ayuh!!

urm bagi saya, mak aboh dan adik-adik masih belum mendapat kenikmatan bulatan gembira ini namun saya berazam untuk memberi kefahaman tidak langsung kepada mereka. inshaAllah. moga Allah memakbulkan impian ikhlas saya ini. Saya tidak mahu masok sorga sorang-sorang. Nanges lagi..
 Jauh disudut hati ingin bersama mereka dihadapan pintu Sorga itu berpimpinan tangan, memakai pakaian serba putih harum wangiannya melangkah masuk ke Sorga Illahi dengan senyuman. 

MashaAllah manis mimpi itu. Impian semua orang juga kan??

Ameen. Makbulkanlah impian ini ya Allah....


memang abes kalo mak baca post nih ... angkat tangan surrender \(~_~)/ hehehe


No comments: