"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Tuesday, February 22, 2011

Ikhlas dr Sheikh Dr Yusuf Al Qaradhawi

Dengan nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

post kali nie adalah sedikit ringkasan buku yg baru je saya abes baca, Ikhlas dari Sheikh Dr Yusuf al Qaradhawi, berdasarkan rukun dakwah Ikhwanul Muslimin..tp adakah selepas mendengar rukun dakwah para pembaca tidak mahu meneruskan pembacaan? Jangan risau dakwah yang dibimbangi ramai pihak saya tahu, kadang-kadang menjadi satu isu,tp dakwah kadang-kadang kita bley amik mudah dengan cara maksudnya yg ringkas iaitu mengajak manusia melakukan kebaikan...baiklah mari kita dengar sedikit penjelasan mengenai buku ini..bg sy sangat menarik ar, sb apa sahaja yg kita lakukan kadang-kadang akan melibatkan niat ikhlas..

(situasi), mak suruh amek baju, gi ke kedai ke, hatta belajar sekalipun, niat yg ikhlas memainkan peranan yang sangat penting..Kawan-kawan sendiri pasti akan sentiasa bermonolog sendirian bertanyakan, adakah sesuatu perkerjaan yang dilakukan pada ari ini ikhlas...ikhlas ke ta ae ak tolong dia dan sebagainya, jadi menurut Dr Yusuf al Qaradhawi  yg memetik kata Hasan al Banna, ikhlas ialah "hendaklah seorang Muslim menyengajakan perkataan,perbuatan dan jihadnya semata-mata kerna Allah, mencari keredhaan dan tanpa mengharapkan pahala yang baik, tanpa mempedulikan harta, kemewahan,pangkat,kesulitan ,kemajuan mahupun kemunduran..Dengan demikian ia akan menjadi pejuang pemikiran dan akidah dan bukan pejuang kekayaan dan kesenangan".

Menurut Dr Yusuf lg, ikhlas ni sangat sukar sekali hendak dilakukan..kerna perbuatan ikhlas ini perlu didorong dengan suatu perbuatan tanpa memikirkan kepentingan diri, menyucikan jiwa, bebas dari ego diri sendiri malah seorang ulama pernah berkata, "suatu perkerjaan yg sulit dan berat dilakukan didunia ini ialah  ikhlas.Sudah beberapa kali saya berusaha mematahkan riya' dari dalam kalbu,namun ternyata ia tumbuh lagi dalam bentuk lain.Saya betul2 tertarik dengan ayat ini, kadang-kadang kita akan dapat lihat seorang pejuang Islam yang berjuang semata-mata dengan semangat yang menyala-nyala dan jalan yang lurus. Namun, jika kita mengamati niatnya didalam hati,maka kte dapati bahawa jihadnya itu bukan kerna membela Islam, melainkan semata-mata mencari keuntungan duniawi dengan menggunakan baju agama..seyies ayat ini benar-benar menusuk ati, menyebabkan diri kita akan berfikir adn bermuhasabah kembali diri kita..

Dr Yusuf juga ada menyatakan ,"Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya," hadis sahih Bukhari dan Muslim. Doktor menyatakan kerna bukan senang hendak ikhlas, maka dengan itu akan timbullah pelbagai masalah kerna tidak ikhlas berlandaskan garis panduan Islam dan hadith yang shahih..namun timbul pelbagai masalah yang bagaimana kawan-kawan, saya akan cbe kupas beberapa sahaja yer, antaranya adalah Membangun masjid dengan tujuan yang salah

Masjid jika kita lihat hakikatnya bukan semata-mata tempat melakukan ibadah semata-mata, masjid bley dijadikan tempat untuk kita menuntut ilmu, beriadah, merapatkan hubungan ukhuwah dengan ramai kawan-kawan, malah secara tidak sedar apa sahaja perkara yang dilakukan dimasjid akan lebih diberkati kerna masjid merupakan rumah Allah..Allah sangat menyayangi hambaNya yang sayang akan rumahNya..macam kita sayang rumah kita kawan-kawan...bersesuaian dengan hadis Nabi,'Barang siapa yang membangun masjid semata-mata kerna mencari keredhaan Allah,maka Allah akan mendirikan istana di syurga baginya,"- riwayat Bukhari dan Muslim...namun jika perhatikan sekarang, banyak masjid dibina namun tidak dimakmurkan, sungguh cantik rumah-rumah Allah ini namun tidak siapa memakmurkan...marilah bersama-sama kita bermuhasabah tujuan mendirikan masjid adakah ingin mengejar istana syurga Allah ataupun syurga duniawi semata-mata???

Wah, ternyata banyak masalah telah disenaraikan didalam buku ini namun saya berharap kawan-kawan  sendiri akan membacanya, memilikinya kerna bukan mahal sangat rm10.00 terbitan IKDAS Islamika..malah dlm buku ni terdapat byk benda-benda lain lagi disenaraikan seperti tanda-tanda keikhlasan,bahaya orang yang berpura-pura , dua jenis golongan manusia ,kesan-kesan ikhlas dan macam-macam lagi..perlu dapatkan ni kawan-kawan..jika kita mampu mengeluarkan sepuluh ringgit utk topup tanpa berfiikir panjang mengapa tidak bagi ilmu^^,apatah lg kita hanya melaburkan sepuluh ringgit untuk membeli bahan bacaan yang bermanfaat...

saya akhiri post kali ini dengan hadith diriwayatkan dari Abu Hurairah tentang keadaan orang-orang yang beramal kerna ingin diperhatikan orang lain. Menurut hadith ini, pada Hari Kiamat mereka akan dihanguskan oleh api neraka.Mereka ini terdiri dr tiga kelompok: seorang mujahid yg seluruh idupnya dipergunakan utk berperang tp ia dilakukan supaya dikatakan sbg seorg yg berani atau pahlawan ; seorg yg berilmu yg mana setiap hari belajar dan mengajarkan kpd org lain supaya dikatakan sbg seorg yg benar-benar alim dan luas pengetahuannya; dan seorang yg kaya dan tidak segan-segan memberikan sedekah kpd orang-orang yg tertindas supaya dikatakan sbg seorang yg dermawan.Amalan ketiga-tiga org di atas itu,dihapuskan oleh Allah kerna tidak ikhlas dalam beramal. Akhirnya,mereka semua dihumbankan ke dlm neraka jahannam..Na'udzu billaahi min zalik...

No comments: