"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Wednesday, August 18, 2010

Baitul Husna^^

Dengan Nama Allah Yang Maha Memberi Kesejahteraan dan Keamanan


Si Anak Yatim

Dia tak pinta lahir ke dunia
Allah tetap memilihnya
menumpang kasih
jiran berhati mulia
Kehidupan diharungi
dalam kepayahan
Allah setia menemani
Dialah sebaik-baik
tempat pergantungan^^

Fatimah Syarha Mohd Noordin : Syabab Musafir Kasih

Ke hadapan para pembaca
marilah bersama kita renungkan
sepotong ayat ini
dari surah Al-Baqarah :215








Mereka bertanya kepadamu
(Muhammad) tentang apa
yang harus kamu infakkan .
Katakanlah,"Harta apa saja yg kamu infakkan,
hendaklah dperuntukkan bg kedua orang tua,
kerabat,anak yatim,orang miskin dan org yg dlm
perjalanan."Dan kebaikan apa saja yg kamu kerjakan
maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
Para pembaca sekalian, mari bersama kte mengingkap sebuah tirai kisah adik-adik comey saya di Baitul Husna...seramai 10 org kanak-kanak comey ditempatkan disini..mereka adalah terdiri daripada pelbagai usia, tidak keseluruhan mereka adalah anak yatim ,ada yang berasal dr keluarga miskin..jadi itulah salah satu fungsi Baitul Husna yang memberi peluang pendidikan yang sempurna utk kanak-kanak disini, mereka dberi bantuan kewangan dan tempat tinggal.. pengisian program di sana juga sangat bagus, adik-adik akan ke sekolah harian seperti biasa pada sebelah petang kebiasaannya akan menghadiri kelas agama yang diajar oleh seorang ustazah. kadang-kadang mereka juga akan menghadiri kelas bahasa Inggeris bagi memantapkan lg pengusaan bahasa Inggeris..dan sy dberi kepercayaan utk mengajar adik-adik ini serba sedikit bahasa cina^^ kte saksikan sedikit kebolehan adik-adik ini mencuba utk berbahasa cina dan ini kali pertama mereka mencubanya...akak,berharap adik-adik Baitul Husna akan rajin-rajin belajar supaya berjaya seperti insan yang lain jugak^^ Kita semua adalah sama adik,kerna tiada perbezaan manusia itu disisi Allah kecuali mereka yang beriman dan bertaqwa

mereka layak disayangi dan dihormati btul kan? marilah bersama kte mengasihani anak yatim dan orang miskin kerna mereka itulah yang paling disayangi oleh Nabi^^

(utk maklumat lanjut mengenai Baitul Husna para pembaca boleh ke link ini: ) http://baitulhusnabktskl.blogspot.com/



















1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih kerana menyantuni anak-anak Baitul Husna. semoga usaha anda akan dibalasi dengan ganjaran pahala ALlah SWT.