China Southern Airline
Wangsimni ( umah akak )
jjigae
Kebap Turki
Bismilillahirahmanirahim
Segala pujian utk Illahi...Alhamdulillah dkesempatan bernafas ini, sy masih lg sihat walafiat...Diharap utk para pembaca juga berada dlm keadaan sihat...
Syukur dpanjatkan kerna cuti kali ini saya dan dua lagi sahabat sempat berjalan-jalan(jaulah) ke Korea Selatan (韩国)...sebuah negara yg memukau ati dan mencairkan ramai pemudi2..urm sebab apa ae??? sebab negara ini terkenal dengan keunikan filem serta lagunya...lebih-lebih lagi keromantikan citer dan kecantikkan org sana...Subhanallah , Kuasa Illahi yang tiada tandingan yang mencipta manusia itu dari berbagai-bagai bentuk rupa dan warna kulit..malah bahasa juga tidak dilupakan
Jadi dkesempatan ini,izinkan sy mengupas skit jaulah sy ke sana...Bertepatan dengan tajuk TERjatuh CINta...nape yer? utk lebih lanjut pastikan anda semua membaca sampai abiss tau...
Perjalanan sy dr Beijing ke Korea mengambil masa 1jam 50minit...dan rupanya terdapat perbezaan waktu , sejam awal dr Msia....Sampai disana,kami disambut oleh akhwat Korea.. dan kami menaiki subway utk ke rumah akak..
Pertamanya, saya sudah terjatuh cinta dengan pengangkutan disana... walaupun pd ari pertama hanya menaiki subway..sy sangat kagum dengan pencapaian teknologi pengangkutan mereka.. jika kita menaiki subway mereka, sangat bersih..malah sudah ada diasingkan tempat khusus untuk org tua,ibu mengandung dan kanak-kanak..malah disesetengah subway line terdpat kemudahan utk meletak basikal didlam subway dan kemudahan utk org cacat turun ke subway... tpi hihihihi subway mereka agak complicated klo nk dibandingkan dgn China ar.. biasanya kat China ada 4 pintu exists tp Korea ada smpai 15 dan ley dikatakan kteorg sesat mencarik pintu keluar...tangga mereka sungguh tinggi...Amaran yer, sy rs klo untuk ibu sy dan ayah sy nk guna subway ni mungkin kurang sesuai sb tangga banyak dan tinggi..ptt ar akak2 kat Korea ni kurus2...mereka da rajin bersenam naik subway...AKak2 jugak kata klas diaorg di kawasan tinggi...dan mungkin ini sudah menjadi kebiasaan org sana..org tua mereka masih lagi sihat dan bertenaga utk berjalan..hebat..apa rahsianya ae?
"(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. (1) Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. (2) Dialah yang telah menciptakan manusia. (3) Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (4) Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. (5) Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (6) Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (7) Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8) surah Ar-Rahman "
Jatuh cinta lagi kepada persekitaran mereka, bersih dan terjaga..tiada kerosakan.. kteorg berpendapat mungkin ini terjadi sebab sistem pemerintahan Korea yg mewajibkan suma lelaki menghadiri latihan ketenteraan selama 2 taun....dan hasil didikan latihan ini, lelaki mereka nampak cam ok ar skit...kebiasaanya sesiapa yg memakai pakaian latihan tentera itu naik subway mereka takkan duduk,diaorg lg prefer berdiri, mungkin rs cam nk jaga imej ;) berbalik persekitaran mereka, sy dapat rs cam ble lelaki dah terjaga , perempuan scara automatik pon akan terjaga..sbab perempuan akan rs malu nk wat kerosakan jika lelaki pon ta wat.. Pakcik2 dlm taxi pon smart2 tau , pakaian mereka bersih,taxi wangi sangat....dan pakcik2 ni berpengetahuan tinggi... (ada cter ni, korang bosan tak ni? nk teruskan membaca ke tak ae? )
TAkpe bosan pon nk cter lg... ada satu arini kteorg dlm perjalanan nk pindah dr umah akak ke hotel, naik sebuah taxi ni, mula2 pakcik tanya ar nape pakai tudung...cam biasa akan jawab sb Islam ar kan..pastuh pakcik ni lak ulas, kata dimana agama kte Muhammad adalah pesuruh dan kte ada Al-Quran..masyaAllah terkejut sy, sdangkan di Beijing pon takde pengalaman camni...
"Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (30;Al-Room) "
Jatuh lagi cinta kepada budi bahasa mereka melayan orang luar, walaupun ley dikatakan kte adalah berlainan agama dan negara serta bahasa...mereka sehabis boleh ingin membantu kami sewaktu kami bertanyakan arah...Jikalah mereka dikurniakan nikmat Islam pasti mereka akan menjadi seorang yang lagi hebat.....
Saya memang da terjatuh cinta kepada Korea dan saya sangat berharap jika suatu hari nt jjigae yg sy ske makan bersama kimchi akan halal....
No comments:
Post a Comment