"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Sunday, November 14, 2010

Teguran kepada Umar

Assalamualaikum wbt kawan2
genki desu ka?
kaoshi kao de zenmeyang ??..(hihihi) ok ar arini sy nk berkongsi skit satu kisah yg saya baca ^^

Teguran Terhadap Umar apabila Beliau meminta untuk menambah keselesaan dan keadaan hidup Rasulullah

Satu hari ni ,Umar hendak berjumpa dengan Rasulullah saw yg sedang mengasingkan diri didalam satu bilik di bhgn atas umah (kerna satu kesilapan para isteri), baginda mengasingkan diri selama sebulan supaya mereka sedar dan insaf. Lalu Umar hendak berjumpa dengan baginda.Setelah 2kali permintaan Umar ditolak oleh baginda,baginda membenarkan Umar bertemu baginda..apabila Umar masuk ke dalam bilik tersebut, Umar melihat keadaan bilik itu, Umar menangis. Keadaan dalam bilik itu terdapat tiga keping kulit yg tidak disamak dan segengam barli.Lalu baginda bertanya," Kenapa Engkau menangis ?".Jawab Umar,"Bagaimana saya tidak menangis? Ini kesan tikar yang berbelas pada badan tuan dan hanya barang-barang ini sahaja ada dihadapan saya." Kemudian Umar berkata, "Wahai Rasulullah , doakanlah semoga umat baginda pun mendapat kesenangan. Walaupun orang-orang Rom dan Parsi tidak beriman, tidak melakukan ibadat,mereka masih mendapat kesenangan. Qaisar dan Kisra tinggal di taman yg dialiri sungai-sungai. Sementara baginda, baginda adalah pesuruh Allah dan hambaNya yg terpilih tetapi berada dalam keadaan begini."
Pada masa itu Nabi yang sedang baring bersandar pada sebuah bantal. Mendengar kata-kata Umar,baginda terus bangun dan bersabda,"Wahai Umar, adakah selama ini kamu masih dalam keraguan? Kesenangan akhirat jauh lebih baik daripada kesenangan dunia. Orang-orang kafir itu telah mendapat segala kebaikan dan kesenangan didunia ini. Sementara kita akan menerimanya di akhirat nanti."Lalu Umar memohon ,"Wahai Rasulullah, beristighfarlah untuk saya, sememangnya saya telah bersalah."


satu lg kisah, seseorang telah ditanya kepada Aisyah r.a , "Bagaimana keadaan alas tidur Rasulullah saw di rumah kamu?' Aisyah menjawab,"Sekeping kulit yg diisi dengan kulit pokok tamar." Hafsah r.a juga ditanya, "Bagaimana keadaan alas tidur Baginda di rumah kamu?". Hafsah menjawab," Sehelai kain tebal yg dilipat dua lalu dihamparkan ditempat tidur baginda. Pada satu hari saya telah terfikir utk melipat kain itu sebanyak empat lipatan agar kain itu lbh lembut, lalu sy melakukan demikian.Pada keesokkan paginya Rasulullah bertanya,"Apakah yg telah dihamparkan malam tadi?" Saya menerangkan, "Kain yg sama tp telah dilipat empat.Baginda bersabda,"Lipatlah spt biasa,kelembutan kain itu menjadi penghalang utk bangun pada waktu tengah malam." (R.Tirmizi)

Cubalah kte bersama-sama merenung keadaan kita sendiri dengan tilam yg empuk dan bantal yang lembut malah ditambah plak selimut yg membaluti diri lbh2 lg skg dah sejuk. Sungguh byk kesenangan yg Allah telah berikan kepada kita tp kita masih tidak bersyukur.Sebaliknya lidah kita asyik mengadu tentang kesempitan hidup.

No comments: