"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barang siapa bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.
Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" dlm Surah At Talaq ayat 2 dan 3

Thursday, August 19, 2010

Cerpen 8 Ramadhan^^

"Afwan ustaz,ana benar menyukai gadis itu,izinkan ana berkahwin dengannya ya ustaz,"lafazku kepada murabbiku Ustaz Rizal. Kelihatan wajah murabbiku agak terkejut dengan permintaanku secara tiba-tiba..
Hurm,"mengapa anta tiba-tiba menyuarakan permintaan ini Yusof ? Bagaimana pelajaran anta nanti? Hmm,ibubapa anta,Mara tau enggak perkara ini?,"bicara murabbiku memecah keheningan malam setelah usrah skype online kami .Itulah kisahku 3tahun lepas,ketika itu ana masih lagi menuntut dalam Tahun Ketiga di Beijing Foreign Studies University,Beijing tajaan MARA dalam bidang bahasa mandarin."Izinkan ana berfikir semasaknya Yusof,anta masih muda,baru 2tahun menerima tarbiyyah ini dan ana lihat anta mpunyai potensi besar dalam dakwah ini,namun tidak terlalu awal sangat ke anta mahu membina masjid ini. Bukan apa, mmg ini perkara baik cuma ana risau anta je,bisa nggak memikul tanggungjawab besar ini,malah perempuan tu adalah orang sana,btulkan?" Aku mengangguk tanda setuju.

*******
Zhaoxingxing merupakan perempuan yang ku kenali dua tahun lepas,yup hatiku telah tersentuh setelah sering kali bertembung di area Niujie, berdekatan dengan Masjid Niujie. Kawasan Niujie ini merupakan salah sebuah petempatan di Beijing di mana majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Dan ketika itu diri ini masih lagi di peringkat awal tarbiyyah..Xingxing sering membantu ayahnya berniaga kuih tradisi masakan cina di tepi jalan terutamanya pada hari Jumaat.Pada kesempatan inilah diri ini bersua dengannya. Bukan hati ana ini tidak tertaut dengan wajah akhwat Malaysia yang belajar bersama ana,namun entahlah ana dapat rasakan menyukai Xingxing tidak memerlukan sebab.Jika diperhatikan walaupun Xingxing beragama Islam namun dia tidak mengamalkan kehidupan Islam yang sebenar,dia tidak bertudung. Maka hati ana ini semakin kuat untuk memperisterikan Xingxing. Lalu setelah hampir 3 bulan ana memendam rasa dan perasaaan, ana mengutarakan permintaan besar ana ini kepada murabbi ana,Ustaz Rizal. Ustaz ini merupakan abang usrah ana yang belajar di Kaherah, Mesir. Meskipun,Ustaz Rizal insyaAllah akan mengengam segulung ijazah dalam bidang perubatan tahun depan, ana dan ikhwah lain memang biasa memanggilnya dengan panggilan ustaz kerna kewarakkan dan sifatnya yang suka merendah diri walaupun dirinya sudah menghafal 30juzuk . Memang sudah ana dapat baca ustaz Rizal sangat terkejut dengan permintaan ana.Cuma satu pesanan ustaz Rizal supaya ana rajin melakukan solat istikharah memohon petunjuk Illahi..
3minggu selepas itu,ana masih lagi menyatakan pendirian ana untuk menikahi Xingxing dan dengan itu ustaz Rizal terpaksa memohon pertolongan rakan seperjuangannya untuk menta'aruf Xingxing..Ustaz Emran menerima tugasan ini dengan lapangan hati.Ustaz Emran adalah pelajar di Jepun yang sedang belajar dalam bidang Electric dan Electronic terpaksa terbang dari Bumi Sakura untuk sampai ke Bumi Hang Li Po ini menta'aruf Xingxing. Malam itu ana menelefon keluarga ana dengan memberitahu hasrat hati ana, ibu analah antara yang paling terkejut dengan pemintaan ana ini, namun setelah dijelaskan dengan panjang lebar ibu ana membenarkan dengan syarat ana tidak melanggari apa yang telah disyaratkan oleh Islam. Keesokannya,bapa Xingxing sudah diduga untuk terkejut dengan kehadiran kami.Pertemuan ana dengan Xingxing ditemani ustaz Emran dan isterinya hanya berjalan selama 2jam sahaja, setelah selesai ustaz Emran menjelaskan kepada keluarga Xingxing tentang kesudian ana untuk menyunting puterinya. Namun terdapat beberapa syarat dikenakan namun syarat ini tidak boleh ana dengari.Ana sendiri terkejut kerna ana sendiri tidak menyangka ada syarat disebalik peminangan ini dan yang lebih memberatkan kepala..Apakah syarat-syarat itu.
Sejak itu ana, tidak lagi dapat melihat Xingxing kawasan Niujie ini, boley dikatakan ana sudah mencarinya hampir keseluruhan kawasan Niujie. Keputusan peperiksaaan ana untuk dua semester semakin hari semakin merosot malah ana sekarang kini sering kali melarikan diri dari usrah ana sendiri.Akhirnya ana telah ditegur oleh Ustaz Rizal,"Apa nak jadi ngan anta ni,Yusof adakah disebabkan wanita anta jadi begini? Inilah yang merisaukan ana kerna ana sudah boleh membaca begini kesudahannya.Bagaimana prinsip dan semangat berkorbar anta dulu ble ingin berkahwin? Sudah lupakah janji anta pada ana? Jika begini, ana memang tidak layak untuk menjadi ketua keluarga Yusof! Perkahwinan itu mulia disisi Allah. Lupakanlah Xingxing kerna anda masih belum layak" Email yang ana baca dikotak gmail ana betul-betul memukul diri ana. Ayat terakhir itu masih lagi bermain dikotak minda ana.. Roomate ana, Faisal sendiri sentiasa pelik dengan perubahan diri ana yang tidak menentu prestasi pembelajaran..Faisal walaupun dia tidak menyertai usrah seperti ana, namun pada satu hari ana diajak berbual dengannya.
"Sop,ak ni selaku roomate ko tidak tau apa yg telah ko lakukan namun ak dapat rasakan perubahan yang sangat ketara terhadap diri ko.Adakah ini kesannya ko terlalu berusrah? Hingga boley menganggu pembelajaran dan tumpuan ko, klo begini baik ko takyah usrah Sop.. usrah itu mcm membebankan je .Islam tidak mengajar umatnya untuk terbeban dan Islam itu mudah dan praktik,bukan itu ke yang ko slalu cakap kat ak tapi sekarang ... Kte da nak abis blajar Sop,tahun depan je kalo ko ta berubah sayang ar ko menjadi cemerlang 3 tahun lepas namun gagal pada akhirnya" Ayatnya sunggu pedas lg bersuluh, ak memang tidak pernah menceritakan apa-apapun perkara mengenai Xingxing kepada kawan-kawanku kecuali kepada murabbi dan keluargaku. Jadi hati ini benar-benar tersentuh dengan teguran Faisal...
Malam itu ak berteleku, menangis di atas tikar sejadah kerna mengenang segala kesalahanku selama ini...kata-kata Ustaz Rizal, pesanan bonda dan teguran Faisal silih berganti didalam kotak pemikiranku.........
"Ya Allah, aku ini lalai leka dalam mengejar kecintaan duniawi sedangkan ak sepatutnya sedar kecintaan duniawi tidak akan lengkap tanpa dibaluti dengan kecintaan terhadap diriMu Ya Allah..Sesungguhnya Engkau yang berkuasa menyatukan hati-hati manusia walaupun sejauh mana perancangan kami ini, tidak pasti akan termakbul tanpa kuasaMu..ampunkan dosa hambaMu ini...Berikanlah kekuatan kepada diriku untuk berubah dan menjadi lebih baik dari sebelum ini, berikanlah diri ini kecintaan terhadap diriMu kerna ak baru sedar kecintaan padaMu adalah kekal..
bersambung .....

2 comments:

fareast said...

wah, sudah mula menulis cerpen, nanti sambung ya, cerpen ni.

Aya said...

insyaAllah doakan ana
ada idea menarik^^
hakikat sbnrny nk menulis cter yg lain tp jadi lain..
nantikan kemunculan version 2 yer